Merupakan sejenis multivitamin yang mengandungi L-arginine, Propionyl-L-carnitine dan Vitamin B3
Patutkah saya mengambil ubat ezerex bagi masalah kelakian?
Anonymous
Selamat pagi, doktor. Saya seorang lelaki berumur 26 tahun. Saya bekerja sebagai seorang juruteknik di sebuah syarikat swasta. Saya baru saja berkahwin dan isteri saya tidak bekerja. Beliau berumur 25 tahun. Baru seminggu yang lepas perkahwinan saya telah dijalankan. Saya berasa agak malu untuk menceritakan masalah ini tetapi saya bimbang jika dibiarkan maka masalah yang saya alami ini akan menyebabkan rumah tangga saya berakhir dengan penceraian. Masalah yang saya alami ialah kesukaran untuk zakar saya tegang apabila ingin melakukan hubungan seks. Berikutan ini, saya juga tidak dapat menikmati malam pengantin saya dan bimbang ini akan menjadi sebuah isu yang besar.
Saya telah cuba sedaya upaya untuk menegangkan zakar saya tetapi memang susah. Pada satu kali itu, zakar saya telah menegang dan apabila sedang bersama dengan isteri saya, ianya kecut dengan sendiri dan saya tidak tahu kenapa. Walaupun isteri saya sentiasa memberikan semangat dan kata-kata positif untuk tidak bersusah hati namun saya berasa macam seorang yang tidak guna kerana tidak dapat memuaskan isteri saya sendiri. Saya juga berasa walaupun isteri saya memberikan kata semangat kepada saya tetapi mungkin beliau berasa sedih dalam hati dan memendamkan perasaan tersebut.
Saya juga ada terbaca di iklan dalam internet yang menyatakan terdapat sebuah ubat yang bernama ‘Ezerex’ yang dapat membantu orang yang mengalami masalah seperti saya. Bolehkah doktor menerangkan kepada saya apa itu ‘Ezerex’ dan apakah fungsinya? Adakah kesan sampingan yang berikutan pengambilan ubat ini?
Anonymous
Selamat pagi, doktor. Saya seorang lelaki berumur 26 tahun. Saya bekerja sebagai seorang juruteknik di sebuah syari... See More
Saringan Kesihatan PERCUMA
Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!
Mula Saringan Kesihatan PERCUMA Terima kasih atas soalan yang diajukan. Melalui penerangan anda, kami memahami kebimbangan tentang masalah yang anda alami iaitu masalah untuk menegangkan zakar. Untuk makluman anda, gejala ini juga dikenali sebagai mati pucuk. Berdasarkan definisi, mati pucuk atau lebih dikenali sebagai lemah tenaga batin boleh didefinisikan sebagai penyakit semula jadi di mana zakar seseorang lelaki tidak dapat menegang atau mengekalkan ketegangan ketika ingin melakukan hubungan seks. Masalah ini boleh dibahagikan kepada dua kategori, iaitu faktor-faktor yang boleh diubah dan faktor-faktor tidak boleh diubah. Antara faktor-faktor yang boleh diubah adalah seperti memiliki penyakit kronik (misalnya kencing manis, darah tinggi, tinggi kolesterol dalam badan), gaya hidup yang tidak sihat, berat badan berlebihan dan merokok. Manakala, faktor-faktor yang tidak boleh diubah. Antaranya adalah umur yang meningkat, trauma kepada alat kelamin dan penyakit saraf. Produk yang anda nyatakan merupakan sejenis suplemen yang mengandungi L-arginine, Propionyl-L-carnitine dan Vitamin B3. Namun, kegunaannya adalah bergantung kepada keperluan dan status kesihatan anda bagi mengelak sebarang komplikasi. Justeru, anda disarankan untuk merujuk perkara ini terlebih dahulu dengan pakar atau doktor anda kerana pemeriksaan menyeluruh adalah diperlukan untuk menentukan rawatan yang tepat bagi mengatasi masalah ini.
Terima kasih atas soalan yang diajukan. Melalui penerangan anda, kami memahami kebimbangan tentang masalah yang anda ala... See More
Apakah Kandungan Suplemen Ini?
Apakah Kesan Sampingan Pengambilan Suplemen Ini?
Terdapat beberapa kesan sampingan yang boleh berlaku berikutan pengambilan suplemen ini, antaranya ialah:
· Pening kepala
· Sesak nafas
· Rasa panas dalam badan
· Hidung tersumbat dan berair
· Sakit tengkuk
· Sakit pinggang
· Jantung berdegup dengan lebih laju
Oleh itu anda disarankan untuk berbincang terlebih dahulu dengan pakar atau doktor anda sebelum mengambil apa-apa makanan tambahan untuk tujuan tertentu.
Anda juga boleh mendapatkan nasihat daripada doktor kami di laman www.doctoroncall.com.my