Infomasi Kesihatan Tentang Simptom, Punca Dan Juga Pencegahan Kulit Kering

Masalah Kulit Kering: Ketahui Punca Dan Tips Pencegahan - DoctorOnCall
Anonymous
Salam sejahtera, nama saya Nur Kiriah dan saya merupakan remaja yang berumur 19 tahun. Sejak beberapa minggu yang lalu, saya mula perasan bahawa kulit pada bahagian muka serta leher saya kelihatan kusam dan kering. Kadang-kadang, rakan kuliah ada menegur bahawa wajah saya terutamanya pada bahagian kening dan juga pipi kelihatan bersisik serta kering. Fenomena ini sering terjadi apabila saya menghadiri kuliah di dalam dewan yang dilengkapi dengan pendingin hawa. Untuk pengetahua doktor juga, ayah saya ada juga mengalami masalah yang sama. Oleh itu, bolehkah doktor terangkan dengan lebih lanjut tentang kulit kering ?
Anonymous
Salam sejahtera, nama saya Nur Kiriah dan saya merupakan remaja yang berumur 19 tahun. Sejak beberapa minggu yang lalu, ... See More
Saringan Kesihatan PERCUMA
Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!
Mula Saringan Kesihatan PERCUMA
Terima kasih kerana mengajukan soalan berikut. Pada hemat saya, masalah ini sering berlaku terhadap ramai orang dan oleh kerana itulah penjualan produk pelembab untuk kulit kering amat laris di pasaran. Kulit kering ini terjadi apabila lapisan paling atas kulit yang juga dikenali sebagai epidermis tidak mendapatkan kelembapan atau dehidrasi yang optimum. Hal ini akan menyebabkan kulit mula bersisik, kering, mengelupas dan ada yang merekah. Berbeza dengan anda, bahagian yang paling kerap terjadinya kulit kering adalah pada tangan dan kaki. Fenomena ini boleh terjadi secara sementara atau berlarutan bergantung kepada punca yang menyebabkan masalah ini berlaku. Ketahui infomasi sahih melalui artikel di bawah.
Terima kasih kerana mengajukan soalan berikut. Pada hemat saya, masalah ini sering berlaku terhadap ramai orang dan oleh... See More

Apakah Simptom Kulit Kering ?

Simptom ataupun gejala kulit kering adalah pelbagai dan bergantung kepada keseriusan penyakit serta kondisi yang dialami oleh seseorang itu. Antaranya:

  • Sensasi atau rasa ketat pada kulit terutamanya selepas mandi ataupun berenang
  • Kulit kelihatan dan terasa kasar
  • Kelihatan kulit kering dan gatal
  • Terdapat rekahan atau garisan halus pada kulit
  • Kulit kelihatan kemerah-merahan dan terasa pedih apabila disentuh
  • Kulit kelihatan bersisik dan mengelupas
  • Bagi masalah kulit kering yang serius, pendarahan boleh berlaku

Apakah Punca Kulit Kering ?

Seperti yang telah diperjelaskan seawal sesi jawapan sebentar tadi, masalah kulit kering ini boleh terjadi secara sementara ataupun berterusan. Berikut merupakan antara punca yang menunjangi masalah ini.

  • Cuaca dan persekitaran. Masalah kulit kering sering terjadi pada cuaca sejuk dan kelembapan yang kurang iaitu ketik musim salju. Namun, musim ini tidaklah memainkan peranan penting asalkan persekitaran tempat anda berada memiliki kelembapan yang rendah seperti dalam ruangan yang mengunakan pendingin hawa.
  • Tabiat mandi. Mandi dengan kerap juga bole mengakibatkan kulit seseorang kering terutamnya ketika mandi dengan mengunakan air panas. Hal ini kerana, ketika mandi minyak semulajadi yang terhasil oleh kulit akan turut terhakis. Hal ini juga boleh terjadi jika seseorang itu mandi dalam kolam yang kadar klorinnya tinggi.
  • Penggunaan detergen ataupun sabun keras. Seperti yang ramai ketahui, sabun berpotensi untuk menyingkirkan kekotoran pada badan termasuklah minyak semulajadi yang dihasilkan oleh kulit. Hal ini menyebabkan minyak alami yang sepatutnya melindungi lapisan luar kulit juga terhakis dan kondisi inilah yang mengundang kepada masalah kulit kering.
  • Perbuatan menggosok kulit. Perbuatan menggosok kulit boleh menyebabkan trauma dan fenomena inilah yang mengundang kepada masalah kulit kering. Kondisi ini lebih mudah berlaku jika seseoran menggosok kulit mereka mengunakan batu ataupun alatan yang memiliki permukaan yang kasar.

Masalah ini juga boleh juga disebabkan beberapa isu kesihatan dan rawatan yang sesuai adalah penting bagi menangai masalah ini dari akar umbi.

  • Keradangan kulit disebabkan kontak (Contact Dermatitis). Keradangan diseababkan kontak ini boleh terbahagi kepada dua iaitu disebabkan iritasi ataupun alahan. Secara dasarnya, kondisi ini berlaku setelah seseorang menyentuh sesuatu dan hal ini menyebabkan berlakunya keradanagan pada tempat sentuhan. Iritasi berlaku disebabkan bahan kimia seperti bahan pemutih. Alahan pula apabila kulit bersentuhan dengan bahan yang boleh merangsang alahan seperti besi.
  • Keradangan kulit seborea (Seborrheic Dermatitis). Kondisi ini berlaku apabila minyak dihasilkan terlalu banyak dan hal ini menyebabkan kulat tumbuh pada kulit seseorang. Kondisi inilah yang mengundang kepada keradangan dan ia sering terjadi pada bahagian hidung, kening dan dada.
  • Masalah ekzsema. Kondisi ini juga dikenali sebagai atopic dermatitis dan kondisi ini slalunya berkait rapat dengan alahan seperti masalah asma. Selain itu, kondisi perubatan lain juga boleh menyebabkan masalah kulit kering contohnya Psoriasis.

Bilakah Seseorang Perlu Untuk Berjumpa Doktor ?

Kebiasaannya, masalah ini boleh diatasi dengan mengelakkan punca yang merangsang berlakunya kulit kering ataupun dengan mengubah gaya hidup. Namun anda perlu segera mendapatkan rawatan doktor jika mengalami masalah berikut:

  • Keadaan kulit tidak bertambah baik walaupun telah mengunakan pelembap
  • Jika masalah kulit kering menggangu kehidupan seharian seperti tidur dan kerja
  • Jika masalah kulit kering disusuli dengan jangkitan ataupun terdapat luka
  • Bahagian kulit kering yang mengelupas semakin luas
  • Kulit kering disertai kemerah-merahan pada permukaannya

Apakah Faktor Yang Mendedahkan Seseorang Untuk Mengalami Masalah Kulit Kering ?

  • Faktor umur. Jika anda berumur 40 tahun keatas, risiko anda untuk mengalami masalah kulit kering akan meningkat.
  • Faktor iklim. Seseorang yang tinggal di kawasan yang memiliki kelembapan yang rendah akan mudah mendapatkan masalah ini.
  • Faktor pekerjaan. Perkerjaan yang memerlukan seseorang untuk berada dalam air denga kerap seperti atlit renang dan yang seumpaman dengannya.

Apakah Tips Yang Perlu Dilakukan Bagi Mengelakkan Berlakunya Kulit Kering ?

Ramai bertanya vitamin untuk kulit kering dan cara mengatasi masalah ini. Sejujurnya, punca yang menyebabka berlakunya masalah ini perlu untuk diketahui terlebih dahulu agar rawatan yang sesuai dapat diberikan. Secara amnya, beberapa cara mengatasi kulit kering bersisik dan gatal yakni perubahan dari segi gaya hidup perlu untuk dilakukan bagi mengelakkan berlakunya masalah kulit kering.

  • Elakkan daripada mandi dengan mengunakan air panas
  • Sebaiknya kurangkan durasi mandi dan terdedah kepada air terlalu lama
  • Elakkan mandi dalam kolam renang yang tinggi tahap klorinnya
  • Sila gunakan pelembap setelah mandi ataupun ketika berada pada kawasan yang kering
  • Elakkan dariapda menggaru kulit anda
  • Gunakan humidifier di dalam rumah atau tempat tidur
  • Minum air secukupnya bagi mengekalkan hidrasi yang optimum pada kulit anda

References