Gangguan bipolar, juga dikenali sebagai penyakit manik-depresi, adalah gangguan bahan kimia dalam otak yang menyebabkan perubahan yang luar biasa dari segi mood, tenaga, tahap aktiviti, dan keupayaan untuk menjalankan tugasan harian.
Terdapat 3 jenis gangguan bipolar; semuanya melibatkan perubahan dari segi mood, tenaga, dan tahap aktiviti :
Bipolar I
Ia ditakrifkan melalui penampilan sekurang-kurangnya satu episod manik. Anda mungkin mengalami episod-episod hipomanik atau depresi sebelum dan selepas episod manik. Gangguan bipolar jenis ini kebiasaannya terjadi kepada kedua-dua lelaki dan wanita.
Bipolar II
Orang yang mempunyai gangguan bipolar jenis ini akan mengalami satu episod kemurungan yang berlanjutan sekurang-kurangnya dua minggu. Mereka juga mempunyai sekurang- kurangnya satu episod hipomanik yang berlanjutan selama empat hari. Jenis gangguan bipolar ini dianggap lebih biasa terjadi kepada wanita.
Cyclothymia
Pesakit cyclothymia mengalami kedua-dua episod hipomania dan kemurungan. Gejala-gejala ini berlalu dalam jangka masa yang pendek dan kurang serius daripada gangguan bipolar I atau bipolar II. Kebanyakan pesakit dengan keadaan ini hanya mengalami simptom yang berkekalan selama satu atau dua bulan dalam satu masa.