Apakah Penyebab Tapak Kaki Gatal (Athelete’s foot) dan Cara Mengatasinya?

Anonymous
Selamat pagi, doktor. Saya seorang pemandu kereta ‘Uber’ yang berusia 34 tahun. Saya sudah berkahwin dan isteri saya merupakan seorang suri rumah. Beliau berusia 30 tahun dan kami mempunyai 3 orang anak. Ketiga-tiga anak saya sedang belajar di sekolah rendah. Sejak kebelakangan ini, saya mendapati kaki saya berasa amat gatal. Gatal tersebut tidak tertumpu pada seluruh kaki malah ianya tertumpu kepada tapak kaki saya. Masalah tapak kaki gatal ini sudahpun saya memberitahu isteri saya tetapi beliau mengatakan ianya mungkin gigitan nyamuk. Pada awalnya saya pun meninggalkan perkara ini tanpa melakukan apa-apa untuk mengubatinya. Sekarang ianya terasa amat gatal sehingga saya tidak dapat tahan dan kaki saya juga mula berbau busuk. 

Saya juga kerap kali bermain badminton selepas syif bekerja saya sebagai pemandu. Saya akan terus ke gelanggang badminton untuk bermain. Sarung kaki saya tidak akan tukar malah saya akan menggunakan sarung kaki yang sama untuk 2 atau 3 hari sehingga ianya basah dengan peluh baru saya akan tukar ke yang baharu. Setahu saya hal ini tidak dapat menjejaskan tapak kaki saya kerana ianya air peluh saya dan bukan air yang kotor seperti air longkang. Bolehkah doktor menjelaskan kepada saya apakah yang menyebabkan masalah saya ini? Apakah rawatan yang sesuai untuk keadaan seperti ini?
Anonymous
Selamat pagi, doktor. Saya seorang pemandu kereta ‘Uber’ yang berusia 34 tahun. Saya sudah berkahwin dan isteri say... See More
Saringan Kesihatan PERCUMA
Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!
Mula Saringan Kesihatan PERCUMA
Terima kasih encik atas soalan tersebut. Pada pendapat saya, melalui keterangan yang telah encik berikan, encik mempunyai masalah yang dikenali sebagai ‘Athelete’s foot’. Ini merupakan sebuah jangkitan kulat yang bernama ‘tinea pedis’. Kulat ini akan membiak di tempat yang permukaannya lembap. Kemungkinan besar masalah ini datang kerana encik memakai sarung kaki yang sama beberapa kali tanpa menukarkannya kepada yang baharu. Encik haruslah memahami bahawa air peluh kita juga mengandungi bahan-bahan kotor yang tidak diperlukan oleh badan. Encik seharusnya menukarkan sarung kaki setiap hari. Kulat ini telah bertapak di kulit encik pada tapak kaki dan mengakibatkan tapak kaki gatal serta bau busuk. Masalah ini boleh diselesaikan dan encik tidak perlu risau. 

Encik bolehlah berjumpa dengan seorang doktor kulit mengenai masalah ini. Beliau akan memberikan ubat anti kulat untuk masalah ini dan encik harus patuh kepada arahan yang doktor beri. Ubat lain yang akan diberikan ialah ubat sapu. Ubat sapu tersebut haruslah disapu dengan elok pada tempat yang terjejas dan memastikan ia dipraktikkan tiap-tiap hari. Encik juga sememangnya harus mengeringkan kasut encik di bawah cahaya matahari untuk mengelakkannya berbau busuk dan mengeringkannya supaya dapat mengelakkan masalah yang tidak diingini. Encik juga harus sentiasa memastikan kebersihan kaki dengan membasuhnya dengan sabun terutamanya menggosok tapak kaki dan celah-celah jari kaki dengan elok.
Terima kasih encik atas soalan tersebut. Pada pendapat saya, melalui keterangan yang telah encik berikan, encik mem... See More

APAKAH PENYEBAB TAPAK KAKI GATAL

Kegatalan itu merupakan sebuah perkara umum yang boleh berlaku kepada sesiapa sahaja pada mana-mana anggota badan kita. Kita haruslah berwaspada mengenai perkara ini kerana sekiranya gatal di sesuatu tempat tertentu boleh membawa maksud yang berbeza. Gatal yang berlaku pada tapak kaki kita boleh terjadi disebabkan oleh beberapa perkara seperti:

  • Penyebab paling umum berikutan gatal di tapak kaki ini disebabkan oleh sebuah penyakit yang dipanggil ‘Athelete’s foot’ atau juga dikenali sebagai ‘tinea pedis’. Hal ini kerana ‘tinea pedis’ merupakan sebuah jangkitan kulat yang berlaku pada telapak kaki atau di celah-celah jari kaki. Masalah ini sememangnya akan mengakibatkan kegatalan pada tempat tersebut. Kulat ini seringkali membiak di tempat-tempat yang basah atau lembap dan sekiranya seseorang itu tidak menjaga kebersihan diri maka inilah akibatnya.
  • Penyebab kedua yang boleh mendatangkan masalah tapak kaki gatal ialah masalah kutu yang akan makan sel kulit kita serta menjadikannya habitat tersendiri.Masalah ini selalunya wujud dalam kalangan kanak-kanak tetapi orang dewasa juga boleh menjadi mangsa. Apabila kanak-kanak yang terjejas maka masalah ini akan datang pada telapak kaki, tapak tangan, muka, leher dan kepala. Apabila orang dewasa pula yang terjejas maka masalah ini akan datang di bawah payu dara, celah-celah jari dan pada siku. Hal ini jika berlarutan akan mengakibatkan kegatalan yang teramat sangat pada tempat-tempat yang terjejas terutamanya tapak kaki.
  • Penyebab lain yang boleh mendatangkan masalah tapak kaki gatal ialah ‘pitted keratolysis’ atau lebih dikenali sebagai ‘toxic shock syndrome’. Ini merupakan sebuah penyakit yang disebabkan oleh jangkitan kuman pada tapak kaki yang boleh menyebabkan kegatalan tapak kaki serta bau busuk yang tidak boleh ditahan seperti bau ikan. Masalah ini disebabkan oleh pemakaian kasut yang basah, atau memijak di tempat yang lembap serta tidak menjaga kebersihan tapak kaki. Masalah ini akan wujud dalam bentuk ruam yang amat gatal.
  • Selain itu, penyebab lain adalah masalah kulit kering pada tapak kaki. Hal ini berlaku kerana apabila cuaca terlalu kering ia akan menyebabkan masalah kulit terkupas yang boleh mendatangkan kegatalan.
  • Sebab lain ialah dehidrasi, cuaca dingin, penggunaan sabun yang tidak sesuai dengan kulit serta banyak lagi.
  • Gigitan serangga. Serangga yang boleh mengakibatkan masalah ini ialah semut, lebah, nyamuk, kutu serta labah-labah. Hal ini kerana kemungkinan gigitan serangga ini boleh mengakibatkan serangan alergi terhadap badan kita. Ini haruslah dirawat dengan serta-merta. Sekiranya tidak dirawat dengan segera maka boleh mendatangkan perkara yang tidak diingini seperti maut.
  • ‘Contact dermatitis’. Masalah ini boleh datang disebabkan pelbagai pekara yang utamanya ialah pemakaian selipar atau kasut yang tidak sesuai dengan kaki. Hal ini kerana kemungkinan besar alas kaki yang digunakan mempunyai produk atau bahan kimia yang sensitif terhadap tapak kaki kita yang boleh menyebabkan kegatalan di tapak kaki.

APAKAH RAWATAN TAPAK KAKI GATAL

  • Terdapat pelbagai kaedah yang boleh digunakan untuk merawat keadaan ini dari menjadi semakin teruk. Rawatan yang boleh diberikan untuk keadaan seperti ini bergantung kepada penyebab utama yang menyebabkan tercetusnya masalah ini.
  • Contohnya untuk masalah ‘athelete’s foot’, ubat yang sesuai diberikan ialah ubat anti kulat. Ubat-ubat seperti ini harus diambil atas arahan doktor sahaja. Oleh itu, sekiranya mendapat masalah seperti ini, seseorang itu haruslah pergi berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan nasihat serta ubat yang sesuai dengan masalah mereka. Selain itu, kebersihan kaki juga harus dijaga dengan baik serta menghindari diri daripada berjalan tanpa kasut atau selipar di tempat-tempat yang permukaannya lembap.
  • ‘Scabies’ bolehlah dirawat dengan menggunakan ubat antibiotik. Hal ini kerana scabies merupakan jangkitan kuman dan ianya boleh dibunuh dengan antibiotik. Selain itu, anda juga kemungkinan akan diberikan cecair pelembap kulit yang harus diaplikasikan tiap-tiap hari pada kawasan yang terjejas supaya dapat sembuh dengan cepat.
  • Masalah lain seperti kulit kering pada tapak kaki boleh diatasi dengan cara menggunakan pelembap kulit yang sesuai dengan kulit kita. Pelembap kulit tersebut hendaklah digunakan tiap-tiap hari selepas mandi dan disapu sehingga rata pada tapak kaki untuk mengelakkan kekeringan dan kulit terkupas. Selain itu, kita juga haruslah minum sekurang-kurangnya 8 gelas air sehari untuk mengelakkan badan kita daripada mengalami dehidrasi.
  • Masalah gigitan serangga bolehlah dirawat dengan menggunakan krim anti gatal. Sekiranya masalah ini tidak dapat dibantu oleh krim anti gatal tersebut maka dengan segera anda harus ke hospital untuk mendapatkan suntikan daripada doktor. Hal ini kerana masalah ini boleh mengundang maut jika tidak dirawat dengan segera. Ia boleh mengakibatkan sesak nafas, batuk dan banyak lagi. Oleh itu, ianya baik jika pesakit tersebut dengan segera mendapatkan pemeriksaan dari seorang doktor yang berkelayakan.
  • ‘Contact dermatitis’ pula bolehlah dirawati dengan menghindari diri daripada masalah yang mengakibatkannya. Contohnya, sekiranya alas kasut anda yang menyebabkan datangnya kegatalan serta ruam maka anda harus dengan serta merta berhentikan penggunaan alas kaki tersebut dan dengan segera berjumpa seorang doktor untuk mendapatkan ubat. Ubat tersebut haruslah disapu setiap hari dan lama kelamaan masalah ini kemungkinan besar dapat dicegah daripada menjadi lebih teruk.

Layari laman web www.doctoroncall.com.my untuk maklumat lanjut.

References