Saya Rasa Makanan Tersekat Di Tekak. Gejala Penyakit Apakah Ini, Doktor?

Disfagia- Sukar Menelan Makanan. Apakah Penyebab Gejala Ini?- DoctorOnCall
Anonymous
Saya Rasa Makanan Tersekat Di Tekak. Gejala Penyakit Apakah Ini, Doktor?
Anonymous
Saya Rasa Makanan Tersekat Di Tekak. Gejala Penyakit Apakah Ini, Doktor?... See More
Saringan Kesihatan PERCUMA
Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!
Mula Saringan Kesihatan PERCUMA
Salam sejahtera Encik. Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah sukar menelan atau dalam terma perubatan dipanggil disfagia. Malangnya, maklumat yang diberikan tidak mencukupi bagi membuat kesimpulan. Maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Antaranya, jenis makanan yang menyebabkan gejala timbul. Sama ada cecair atau makanan pepejal. Adakah masalah ini sekali sekala atau progresif. Oleh itu, untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Akan tetapi, saya akan menerangkan beberapa diagnosa lazim yang boleh menyebabkan masalah disfagia secara ringkas melalui penulisan di bawah.
Salam sejahtera Encik. Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah sukar menelan atau... See More

Pengenalan Mengenai Saluran Pemakanan (Esofagus) Dan Disfagia

Saluran tiub pemakanan atau dipanggil esofagus, fungsi adalah untuk menghubungkan mulut serta perut. Esofagus adalah sebahagian daripada sistem pencernaan dan anatomi esofagus bermula dari tulang belakang servikal ke-6 sehingga diafragma yang berukuran lebih kurang 25 cm panjang dalam orang dewasa. Trakea dan esofagus adalah saluran yang berbeza dan berdepan antara satu sama lain di mana trakea berada di hadapan esofagus. 

Manakala, disfagia diambil dari perkataan Greek dimana ‘dys’- kesukaran dan ‘phagia’- untuk menelan. Ianya membawa maksud sensasi makanan terhalang atau tersekat, di sepanjang perjalanan normal dari mulut ke perut. Masalah ini secara amnya boleh terbahagi kepada dua kumpulan besar. Sama ada disebabkan oleh gangguan neuromuskular (motilitas) atau mekanikal (halangan)

Disfagia Yang Disebabkan Oleh Gangguan Neuromuskular

- Achalasia dan diffuse esophageal spasm (kekejangan esofagus menyeluruh)- spektrum penyakit yang melibatkan kegagalan dalam koordinasi dan penguncupan otot esofagus. Masalah ini disebabkan oleh degenerasi saraf pada dinding esofagus tanpa perubahan atau kecacatan pada struktur esofagus tersebut.

- Scleroderma/systemic sclerosis- penyakit autoimun yang menyebabkan penghasilan dan pengumpulan kolagen secara berlebihan, yang dikenali sebagai fibrosis, pada kulit dan organ dalaman serta kecederaan pada arteri kecil. 

- Masalah motiliti lain yang berkaitan 

  • Multiple sclerosis: penyakit autoimun yang menyerang sarung pelindung saraf (myelin) di bahagian otak dan saraf tunjang. Hal ini mengakibatkan masalah komunikasi antara otak dan seluruh badan. 
  • Sindrom Gullain Barre: penyakit autoimun yang jarang berlaku dimana sistem ketahanan badan menyerang saraf. Berbeza dengan multiple sclerosis, penyakit ini melibatkan sistem saraf periferal iaitu tidak melibatkan otak dan saraf tunjang seperti multiple sclerosis. 
  • Penyakit neuron motor: penyakit neurodegeneratif yang secara selektif hanya menyerang neuron motor. Neuron motor adalah sel saraf yang menghantar isyarat output elektrik ke otot, mempengaruhi kemampuan otot untuk berfungsi.
  • Poliomyelitis: penyakit yang disebabkan oleh virus polio yang boleh menyebabkan lumpuh serta berbahaya kepada nyawa. Virus ini boleh menyerang saraf tunjang dan seterusnya menyebabkan lumpuh. 
  • Myasthenia gravis: penyakit autoimun yang menyerang persimpangan neromuskular dan menyebabkan kelemahan otot
  • Neuropathy: kerosakan atau disfungsi satu atau lebih saraf

Disfagia Yang Disebabkan Oleh Mekanikal (Halangan)

Masalah intrinsik (di dalam esfofagus)

  • Striktur esofagus:  striktur esofagus adalah penyempitan saluran esofagus yang disebabkan oleh banyak penyakit. Akan tetapi, striktur peptic (bahagian perut) merupakan yang paling biasa berlaku dan disebabkan oleh masalah GERD (gastroesophageal reflux disease). 
  • Lower esophageal (Schatzki) ring: penyempitan esofagus bahagian bawah yang disebabkan oleh pembentukan cincin tisu mukosa (yang melapisi esofagus) atau tisu otot.
  • Ketumbuhan: terdapat dua jenis ketumbuhan iaitu kanser atau ketumbuhan jinak (benign). Tanda kanser esofagus adalah seperti disfagia, kesukaran bernafas atau bercakap dan banyak lagi. 
  • Pembentukan sarang dalam esofagus: Ianya merupakan membran tisu esofagus normal yang tipis terdiri daripada mukosa dan submukosa yang boleh menyekat sebahagiannya atau keseluruhan bahagian esofagus tersebut. Masalah ini boleh jadi kongenital (dari lahir) atau diperolehi setelah lahir.
  • Masalah diverticula esofagus: luapan mukosa melalui lapisan otot esofagus. 
  • Barang asing tersekat di dalam esofagus

Masalah ekstrinsik- masalah yang berlaku di luar tetapi berdekatan dengan struktur esofagus yang kemudiannya menyebabkan kompresi pada saluran esofagus. Antara masalah yang boleh menyumbang kepada gejala disfagia adalah:

  • Kompresi disebabkan oleh vaskular (saluran darah)
  • Ketumbuhan di bahagian mediastinal (bahagian dada) 
  • Osteoartritis tulang belakang servikal

Apakah Ujian Yang Akan Dilakukan Untuk Mendapatkan Dignosa?

Terdapat beberapa modiliti ujian yang boleh dilakukan oleh para doktor. Tetapi mungkin bukan semua jenis ujian akan dilakukan. Ianya bergantung dengan keputusan doktor yang merawat hasil dari pemeriksaan fizikal serta temu bual yang dilakukan dengan pesakit. Antara ujian yang boleh dilakukan adalah seperti:

  • Pemeriksaan darah seperti full blood count dan ujian fungsi hati
  • OGDS (Oesophagogastroduodenoscopy): prosedur yang memasukkan tiub kecil dilengkapi kamera dari mulut sehingga ke duodenum untuk melihat keadaan saluran pemakanan 
  • Barium swallow: ianya adalah ujian X-ray tetapi terdapat penambahan dimana pesakit diminta untuk meminum cecair barium. Cecair ini bertujuan untuk melapisi saluran dalam esofagus agar bentuk esofagus dapat dilihat dengan x-ray. 
  • Video barium swallow: Sama seperti barium swallow cuma, berbanding hanya gambar yang diambil dalam satu masa tertentu, kaedah ini dapat melihat motiliti esofagus semasa pesakit mengambil barium
  • Esophageal manometry: untuk mengukur kekuatan dan koordinasi otot esofagus semasa menelan.
  • X-ray dada: untuk melihat sekiranya terdapat ketumbuhan di bahagian mediastinal
  • Imbasan CT: kaedah ini adalah lebih terperinci dalam melihat anatomi badan untuk mengesan apa-apa abnormaliti dalam esofagus atau kawasan di sekelilingnya.

References