Ketahui Tentang Masalah Sistem Pencernaan; Punca, Gejala dan Cara Mengubati

Gangguan Sistem Pencernaan Dan Penyebab Berlakunya Masalah Ini - DoctorOnCall
Anonymous
Salam sejahtera. Doktor, boleh jelaskan serba sedikit tentang gangguan sistem pencernaan? Seperti penyebab gangguan sistem pencernaan dan gangguan sistem pencernaan yang sering seperti gastrik (gastritis), gangguan sistem pencernaan pada kanak-kanak sekolah rendah, dan cirit birit. Hal ini kerana saya dana anak sering mempunyai masalah sakit perut tapi apabila ke doktor saya merasakan seperti masalah tidak selesai. Apabila saya melakukan pencarian di web juga gagal menemukan artikel yang boleh menjelaskan tentang masalah sakit perut ini. Justeru, saya berharap doktor dapat jelaskan secara ringkas agar saya mendapat gambaran tentang gangguan ini.
Anonymous
Salam sejahtera. Doktor, boleh jelaskan serba sedikit tentang gangguan sistem pencernaan? Seperti penyebab gangguan sist... See More
Saringan Kesihatan PERCUMA
Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!
Mula Saringan Kesihatan PERCUMA
Terima kasih kerana mengajukan soalan berikut. Sistem pencernaan boleh diumpamakan sebagai kilang yang memproses makanan sehingga ia menjadi bentuk yang boleh untuk diserap oleh badan. Makanan merupakan sumber nutrisi dan tenaga untuk badan. Oleh hal yang demikian, gangguan terhadap sistem ini memberi impak dari segi tahap nutrisi dan juga menyebabkan pesakit mengalami dehidrasi ataupun lemah badan. Antara organ yang terlibat dalam sistem pencernaan adalah seperti perut, usus dan esofagus. Ketahui lebih lanjut melalui penulisan di bawah.
Terima kasih kerana mengajukan soalan berikut. Sistem pencernaan boleh diumpamakan sebagai kilang yang memproses makanan... See More

Apakah Yang Dimaksudkan Dengan Gangguan Sistem Pencernaan ?

Gangguan sistem pencernaan adalah merujuk kepada sebarang kondisi mahupun penyakit yang terjadi pada sistem pencernaan. Sistem pencernaan manusia adalah merupakan satu saluran panjang yang bermula daripada mulut dan berakhir di dubur. Bermula dari mulut, makanan akan melalui saluran pencernaan melewati esofagus, perut, duodenum, usus kecil, usus besar, rektum dan dubur. Bersambungan dengan duodenum adalah organ seperti hati, pundi hempedu dan juga pankreas. Appendiks pula adalah merupakan satu tiub kecil yang menonjol di antara usus kecil dan usus besar.

Apakah Faktor Risiko Gangguan Sistem Pencernaan ?

Memandangkan sistem pencernaan berfungsi dalam memproses makanan, faktor risiko yang paling besar dalam menyebabkan gangguan sistem pencernaan sudah tentu adalah makanan

Apakah Penyakit Dan Gangguan Sistem Pencernaan Yang Paling Umum ?

  1. Mulut

Mulut mempunyai gigi yang berfungsi untuk mengunyah makanan menjadi semakin kecil. Cebisan makanan yang kecil tersebut kemudiannya akan dilembutkan dan diperhalus oleh air liur yang mengandungi enzim bernama amilase yang diproduksi oleh kelenjar liur. Enzim amilase bertindak mengurai kanji seperti nasi dan kentang menjadi maltosa. Antara gangguan yang sering terjadi di mulut adalah ulser mulut, masalah gigi seperti karies dan abses serta keradangan gusi yang dikenali sebagai gingivitis. Gangguan di sini biasanya menyebabkan masalah mengunyah makanan. 

  1. Esofagus 

Esofagus adalah merupakan satu tiub panjang dari mulut ke perut. Ia berfungsi untuk menggerakkan makanan yang telah dikunyah di mulut tadi ke dalam perut. Apabila memasuki esofagus, gumpalan makanan akan disebut bolus. Bolus ini akan ditolak masuk ke dalam perut melalui pergerakan peristalsis, iaitu pergerakan otot secara ombak dalam menggerakkan bolus. Gangguan yang sering terjadi pada esofagus yang dapat menganggu proses ini adalah seperti:

  • keradangan esofagus (esofagitis)
  • akalasia esofagus iaitu masalah relaksasi otot esofagus
  1. Perut

Perut adalah merupakan organ berbentuk bulan sabit yang mengembang yang terdiri atas otot. Dinding perut merembeskan enzim protease dan asid hidroklorik. Enzim protease berfungsi untuk mencernakan protein daripada ikan, ayam dan telur menjadi polipeptida. Sementara itu, asid hidroklorik berfungsi untuk mengaktivasi protease serta membunuh kuman dengan sifat asidiknya. Gangguan sistem pencernaan yang terjadi pada perut dapat yang menganggu proses normal di atas adalah seperti berikut: 

  • Dispepsia
  • Ulser perut
  • Refluks asid perut (GERD)
  • Gastrik (gastritis)
  • Gastroparesis. 
  1. Usus

Usus manusia terdiri daripada usus besar dan kecil. Pada usus kecil, gangguan sistem pencernaan yang dapat ditemukan adalah seperti ulser duodenum (mirip ulser perut cuma pada lokasi yang berbeza), penyakit Crohns dan kanser usus kecil.

  • Ulser duodenum
  • Penyakit Crohn’s 
  • Kolitis ulserativa

Pada usus besar, masalah sistem pencernaan adalah relatif lebih banyak, seperti apendisitis (iaitu keradangan apendiks), radang usus yang dikenali sebagai irritable bowel syndrome (IBS), sembelit, cirit-birit, kolitis ulserativa, divertikulitis, penyakit Celiac dan kanser usus besar.

  • Appendisitis 
  • Kanser kolorektal
  1. Anus

Pada bahagian dubur, masalah gangguan sistem pencernaan yang sering adalah seperti buasir, abses anus dan fisura ani.

  1. Bahagian lain

Selain daripada yang tersenarai diatas, terdapat bahagian lain dalam sistem pencernaan yang sering mempunyai gangguan seperti peritonitis, obstruksi, trauma intoleransi laktosa, proktitis, keracunan makanan dan cacing.

Apakah Gangguan Sistem Pencernaan Yang Sering Terjadi Pada Kanak-Kanak ?

Kanak-kanak menurut istilah perubatan adalah dari yang berusia 0 tahun sehingga 18 tahun. Terdapat dua gejala gangguan sistem pencernaan yang sering terjadi pada kanak-kanak iaitu cirit-birit dan muntah. Cirit birit pada kanak-kanak biasanya disebabkan oleh beberapa diagnosa seperti: cirit birit akut, kolera, disentri, cirit birit persisten serta invaginasi. 

Muntah pada pediatrik pula dapat disebabkan oleh pelbagai macam perkara daripada jangkitan, masalah anatomi (seperti sumbatan saluran pencernaan), masalah gangguan pada sistem pencernaan, serta masalah endokrin. Penyebab muntah pada kanak-kanak adalah seperti berikut:

  • Neonatus (berusia bawah 30 hari)
    • Jangkitan seperti sepsis, meningitis dan jangkitan saluran kencing
    • Sumbatan saluran pencernaan seperti akibat meconium plug, volvulus (usus terbelit), ataupun atresia (saluran kecil)
    • Overfeeding
    • Necrotizing enterocolitis 
  • Bayi (hingga 1 tahun)
    • Jangkitan seperti gastroenteritis 
    • Masalah anatomi seperti penyempitan saluran perut, hirschsprung disease mahupun intususepsi 
    • Gastritis (ataupun bahasa awamnya gastrik)
    • Alergi makanan
  • Kanak-kanak (hingga 12 tahun)
    • Akibat jangkitan seperti kencing kotor mahupun gastroenteritis
    • Masalah sumbatan akibat bezoar, hernia dan intususepsi
    • Keradangan ataupun jangkitan seperti hepatitis, gastritis dan appendicitis
  • Remaja (hingga 18 tahun)
    • Jangkitan seperti gastroenteritis
    • Akibat sumbatan dan masalah anatomi seperti bezoar dan sindrom arteri mesenterika superior
    • Keradangan ataupun jangkitan seperti gastritis, appendicitis, dan pankreatitis
    • Akibat ubat-ubatan
    • Kehamilan
    • Masalah psikologi seperti bulimia

Secara umum, oleh kerana sistem tubuh kanak-kanak yang masih lemah dibandingkan dewasa, yang paling ditakuti dan perlu diperhatikan dari kedua gejala ini adalah dehidrasi. Sekiranya muntah dan cirit-birit berterusan, kanak-kanak akan cenderung kehilangan air tubuh lebih cepat. Justeru, orang tua dan ibu bapa hendaklah memerhatikan sekiranya terdapat gejala dehidrasi seperti dibawah dan segera merujuk ke doktor:

  • Kesedaran menurun, ataupun pada anak kecil cenderung menangis dan gelisah
  • Mata cekung
  • Rasa haus meningkat
  • Mulut dan lidah sangat kering
  • Kelihatan lemah
  • Kulit kering 

Apakah Gejala Yang Menggambarkan Gangguan Sistem Pencernaan ?

Pada gangguan sistem pencernaan, gejala yang paling sering dikaitkan adalah seperti berikut:

  • Mual 
  • Muntah
  • Cirit-birit
  • Sembelit
  • Sakit perut
  • Kuning

Apakah Penyebab Gangguan Sistem Pencernaan ?

Terdapat banyak keadaan yang boleh menyebabkan gangguan sistem pencernaan. Penyebab gangguan sistem pencernaan secara amnya terbahagi kepada:

  • Kongenital
  • Jangkitan

References