Adakah Minyak Lintah Gunung & Belacak Boleh Tolong Tahan Keras & Panjang?

Minyak Lintah Gunung & Belacak Boleh Tahan Keras & Panjang? - DoctorOnCall
Anonymous
Selamat sejahtera doktor. Saya lelaki berusia 43 tahun dan bekerja sebagai kerani di sebuah syarikat di Kuala Lumpur. Saya ingin mengadu tentang masalah yang saya hadapi dan diharapkan doktor dapat menyelesaikannya tanpa memberitahu masalah ini kepada sesiapa. Untuk pengetahuan doktor, sejak kebelakangan ini isteri saya mengadu yang dia tidak puas semasa kami menjalinkan hubungan mesra. Saya tewas terlalu awal semasa bersama dengan isteri dan juga mengalami masalah dimana zakar saya tidak begitu mengeras. Apakah ada rawatan untuk masalah yang saya hadapi ini? Adakah penggunaan minyak lintah dan minyak belacak bagus untuk kesihatan dan untuk mengembalikan kegembiraan yang semakin hilang antara saya dan isteri? Bolehkah doktor terangkan kepada saya cara menggunakan minyak lintah dan kesan minyak lintah? Terima kasih doktor.
Anonymous
Selamat sejahtera doktor. Saya lelaki berusia 43 tahun dan bekerja sebagai kerani di sebuah syarikat di Kuala Lumpur. Sa... See More
Saringan Kesihatan PERCUMA
Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!
Mula Saringan Kesihatan PERCUMA
Terima kasih atas soalan yang diajukan. Berdasarkan apa yang digambarkan oleh anda, berkemungkinan besar yang anda menghadapi masalah mati pucuk atau dalam bahasa perubatannya dikenali sebagai erectile dysfunction. Anda tidak perlu risau kerana masalah ini merupakan masalah yang selalu dihadapi oleh golongan lelaki terutamanya terhadap mereka yang berisiko tinggi. Kerana masalah ini selalu dijumpai dan ramai yang terkesan daripadanya, terdapat pelbagai petua dan nasihat yang kita sering dengari. Antaranya ialah petua untuk menggunakan minyak lintah untuk mengubati masalah mati pucuk. Walaubagaimanapun, kesahihan minyak lintah atau minyak belacak dalam merawat mereka yang memiliki masalah yang sama adalah diragui kerana terdapat tiada bukti saintifik untuk menyatakan tentang keberkesanan minyak tersebut untuk masalah yang dibincangkan. Topik ini akan dikupas dengan lebih lanjut di bawah.
Terima kasih atas soalan yang diajukan. Berdasarkan apa yang digambarkan oleh anda, berkemungkinan besar yang anda mengh... See More

Mati Pucuk Dari Kaca Mata Seorang Doktor

Mati pucuk ialah suatu kondisi yang telah menjejaskan sebilangan kaum lelaki. Nama lain untuk masalah ini ialah lemah batin dan ia merupakan suatu kondisi dimana pesakit lelaki tidak mampu untuk mengeraskan zakar semasa mengadakan hubungan intim dengan pasangan. Usia yang semakin meningkat akan meningkatkan lagi risiko untuk pesakit mengalami masalah ini. Selain daripada umur, pesakit juga boleh terdedah untuk mendapatkan masalah ini apabila mereka mempunyai penyakit seperti kencing manis, obesiti, merokok, dan tekanan darah tinggi. Antara gejala yang menggambarkan mati pucuk ialah ketegangan zakar yang kurang dan lembut, ketegangan yang tidak bertahan lama dan ketidakbolehan zakar untuk menegang dan mengeras untuk melakukan aktiviti seks.

Apakah Itu Minyak Lintah?

Minyak lintah merupakan minyak yang diekstrak daripada lemak lintah, sejenis cacing yang hidup di perairan samada di kawasan berpaya mahupun sungai. Para penjual minyak lintah menganjurkan cara menggunakan minyak lintah dengan menyapu minyak tersebut pada zakar dan membiarkannya selama beberapa minit untuk mendapatkan kesan minyak lintah. Ia juga digunakan secara rutin supaya kesannya dapat dirasakan pesakit dan penggunanya. Ia telah lama digunakan secara tradisional dan secara turun temurun untuk membantu pesakit yang mengalami masalah untuk mengekalkan kekerasan zakar ketika bersetubuh. Walaubagaimanapun, kesahihan terhadap keberkesanannya adalah diragui kerana masih tiada bukti saintifik yang menjelaskan tentang kebaikan minyak lintah tersebut.

Apakah Bukti Keberkesananan Minyak Lintah?

Minyak lintah dikatakan dapat melancarkan saluran darah kepada zakar dan hal ini membantu zakar untuk tahan keras dengan lebih lama. Kebenaran tentang keberkesanan minyak lintah, minyak belacak, gambir emas, minyak kelapa dara, minyak lintah tok wan, minyak lintah tapa dan banyak lagi produk yang dikatakan mampu membantu lelaki untuk tahan keras dengan lebih lama tidak dapat dipastikan. Berkemungkinan besar yang produk-produk tersebut hanyalah plasebo yang dicanang-canangkan untuk kepentingan dan keuntungan sesetengah individu yang tidak bertanggungjawab. Walaupun ubat yang diberikan oleh doktor akan bertindak dengan cara yang lebih kurang sama iaitu dengan melancarkan peredaran darah pada zakar, namun kesahihan tentang bagaimana minyak lintah bertindak samada dengan cara yang sama tidak dapat disahkan.

Ubat Lain Selain Minyak Lintah Yang Berkesan

Untuk merawat masalah mati pucuk atau “erectile dysfunction”, ubat yang selalu digunakan ialah ubat yang mengandungi bahan aktif “sildenafil” atau “tadalafil”. Ubat sildenafil juga popular dengan nama pasarannya iaitu Viagra dan tadalafil popular dengan nama cialis. Ianya berfungsi dengan cara melancarkan saluran darah kepada anggota kemaluan dan terutamanya kepada zakar dan hal ini akan membantu zakar untuk keras dan bertahan dengan lebih lama.

Apakah Alternatif Lain Selain Ubat Untuk Masalah Mati Pucuk

Selain daripada ubat, pesakit juga boleh mendapatkan rawatan dengan cara yang lain. Pesakit boleh menukar gaya hidup seperti berhenti merokok, mengurangkan berat badan, dan bersenam dengan lebih kerap untuk menyelesaikan masalah tersebut. Selain itu, pesakit juga boleh mendapatkan suntikan dimana ubat daripada suntikan tersebut akan membesarkan saluran darah pada zakar dan hal ini akan membantu zakar untuk lebih keras, tegang serta tahan lama. Pembedahan juga boleh dilakukan dimana doktor akan membetulkan saluran arteri yang tersumbat. Pembedahan selalunya disyorkan kepada mereka yang berumur 30 tahun ke bawah kerana mereka yang berusia lebih tua selalunya mempunyai lebih banyak saluran arteri yang lebih sempit dan pembedahan merupakan cara yang tidak efisyen untuk mereka. Cara lain ialah dengan menggunakan implan dimana ianya akan diletakkan ke dalam zakar dan implan tersebut boleh dibesarkan dengan menggunakan mekanisma tekanan air.

References