Apakah itu punca dan rawatan penyakit angin pasang (Hernia)?

Anonymous

Salam doktor. Saya berumur 55 tahun, pesara tentera, sudah berkahwin dan mempunyai 5 orang anak. Saya ingin bertanya mengenai gejala-gejala yang saya hadapi sejak sebulan yang lepas . Saya ada perasan 1 benjolan di celah kelengkang bahagian kiri berdekatan tulang kemaluan saya. Benjolan tersebut agak besar berbentuk seperti bola pingpong dengan saiz lebih kurang 5 cm. Selain itu, saya juga berasa sakit di kawasan benjolan tersebut setiap kali saya melakukan senaman atau mengangkat sesuatu yang sangat berat. Saya juga mendapati bahawa benjolan itu akan hilang setiap kali saya menolaknya ke dalam semula, tetapi ia akan muncul kembali terutamanya selepas saya batuk berterusan atau bersin dengan kuat. Jadi, apakah penyebab atau punca bagi gejala yang saya hadapi ini? Mungkinkah ia penyakit angin pasang atau adakah ia sesuatu yang sangat serius? Apakah rawatan yang boleh dilakukan untuk menghilangkan benjolan ini?

Anonymous
Salam doktor. Saya berumur 55 tahun, pesara tentera, sudah berkahwin dan mempunyai 5 orang anak. Saya ingin bertanya ... See More
Saringan Kesihatan PERCUMA
Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!
Mula Saringan Kesihatan PERCUMA

Terima kasih atas soalan anda. Berdasarkan keterangan yang anda berikan, kemungkinan besar penyebab atau punca bagi masalah yang anda hadapi ini adalah kerana penyakit angin pasang (Hernia). Ia berlaku apabila organ menolak pada pembukaan pada otot atau tisu pada dinding abdomen.Hernia sering terjadi di bahagian berdekatan tulang kemaluan, tetapi ia juga boleh terjadi di abdomen,bahagian atas paha dan pusat. Kebanyakan hernia tidak begitu serius hingga boleh mengancam nyawa, tetapi ia tidak boleh sembuh dengan sendirinya. Kadang-kala hernia memerlukan pembedahan untuk mencegah komplikasi yang merbahaya.

Terima kasih atas soalan anda. Berdasarkan keterangan yang anda berikan, kemungkinan besar penyebab atau punca bagi m... See More

Apakah itu hernia

Hernia berlaku apabila terdapat kelonggaran atau lubang di bahagian peritoneum, dinding otot yang biasanya memastikan organ dalaman berada pada tempatnya. Apabila ini berlaku, ia menyebabkan organ-organ dan tisu tertolak ke dalam bahagian lain,seterusnya menghasilkan kebengkakan atau bonjolan.

Benjolan itu mungkin hilang apabila seseorang itu baring, dan kadang-kala ia boleh ditolak semula. Batuk boleh menyebabkan benjolan itu muncul kembali

Apakah penyebab hernia

Hernia disebabkan oleh gabungan kelemahan otot dan ketegangan. Bergantung kepada sebabnya, hernia boleh terbentuk dengan cepat atau memerlukan masa yang lebih lama.

Penyebab atau punca bagi kelemahan otot termasuklah:

  • Kegagalan dinding abdomen untuk tertutup dengan betul dalam rahim, yang merupakan kecacatan kongenital/sejak lahir
  • Umur yang meningkat
  • Batuk yang kronik
  • Kecederaan saraf daripada pembedahan seperti pembedahan untuk membuang appendiks

Faktor-faktor lain yang boleh menyebabkan hernia, terutamanya jika otot-otot anda sudah lemah, termasuklah:

  • Sedang hamil, ini akan menyebabkan tekanan pada abdomen
  • Sembelit, ini akan menyebabkan anda meneran ketika membuang air besar
  • Mengangkat sesuatu yang sangat berat
  • Cecair di dalam perut, atau “ascites”
  • Berat badan naik secara tiba-tiba
  • Pernah mengalami pembedahan di kawasan hernia
  • Batuk atau bersin yang berpanjangan

Apakah gejala hernia

Gejala yang paling biasa terjadi bagi hernia adalah bengkak atau benjolan di kawasan yang terjejas. Bagi kes hernia “inguinal”, anda mungkin dapat melihat benjolan di bahagian sisi kanan atau kiri pada tulang kemaluan di mana paha dan kawasan kemaluan bertemu.

Anda lebih senang untuk merasa hernia tersebut apabila anda berdiri, membongkok, atau batuk.

Sekiranya bayi anda mempunyai hernia, anda mungkin hanya boleh merasai benjolan tersebut apabila dia menangis.


Gejala-gejala yang lain dalam hernia “inguinal” termasuklah:

  • Sakit atau rasa tidak selesa di kawasan yang terjejas (biasanya di bahagian bawah abdomen), terutamanya apabila membongkok, batuk, atau angkat sesuatu yang sangat berat
  • Tekanan, atau rasa berat di bahagian abdomen
  • Rasa panas atau bunyi-bunyi di kawasan benjolan


Gejala lain bagi hernia “hiatal”(hernia di bahagian hujung esofagus berdekatan dengan perut) termasuklah:

  • Refluks asid, iaitu apabila asid perut bergerak ke atas ke bahagian esofagus yang boleh menyebabkan rasa panas seperti terbakar
  • Sakit dada
  • Kesukaran untuk menelan

Bagi sesetengah kes, hernia tidak mempunyai sebarang gejala. Anda mungkin tidak tahu yang anda mempunyai hernia melainkan ia muncul semasa pemeriksaan fizikal atau pemeriksaan kesihatan untuk masalah yang tidak berkaitan.

Apakah rawatan hernia

Sama ada perlu atau tidak untuk menjalani rawatan bergantung kepada saiz hernia anda dan keparahan gejala yang dialami. Doktor mungkin akan memantau hernia anda untuk sebarang komplikasi yang mungkin muncul. Pilihan rawatan bagi hernia termasuklah perubahan gaya hidup, ubat, ubat-ubatan atau pembedahan.

A) Perubahan gaya hidup

  1. Perubahan diet boleh merawat gejala hernia “hiatal”, tetapi hernia tetap tidak sembuh. Elakkan makanan yang berat, jangan berbaring atau membongkok selepas makan, dan pastikan berat badan dalam purata yang normal.

  2. Senaman yang tertentu boleh membantu menguatkan otot-otot di sekitar kawasan hernia, yang mungkin mengurangkan beberapa gejala. Walau bagaimanapun, senaman yang tidak dilakukan dengan betul dapat meningkatkan tekanan di kawasan itu dan mungkin menyebabkan hernia membengkak lebih besar. Adalah lebih baik untuk membincangkan senaman apa yang perlu dan tidak perlu dilakukan dengan doktor atau ahli terapi fizikal anda.

  3. Jika perubahan ini masih tidak menghilangkan rasa tidak selesa itu, anda mungkin memerlukan pembedahan untuk menghilangkan hernia tersebut. Anda juga boleh mengurangkan gejala dengan mengelakkan makanan yang menyebabkan refluks asid atau pedih ulu hati, seperti makanan pedas dan makanan berasaskan tomato. Selain itu, anda boleh elak daripada refluks asid dengan kurangkan berat badan dan berhenti merokok.

B) Ubat-ubatan

Jika anda mengalami hernia “hiatal”, ubat-ubatan yang mengurangkan asid perut boleh melegakan rasa tidak selesa dan mengurangkan gejala yang ada. Ini termasuklah antacid, “H-2 receptor blocker”, dan “proton pump inhibitors”.

C) Pembedahan

  1. Sekiranya hernia anda semakin membesar atau menyebabkan kesakitan, doktor mungkin akan membuat keputusan untuk melakukan pembedahan. Doktor anda boleh membaiki hernia dengan menjahit lubang di dinding perut supaya tertutup semasa pembedahan. Ini biasanya dilakukan dengan menampal lubang dengan “surgical mesh”.

  2. Hernia boleh dirawat sama ada dengan pembedahan terbuka atau laparoskopi. Pembedahan laparoskopi akan menggunakan kamera kecil dan peralatan pembedahan yang kecil untuk membaiki hernia hanya dengan melibatkan potongan kulit yang kecil. Pembedahan laparoskopi kurang merosakkan tisu di sekitarnya.

  3. Pembedahan terbuka memerlukan proses pemulihan yang lebih lama. Anda mungkin tidak mampu bergerak secara normal sehingga enam minggu. Pembedahan laparoskopi mempunyai masa pemulihan yang lebih pendek, tetapi risiko untuk hernia itu muncul kembali adalah lebih tinggi.

Di samping itu, tidak semua hernia sesuai untuk pembedahan laparoskopi. Ini termasuklah hernia di mana sebahagian daripada usus telah bergerak ke dalam skrotum.Jika terdapat apa-apa kemusykilan, sila rujuk nasihat doktor yang boleh dijumpai di klinik atau hospital. Jika ia bukan kecemasan, anda juga boleh mendapatkan nasihat daripada doktor di laman web www.doctoroncall.com.my.Terima kasih.

References