Mengapa Kulit Muka Mengelupas (Facial Skin Peeling) dan Bagaimana Mengatasinya?

Anonymous
Selamat pagi, doktor. Saya bekerja sebagai seorang petani dan saya berusia 35 tahun. Saya mempunyai tanah saya yang tersendiri dan saya melakukan kegiatan menanam padi di kawasan tersebut. Saya sudahpun berkahwin dan isteri saya berumur 32 tahun. Isteri saya tidak bekerja dan hanya seorang suri rumah. Kami mempunyai 2 orang anak yang masih belajar di sekolah rendah berhampiran rumah. Kegiatan menanam padi ini baru saja saya mulakan sejak ayah saya meninggal dunia. Beliau telah mewasiatkan tanah tersebut atas nama saya dan sayalah yang menjaganya untuk beberapa bulan ini. Sejak kebelakangan ini iaitu semenjak saya memulakan kegiatan menanam padi ini, saya mendapati kulit muka mengelupas. Pada mulanya, saya tidak perasan langsung mengenai kulit muka saya ini tetapi isteri saya yang menegur saya dan memberitahu bahawa kulit muka saya saban hari semakin teruk. Apabila saya menyentuh muka saya, ianya berasa amat kasar dan tidak selesa. Saya juga cuba mencuci muka saya dengan air sekerap yang mungkin tetapi masih tidak dapat mengatasi masalah ini. Bolehkah doktor menerangkan kepada saya kenapa kulit muka saya mengelupas dan apakah yang boleh saya lakukan untuk mengatasi masalah ini? Adakah masalah ini akan berlarutan untuk selama-lamanya?
Anonymous
Selamat pagi, doktor. Saya bekerja sebagai seorang petani dan saya berusia 35 tahun. Saya mempunyai tanah saya yang... See More
Saringan Kesihatan PERCUMA
Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!
Mula Saringan Kesihatan PERCUMA
Terima kasih encik atas soalan tersebut. Berdasarkan butiran yang diberikan oleh encik, saya memahami kebimbangan encik tentang masalah yang dihadapi iaitu kulit muka mengelupas. Untuk makluman encik, kulit muka mengelupas terjadi kerana sel-sel yang telah mati pada kulit muka sedang digantikan dengan sel-sel baru dan ianya dinamakan proses regenerasi kulit. Dalam kes encik, encik mungkin mengalaminya tetapi keadaan pengelupasan kulit menjadi lebih teruk kerana faktor pekerjaan. Hal ini kerana kerja seharian encik memerlukan jangka masa yang lama di bawah cahaya matahari yang terik. Ini boleh mengakibatkan kulit muka menjadi kering dengan cepat. Apabila kulit muka menjadi kering, ianya akan mengakibatkan kulit muka mengelupas. Inilah masalah yang sedang dialami oleh encik. Jadi, antara langkah penyelesaian untuk masalah ini ialah encik haruslah banyakkan minum air masak (air kosong/putih) supaya tubuh badan tidak mengalami dehidrasi atau kekurangan air.
Terima kasih encik atas soalan tersebut. Berdasarkan butiran yang diberikan oleh encik, saya memahami kebimbangan encik ... See More

APAKAH PENYEBAB KULIT MUKA MENGELUPAS?

  • Kulit muka mengelupas sering dialami oleh kebanyakan orang. Hampir setiap orang akan masalah ini dan ianya sangat mengganggu. Penyebab utama kulit muka mengelupas adalah apabila sel-sel kulit  mati pada muka sedang digantikan dengan sel-sel yang baru. Proses ini dipanggil regenerasi kulit.

  • Selain itu, terdapat juga sesetengah individu yang mengalami pengelupasan kulit yang terlalu kerap. Hal ini mungkin disebabkan oleh kulit muka sangat kering, bukan kerana regenerasi sel. Keadaan persekitaran yang sangat panas dengan teriknya cahaya matahari boleh mengakibatkan kekeringan pada kulit muka. 

  • Di samping itu, pencuci muka yang tidak sesuai dengan muka kita juga boleh mengeringkan kulit muka sekaligus menyebabkan kulit muka mengelupas.

  • Penyebab lain yang boleh menjejaskan kulit muka ialah pemakaian kosmetik yang tidak sesuai dengan kulit kita. Sekiranya, pemakaian produk kosmetik yang tidak asli ataupun yang tidak sesuai dengan kulit boleh menjejaskan tekstur kulit yang lembut,  justeru mengakibatkan kemerahan dan pengelupasan.

  • Tambahan pula, kulit muka mengelupas boleh disebabkan oleh alergi.  Alergi berpunca daripada pelbagai faktor seperti cuaca, makanan, debu dan banyak lagi. Kulit muka mengelupas boleh menjadi antara kesan sampingan berikutan sesuatu yang mendatangkan alergi. 

  • Di samping itu, terdapat juga beberapa krim muka yang sememangnya berfungsi untuk pengelupasan kulit muka. Hal ini kerana krim-krim seperti ini membantu mempercepat proses regenerasi demi kecantikan kulit muka.

  • Seterusnya, bekas luka pada kulit muka juga boleh menyebabkan kulit muka mengelupas. Hal ini kerana apabila terdapat bekas luka, maka sel-sel akan segera ke tempat bekas luka tersebut untuk menggantikan sel mati dengan sel baru. Jadi, proses regenerasi kulit yang berlaku akan mengakibatkan kulit muka mengelupas.

  • Akhir sekali, pengambilan air yang cukup setiap hari adalah penting  bagi memastikan tubuh badan menerima kuantiti air yang diperlukan. Setiap individu dianjurkan untuk minum 8 gelas air sehari. Perkara ini bukan sahaja dapat menghindari tubuh badan daripada penyakit,malah, ia juga dapat mencegah pengelupasan kulit muka. 

APAKAH CARA MENGATASINYA SECARA SEMULAJADI?

  • Terdapat banyak cara yang boleh digunakan untuk menghilangkan masalah kulit muka mengelupas. Anda boleh mencuba beberapa cara mengatasi masalah ini menggunakan beberapa cadangan bahan semulajadi yang digunakan dalam rawatan kulit muka mengelupas.

  • Selain itu, buah lemon turut memberikan manfaat kepada kulit muka. Lemon ini mempunyai ciri-ciri anti bakteria yang dikagumi ramai. Buah lemon dibelah dua dan disapu pada kulit muka dan dibiarkan selama beberapa minit sebelum dicuci.

  • Di samping itu,terdapat cadangan penggunaan kaedah lain seperti minyak kelapa. Ianya digunakan secara meluas dalam bidang kosmetik. Minyak kelapa digunakan dalam rawatan tradisional untuk menghilangkan kulit yang mengelupas, menghindari kulit muka kering atau kusam dan banyak lagi.

  • Sehubungan itu, cara lain untuk mengatasi masalah kulit mengelupas dengan menggunakan bahan semula jadi ialah buah betik. Buah betik mengandungi nutrien dan anti-oksidan yang tinggi. Dengan ini, ia bermanfaat kepada kecantikan dan kesihatan kulit. Cara menggunakannya adalah dengan mengisar buah betik sehingga menjadi jus lalu jus tersebut disapukan ke muka. Biarkan selama beberapa minit sehingga kering dan kemudian, cuci muka sehingga bersih. 

BILAKAH ANDA HARUS BERJUMPA DENGAN DOKTOR?

  • Sekiranya masalah kulit mengelupas anda berlarutan dan tidak hilang walaupun anda telah mengambil langkah-langkah pencegahan maka itu merupakan satu faktor yang memerlukan perhatian seorang doktor. Hal ini kerana mungkin kulit muka yang mengelupas adalah disebabkan faktor lain dan bukan kerana faktor yang boleh diubati sendiri.


  • Selain itu, anda juga harus memerhatikan kulit muka anda yang mengelupas. Sekiranya, kulit muka anda mengelupas dan ditambah dengan gejala kemerah-merahan serta kegatalan, maka ia memerlukan pemerhatian doktor. Ini boleh disebabkan oleh sesuatu yang membahayakan kesihatan dan harus dicegah dengan pantas.

  • Di samping itu, kulit muka mengelupas juga perlu diperhatikan dan dipastikan tidak berdarah. Hal ini kerana kadang kala apabila kulit muka terlalu kering dan mula mengelupas ianya akan mengakibatkan pendarahan. Perkara ini perlu dibawa ke doktor dan doktor akan memberi ubat yang sesuai untuk merawat masalah ini.

Kesimpulannya, kulit muka harus dijaga sebaik mungkin. Hal ini kerana kulit muka sangat penting untuk penampilan diri. Jadi, dengan menggunakan petua atau tips yang betul, anda dapat menjaga penampilan diri serta kesihatan kulit muka.  Layari laman web www.doctoroncall.com.my untuk info lanjut.

References