Seperti yang telah diperjelaskan secara ringkas, memberus gigi dapat mengelakkan banyak sakit berkaitan dengan kawasan serta komponen dalam mulut. Ia mampu mengelakkan jangkitan serta keradangan gusi serta gigi, mengelakkan pertumbuhan plak atau kalkulus, menghindari seseorang daripada masalah gigi berbau dan juga memastikan gigi sentiasa kuat yakni tidak mudah rapuh. Aktiviti memberus gigi juga secara tidak langsung menyingkirkan sisa makanan yang mana menjadi sarang pembiakan bakteria dalam mulut.
8 Langkah Mudah Memberus Gigi Dengan Betul Dan Tips Pemilihan Berus Gigi
Mari Ketahui Kebaikan Memberus Gigi
Cara Penjagaan Kebersihan Gigi Berdasarkan Peringkat Umur
Setiap peringkat umur dari kecil sehinggalah ke dewasa ada cara yang tertentu bagi menjaga kebersihan gigi. Berikut merupakan kaedah memberus gigi berdasarkan peringkat umur seseorang:
- Bayi. Si cilik bayi merupakan golongan yang mana gigi mereka masih dalam proses untuk bertumbuh dan kebanyakkannya masih diselaputi gusi. Oleh itu, penggunaan berus gigi tidak sesuai untuk gosok gigi bayi. Sebaiknya, gunakan tuala bersih yang telah dilembabkan untuk membersihkan gigi mereka. Tuala ini kemudiannya diletakkan pada jari yang bertugas untuk membersihkan guis serta gigi bayi tersebut.
- Kanak-kanak yang berusia 2 tahun ke bawah. Bagi golongan ini, ibu bapa ataupun penjaga perlu membantu mereka untuk memberus gigi. Berdiri di belakang dan donggakkan kepala kanak-kanak tersebut. Kaedah ini memudahkan untuk melihat ke dalam mulut kanak-kanak agar semua permukaan dapat dibersihkan. Sentiasa berkomunikasi sepanjang proses untuk memberus gigi mereka. Bagi golongan ini, mereka tidak memerlukan ubat gigi yang mengandungi florida.
- Kanak-kank yang berusia 2 tahun keatas. Golongan ini termasuklah yang telah menjejakkan kaki ke prasekolah. Bagi golongan ini, bantuan fizikal mungkin tidak lagi diperlukan kerana mereka sudah boleh untuk berdikari, namun anda sebagai pemerhati tidak kiralah ibu bapa, penjaga mahupun guru di sekolah hendaklah memberikan rangsangan serta dorongan agar mereka terus memberus gigi pada masa yang ditetapkan. Disamping itu, tugas anda amat penting bagi memastikan teknik menggosok gigi yang diamalkan adalah betul. Bagi kanak-kanak yang berusia 2 tahun keatas, mereka sudah boleh untuk menggunakan ubat gigi yang mengandungi florida.
Apakah Teknik Yang Betul Untuk Menggosok Gigi ?
- Sebelum memberus gigi, pastikan berus gigi, ubat gigi serta cawan yang digunakan untuk berkumur bersih dan telah dibilas.
- Letakkan sebesar kacang soya bat gigi pada permukaan berus.
- Setiap kali memberus, berus gigi hendaklah diletakkan pada kecondongan 45 darjah daripada gusi dan gigi tidak kiralah pada permukaan luar mahupun dalam.
- Pegang berus gigi secara mendatar dan berus gigi pada bahagian mengunyah secara ‘circular motion’.
- Untuk gigi yang berada pada bahagian depan pula, tegakkan berus gigi dan gosok secara perlahan dari dalam keluar bermula daripada bahagian yang berdekatan dengan gusi sehinggalah ke arah hujung gigi.
- Bagi kawasan di celah gigi pula, sila gunakan berus gigi interdental, ataupun flos.
- Dengan memegang berus gigi secara mendatar, berus lidah dengan menolak berus ke hadapan dan ke belakang.
- Akhir sekali, buang sisa cecair yang telah bercampur dengan ubat gigi dan sisa dalam mulut diikuti dengan berkumur.
Berapa Kerapkah Seseorang Itu Perlu Untuk Menggosok Gigi ?
Ramai yang tertanya-tanya, gosok gigi sehari berapa kali ? Berdasarkan sarankan American Dental Association yang juga diterima pakai oleh kebanyakkan negara, kekerapan memberus gigi adalah sekurang-kurangnya 2 kali sehari iaitu pada waktu pagi setelah bangun pagi dan sebelum tidur. Gosok gigi puasaboleh dilakukan sebelum subuh dan selepas beberbuka ataupun sebelum tidur. Namun sekira boleh, praktikkan jadual menggosok gigi berikut:
- Waktu pagi: Sebaik sahaja bangun tidur dan sebelum mengambil sarapan pagi
- Waktu petang: Gosok gigi selepas makan
- Waktu malam: Sebelum tidur adalah dimestikan
Jangka masa memberus gigi juga sebenarnya terpulang kepada individu namun sebaiknya dilakukan selama 2-4 minit bagi memastikan setiap permukaan telah dibersihkan. Ketika memberus gigi pula, pastikan anda mengunakan ubat gigi yang mengandungi florida
Apakah kriteria yang perlu dipertimbangkan untuk memilih berus gigi yang ideal ?
Pemilihan komponen berus gigi dari segi struktur, bentuk mahupun saiz amatlah memberi kesan besar bagi memastikan kecekapan memberus gigi. Oleh itu, beberapa ciri berikut sebaiknya dipenuhi bagi meningkatkan kecekapan memberus gigi.
- Saiz yang sesuai ataupun ideal dengan mulut anda
- Bulu berus yang lembut dan mudah untuk dilentur
- Pemegang yang selesa, teguh dan tidak licin
- Sebaiknya, elakkan daripada mengunakan berus gigi yang memiliki tahap kekerasan bulu berus yang tinggi kerana dikhuatiri dan mencederakan gigi serta gusi dalam jangka masa yang panjang.
Berapa kerapkah seseorang itu perlu untuk menukar berus gigi ? Anda disarankan agar menukar berus gigi jika bulu berus sudah mula kembang ataupun warnanya telah menjadi kekuningan. Secara dasarnya, seseorang hendaklah menukar berus gigi setiap 2 hinggalah 3 bulan sekali.
Kaedah Lain Untuk Memastikan Gigi Bersih
- Gunakan flos untuk membersihkan gigi terutamanya bahagian celah gigi.
- Gunakan cecair kumur mouthwash untuk berkumur.
- Ambil pemakanan yang berkhasiat dan kurangkan pengambilan makanan yang tinggi kandungan gula.
- Buat temu janji bersama doktor gigi secara berkala.
References