Kenalpasti Sekiranya Anda Mempunyai Tanda Dan Gejala Penyakit OCD

Penyakit OCD Adalah Gangguan Mental Dengan Gejala Dan Penyebab Berikut
Anonymous
Salam sejahtera doktor. Saya Ida, merupakan seorang pekerja kerani di pejabat. Saya berusia 32 tahun, belum berkahwin. Saya mahu menanyakan kepada doktor tentang sedikit masalah yang saya alami. Saya mulai menyedari bahawa ia adalah menganggu kehidupan seharian saya. Begini doktor, setiap kali mandi saya mengambil masa sehingga 2 jam setengah. Saya akan mandi mulai dengan melumurkan body scrub untuk scrubbing, kemudian saya akan menggosok dengan sponge untuk membuang daki-daki dan sel kulit mati. Setelah itu saya akan lanjut kepada menyapu setiap inci tubuh dengan sabun sebelum menggosok setiap bahagian tubuh tersebut sehingga kulit kelihatan bersih. Habis itu, saya akan membilas sabun tersebut sehingga tiada lagi rasa licin-licin di tangan saya. Kemudian, saya akan bilas sekali lagi dengan Dettol untuk membunuh sebarang kuman yang tersisa. Selesai proses ini semua, saya akan menyapukan losyen tubuh sebelum menyapukan lagi satu layer sanitizer agar tiada kuman yang hinggap. Masalahnya doktor, tidak sampai satu jam setelah selesai mandi, apabila berpeluh sedikit atau beraktiviti sedikit, saya akan merasa sangat kotor semula dan perlu mandi lagi sekali. Apa masalah saya ni doktor? Ada kawan kata ini OCD. Tapi setahu saya OCD adalah rapi, dan mungkin penyakit terkait kebersihan. Saya cari kisah penderita OCD tapi tak banyak yang boleh saya kaitkan dengan masalah saya ini. Apakah saya ini termasuk penyakit OCD ringan? Kalau ya, apakah OCD ini penyakit psikologi? Apakah penyebab penyakit OCD? Boleh sembuh ke saya ni doktor?
Anonymous
Salam sejahtera doktor. Saya Ida, merupakan seorang pekerja kerani di pejabat. Saya berusia 32 tahun, belum berkahwin. S... See More
Saringan Kesihatan PERCUMA
Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!
Mula Saringan Kesihatan PERCUMA
Terima kasih di atas soalan anda tersebut. Kemungkinan besar masalah yang anda hadapi adalah juga dikenali sebagai obsessive compulsive disorder (OCD) yang mana tabiat yang awalnya kelihatan normal ini mulai menjadi penyakit atau masalah apabila kegiatan rapi dan kebersihan ini menganggu rutin seharian anda. Sebagai contoh, kekerapan mencuci tangan dan pendedahan berlebihan terhadap sabun dapat menganggu struktur kulit sihat dan menyebabkan kulit merah, menggelupas dan kering. Ini seterusnya menyebabkan kulit sudah tidak halus dan mudah terkena penyakit berjangkit. Sementara itu, meluangkan masa yang terlalu lama untuk aktiviti ini dapat menganggu rutin dan pekerjaan anda yang mana seharusnya merupakan prioriti dan keutamaan. Untuk menilai derajat keparahan OCD anda mungkin memerlukan pemeriksaan lanjut. Namun, anda tidak perlu gusar memandangkan ujian dan pemeriksaan yang mudah akan dilakukan bagi menegakkan diagnosa penyakit anda. Untuk memahami lebih lanjut mengenai kondisi ini, sila lanjutkan pembacaan anda dibawah.
Terima kasih di atas soalan anda tersebut. Kemungkinan besar masalah yang anda hadapi adalah juga dikenali sebagai obses... See More

Apakah Yang Dimaksudkan Dengan OCD?

OCD adalah obsessive compulsive disorder yang mana ia adalah merupakan satu cabang penyakit kebimbangan, keresahan atau kerisauan. Dalam Bahasa Melayu, ia juga dikenali sebagai penyakit was-was. Ia terdiri dari dua komponen iaitu obsesif dan kompulsif. obsesif bermaksud terjadinya fikiran yang berulang dan menetap terhadap sesuatu yang dapat muncul bila-bila masa sehingga menyebabkan pesakit berasa resah dan tertekan. Kompulsif pula adalah kelakuan atau perbuatan yang berulang sebagai salah satu solusi untuk meredakan obsesif pemikiran seperti yang terjadi diatas. Justeru, OCD adalah gabungan diantara pemikiran obsesif tindak balas kompulsif.

Apakah Penyebab Kepada Kejadian OCD?

Penyebab kepada OCD adalah terdiri atas kombinasi daripada kelainan neurologi, biologi, genetik (keturunan), kelakuan, kognitif (pemikiran) dan persekitaran. Faktor utama kejadian OCD adalah bahawa terdapat masalah komunikasi di bahagian-bahagian otak yang terkait dengan pembentukan neurotransmitter.

Apakah Faktor Risiko Penyakit OCD?

Faktor risiko OCD adalah kecenderungan atau peratusan kemungkinan untuk seseorang itu menghidap penyakit ini. Antara faktor risiko penyakit OCD adalah: 

  • Genetik
    • Genetik disini bermaksud, apabila adanya ahli keluarga terdekat seperti ibu, bapa, adik beradik malahan kembar dengan masalah OCD, maka risiko untuk anda terkena OCD adalah semakin tinggi
  • Kelainan otak
    • Biasanya timbul apabila pesakit otak terkait bahagian frontal (depan) seperti akibat stroke atau tumor dibahagian frontal sehingga menyebabkan timbulnya kelainan struktur otak di frontal yang menyebabkan risiko terkena OCD semakin tinggi.
  • Persekitaran
    • Persekitaran bermaksud apabila seseorang mempunyai riwayat trauma atau riwayat penderaan sewaktu kanak-kanak sehingga menganggu komunikasi bahagian-bahagian otak sewaktu usia tumbesaran.

Mengapa Tidak Ramai Orang Dengan Penyakit OCD?

Sebetulnya, peratus penderita OCD tidak dapat dijumlahkan dengan pasti, khususnya di Malaysia, kerana penderita serta kenalan sekeliling kurang info terhadap gejala OCD. Hal ini malah diperburuk dengan stigma masyarakat terhadap penyakit psikiatri dan cenderung menganggap bahawa gejala tersebut hanyalah sifat atau keperibadian seseorang itu. 

Apakah Gejala Atau Tanda Penyakit OCD?

Gejala penyakit OCD, seperti definisi penyakitnya adalah terdiri dari dua komponen iaitu komponen obsesif dan kompulsif:

  • Komponen obsesif
      • obsesif pemikiran adalah sentiasa terfikir tentang kebersihan
      • Berulang kali memikirkan tentang keselamatan
      • Was-was terhadap ingatan atau persepsi tentang sesuatu seperti tentang tutup suis seterika
      • Kepatuhan yang jitu dan terlalu tegar terhadap sesuatu peraturan
      • Terlalu mementingkan susunan dan simetri
      • Pemikiran yang sering terpusatkan terhadap sesuatu tanpa boleh dikacau
  • Komponen kompulsif
    • Mencuci tangan berulang kali 
    • Mengecek kunci kereta dan rumah berulang kali 
    • Berulang melakukan hal yang sama seperti apabila menghitung sesuatu barang
    • Sentiasa menyusun dan mengemas walhal baru sahaja selesai mengemas
  • Hoarding ataupun sifat suka menimbunkan barang secara berlebihan dan enggan untuk membuang barangan yang sudah tidak diperlukan seperti contohnya baju yang telah lusuh
  • Biasanya pesakit sering perlu meluahkan isi hati dikeranakan perasaan insecure yang kuat
  • Mempunyai tabiat suka menyenaraikan sesuatu atau membuat checklist sebagai satu cara kurangkan obsesif fikiran

Apakah Komplikasi Ataupun Kesan Penyakit OCD?

Antara komplikasi ataupun kesan OCD yang tidak dirawat adalah:

  • Kebimbangan disertai dengan serangan panik
      • Panik adalah satu bentuk serangan yang datang dengan perasaan takut yang berlebihan terhadap sesuatu. Serangan panik yang timbul dapat disertai dengan peluh, sesak nafas, dan terketar-ketar.
  • Kemurungan
      • Kemurungan adalah merupakan sejenis gangguan perasaan yang mana pesakit akan merasa sedih yang berpanjangan. Pada pesakit OCD, dikeranakan sering memikirkan dan menganggu kehidupan seharian, ataupun akibat gagal memenuhi obsesif, ia dapat menyebabkan kemurungan.
  • Masalah makan
      • Memandangkan sebahagian besar pesakit OCD mempunyai masalah makan dan sebahagian besar pesakit eating disorder mempunyai OCD, sukar untuk ditentukan yang mana satu penyebab asal diantara keduanya.
  • Tourette’s syndrome
    • Adalah merupakan gangguan neurologi yang disertai pergerakan berulang yang dipanggil tics. Antara jenis tics adalah mata berkedip berulang, batuk berulang, dan sesetengah pergerakan wajah berulang yang tidak terkawal.

Bagaimanakah Cara Mendiagnosis Penyakit OCD?

Bagi mendiagnosis OCD, terdapat beberapa jenis pemeriksaan yang akan dilakukan seperti:

  • Pemeriksaan fizikal bagi melihat dan melakukan pemeriksaan sesuai keluhan yang dialami oleh pesakit
  • Pemeriksaan laboratorium seperti pemeriksaan darah
  • Pemeriksaan evaluasi psikologi biasanya dilakukan oleh doktor pakar yang boleh mendiagnosis penyakit ini

Bagaimanakah Cara Mengubati Dan Mengatasi Penyakit OCD?

Perawatan utama OCD terdiri dari dua disiplin iaitu psikoterapi dan juga pengubatan. Psikoterapi pada OCD biasanya terdiri atas proses exposure and response yang mana pesakit akan didedahkan terhadap hal yang ditakuti (atau dirisaukan) secara sedikit demi sedikit dan kemudian diterapi dengan cara menangani situasi ini. Selain itu, pesakit juga akan dibekalkan dengan ubat makan berupa antidepressan

Bila perlu jumpa doktor sekiranya saya mempunyai OCD?

Pesakit OCD biasanya akan mulai berasa risau dengan gejala yang dialami apabila terdapat gejala-gejala fizikal yang jelas seperti tangan atau kulit menggelupas akibat pencucian yang berlebihan, masa yang banyak dibazirkan sehingga menganggu pekerjaan atau ritual harian serta kerisauan dalam pikiran yang berlebihan sehingga menganggu proses fikir dan pelajaran bagi pelajar..

Bagaimana cara mencegah OCD?

Sebetulnya, tiada cara yang dapat dilakukan bagi mencegah kejadian OCD. Akan tetapi, ia dapat dicegah daripada memburuk menjadi komplikasi di atas sekiranya masalah OCD dideteksi dengan segera. 

Akhir kalam, apabila dalam keadaan ini, anda perlu menangani masalah ini dengan segera agar ia tidak menjadi parah di masa hadapan lebih-lebih lagi di usia muda. Sesungguhnya, penanganan awal penyakit OCD mempunyai peratusan penyembuhan yang tinggi.

References