Bagaimanakah untuk menjaga pankreas (Pancreas) dan fungsinya?
Selamat pagi, doktor. Saya seorang lelaki berumur 47 tahun. Saya mempunyai perniagaan saya yang tersendiri. Saya sudah pun berkahwin dan isteri saya bekerja sebagai seorang setiausaha di sebuah syarikat swasta. Beliau berumur 45 tahun. Kami mempunyai 3 orang anak yang masih bersekolah. Saya mempunyai tabiat merokok dan ini telah dimulakan sejak 20 tahun yang lalu. Saya juga sering kali minum minuman beralkohol dan kadang kala sehingga tahap mabuk. Kedua-dua tabiat ini memang tidak disukai oleh isteri saya dan beliau sudah pun menasihati saya unuk berhenti namun saya masih tidak dengar. Baru-baru ini saya berasa sakit pada bahagian kiri perut saya. Pada mulanya sakit tersebut sedikit sahaja an saya ingatkan angin dan mengambil ubat. Namun sakit tersebut bertambah teruk sehingga merebak ke bahagian belakang badan saya. Saya sangat bimbang dan tidak tahu apa masalah yang saya alami ini. Bolehkah doktor menerangkan kepada saya mengenai masalah ini? Adakah masalah ini berkaitan dengan hati atau perut atau pun bahagian pankreas saya?
Apakah itu pankreas
Apakah ciri-ciri pankreas
Apakah fungsi pankreas
- Pencernaan protein - ‘trypsin’ dan ‘chymotrypsin’
- Pemecahan karbohidrat - ‘amylase’
- Bagi pencernaan lemak dan kolesterol - ‘lipase’
- Hormon ini akan dihasilkan apabila didapati kadar gula dalam badan meningkat melebihi tahap normal. Insulin akan membantu mengurangkan balik tahap gula yang tinggi tersebut ke kadar normal. Insulin dihasilkan oleh sel beta dalam pankreas.
- Hormon ini pula akan dihasilkan apabila mendapati kadar gula dalam badan kurang daripada tahap normal. Hormon glycogen ini akan membantu meningkatkan tahap gula yang rendah kembali ke kadar normal.
Apakah penyakit yang boleh terjadi sekiranya terdapat masalah pada pankreas
- Kencing manis (Diabetes) tahap 1 atau tahap 2. Dalam kes ini, sekiranya masalah pankreas berlarutan sehingga menggugat penghasilan hormon seperti insulin dan glycogen, maka ianya boleh mendatangkan penyakit seperti ini. Itulah sebabnya orang yang menghidap kencing manis ini, terpaksa mengambiol suntikan insulin sebagai dos tambahan untuk membantu mencernakan glukosa dalam badan.
- ‘Pancreatitis’. Ini merupakan sebuah masalah di mana berlaku keradangan pada bahagian pankreas. Masalah ini akan menyebabkan individu terbabit mengalami sakit yang melampau sehingga merebak ke bahagian belakang badan. Radang ini boleh bertambah kronik jika tidak dirawat dengan segera.
- Kanser pankreas. Masalah ini juga sangat serius dan selalunya tidak akan menunjukkan sebarang simptom pada tahap awal. Apabila sudah lanjut, ia akan mengakibatkan masalah kesihatan yang agak serius dan memudaratkan kesihatan.
Apakah gejala berikutan kerosakan pankreas
- Tahap gula dalam badan sangat tinggi
- Rasa loya dan muntah
- Berat badan menurun
- Sakit pada bahagian perut sehingga merebak ke belakang badan
Bagaimana untuk menjaga pankreas
- Kurangkan atau berhenti meminum minuman beralkohol
- Berhenti merokok
- Menjaga berat badan supaya tidak melebihi tahap yang ditetapkan
- Mengamalkan gaya hidup sihat dengan rajin melakukan aktiviti senaman dan makan makanan berkhasiat
- Suntikan insulin. Suntikan insulin ini selalunya diberikan kepada golongan yang mempunyai penyakit kencing manis tahap 1 atau tahap 2.
- Enzim. Terdapat juga golongan yang menhadapi masalah ‘fibrosis’ pada duktus pankreas mereka dan ini memerlukan golongan ini diberi enzim. Enzim yang diberikan selalunya dalam bentuk supplemen supaya akan memudahkan proses pencernaan makanan.
- ‘Drainage’. Ini merupakan sebuah kaedah di mana sebuah tiub halus akan dimasukkan ke dalam pankreas untuk memastikan cecair di dalamnya dapat dikeluarkan. Kaedah ini dilakukan apabila individu tersebut menghadapi masalah ‘pseudocyst’ dalam pankreas.
- ‘Resection’. Ini merupakan sebuah langkah drastik bagi menyelamatkan bahagian pankreas yang masih sihat dan tidak terjejas oleh kanser. ‘Resection’ di sini bermaksud untuk membedah keluar bahagian yang terjejas supaya cebisan pankreas yang masih sihat dapat diselamatkan.
- ‘Transplant’. Ini selalunya merupakan langkah terakhir yang diambil. Hal ini kerana kaedah ini menandakan bahawa tiada langkah lain yang boleh diambil untuk menyelamatkan pankreas. ‘Transplant’ bermaksud pankreas yang sihat diambil daripada penderma organ dan dibedah masuk ke dalam orang yang memerlukannya.
References