Apakah Penyebab Perut Kembung (Bloated Stomach) Dan Cara Mengatasinya

Anonymous
Hai doktor, saya nak tanya pasal perut kembung. Barangkali saya perasan perut saya cepat kembung terutamanya sekali selepas makan. Walaupun selepas saya buang air besar atau kecil, perut saya masih kembung. Ia jadi lagi teruk beberapa hari sebelum saya datang haid. Saya ada ambil ubat-ubat herba di farmasi bagi mengurangkan kembung tetapi ia berkesan hanya sementara waktu. Saya kurang makan buah-buahan atau minum air secukupnya kerana kerja saya terlalu sibuk dan saya susah nak berbuat demikian. Kadang-kadang saya rasa juga badan saya berangin bila perut kembung. Bila badan dah berangin saya akan rasa lemau, cepat letih, kadang-kadang mengah pun ada. Saya pergi ke klinik untuk check, doktor kat situ kata badan saya sihat dan ok. 

Saya sekarang ini ingin cuba mencari apa cara mengatasi perut kembung ini. Juga saya nak doktor terangkan dekat saya apa sebernanya penyebab perut kembung ini. Adakah ia berpunca dari pemakanan atau sekali dengan kekurangan dalam buat senaman fizikal? Jika saya jaga makan dan selalu bersenam, adakah perut kembung saya  akan hilang? Mohon cerahkan persoalaan saya ini supaya saya boleh mengatasi masalah perut kembung. Terima kasih.

Anonymous
<!--block-->Hai doktor, saya nak tanya pasal perut kembung. Barangkali saya perasan perut saya cepat kembung teruta... See More
Saringan Kesihatan PERCUMA
Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!
Mula Saringan Kesihatan PERCUMA
Terima kasih menggunakan perkhidmatan kami. Perut kembung juga disebut sebagai "bloating", iaitu gejala perut yang dirasakan penuh dengan angin. Masalah kembung perut biasanya adalah berpunca daripada angin atau air memenuhi perut. Walaupun ia seringkali berpunca daripada tabiat pemakanan atau makanan yang kita ambil, namun masalah kembung perut ini juga boleh disebabkan oleh masalah kesihatan seperti masalah sistem pencernaan yang lebih serius. 
<!--block-->Terima kasih menggunakan perkhidmatan kami. Perut kembung juga disebut sebagai "bloating", iaitu gejala... See More

Apakah penyebab perut kembung?

    Terdapat banyak sebab yang menyebabkan perut kembung, dan kebanyakan penyebabnya dalah berkaitan dengan tabiat pemakanan

    • Sayur-sayuran Cruciferous: Sayur-sayuran cruciferous tertentu mengandungi gula kompleks yang dipanggil raffinose yang menyebabkan gas berlebihan semasa pencernaan dan mencetuskan perut kembung. Sayur-sayuran yang tergolong dalam kumpulan ini termasuk brokoli, kubis, bak choi dan kale. Makanan ini berkhasiat jadi anda tidak perlu mengelakkannya. Namun saiz hidangan ini haruslah dikurangkan dan dimasak sepenuhnya.

    • Makan terlalu banyak atau terlalu cepat: Tabiat makan terlalu cepat menyebabkan anda tertelan lebih banyak udara dan menyebabkan perut kembung

    • Serat (fibre) yang terlalu banyak atau tidak cukup: Sistem pencernaan memerlukan serat untuk berfungsi dengan baik dan kekurangan serat boleh mengakibatkan masalah sembelit dan seterusnya mengakibatkan perut kembung. Jika anda mengalami sembelit, anda perlu tingkatkan serat pemakanan anda secara beransur-ansur kerana terlalu banyak serat dalam diet boleh mengakibatkan gas berlebihan dan menyebabkan gejala kembung.

    • Tekanan atau kebimbangan: Otak boleh mempengaruhi sistem pencernaan. Apabila anda merasa tertekan atau cemas, anda mungkin turut mengalami gangguan pencernaan seperti sakit perut, kembung, sembelit, cirit-birit, dan rasa mual.

    • Intoleransi makanan: Sesetengah orang tidak mampu mencerna makanan tertentu, yang boleh mengakibatkan pengeluaran gas berlebihan, mual, dan cirit-birit. Contohnya makanan mengandungi laktosa seperti susu.

    • Penyakit radang usus: Kembung adalah gejala umum pada individu yang mengalami gangguan radang usus seperti IBS, penyakit Celiac dan penyakit Crohn.

    • Asid refluks: Ini berlaku apabila asid melimpah dari perut sehingga ke esofagus, dan biasanya menyebabkan loya, pedih ulu hati, dan perut kembung. Ia sering berlaku tidak lama selepas makan atau minum dalam kuantiti yang banyak.

    • PMS: Sebelum haid, ramai wanita mengalami kembung dan sakit perut

    • Kekurangan bakteria yang baik dalam sistem pencernaan: Bakteria baik membantu pencernaan. Kurangnya bakteria ini mengganggu penghadaman makanan dan menyebabkan gas berlebihan di dalam perut. Ini boleh disebabkan oleh penggunaan antibiotik yang membunuh bakteria baik ini sekaligus menjejaskan keseimbangan jumlah mereka di dalam usus.

Penyebab lain masalah kembung perut


Gas dan udara:

Gas adalah penyebab utama perut menjadi kembung, sesetengah tabiat boleh menyebabkan kandungan gas di dalam perut lebih tinggi dan menyebabkan kembung:
  • makan atau minum terlalu cepat
  • gula-gula getah
  • merokok
  • memakai gigi palsu longgar

Sendawa dan buang angin (kentut) adalah dua cara udara di dalam badan keluar. Lewat atau sering bertangguh ke tandas boleh menyebabkan lebih banyak gas di dalam usus.

Penyakit yang boleh menyebabkan kembung perut
  • Irritable bowel syndrome(IBS)
  • Penyakit radang usus.
  • Pedih ulu hati
  • Intoleransi makanan
  • Hormon sepeti tiroid atau wanita sebelum menstruasi
  • Jangkitan parasit usus (Giardiasis)
  • Gangguan tabiat makan seperti anoreksia nervosa atau bulimia nervosa
  • Faktor kesihatan mental seperti tekanan, kebimbangan, kemurungan, dan banyak lagi
  • Sesetengah ubat-ubatan

Apakah cara mengatasi perut kembung?


Perubahan gaya hidup:
Dalam banyak kes, gejala-gejala kembung perut boleh dikurangkan bahkan dicegah dengan mengamalkan beberapa perubahan gaya hidup yang mudah seperti menurunkan berat badan.

Untuk mengurangkan udara terlalu banyak ditelan, anda boleh:
  • Elakkan mengunyah gula-gula getah. 
  • Hadkan pengambilan minuman berkarbonat.
  • Elakkan makanan yang menyebabkan gas, sayur-sayuran seperti dalam keluarga kubis, kacang kering, dan lentil.
  • Makan perlahan-lahan dan elakkan minum menggunakan straw.
  • Gunakan produk tenusu tanpa laktosa (jika anda mempunyai intoleransi terhadap laktosa).
  • Probiotik juga boleh membantu dengan menambah bakteria baik dalam usus

Ubat-ubatan:
Rujuk kepada doktor jika perubahan gaya hidup dan diet tidak melegakan kembung perut.

Bila harus berjumpa doktor:

Rujuk doktor anda jika kembung disertakan dengan mana-mana gejala berikut:
  • sakit perut yang teruk atau berpanjangan
  • darah dalam najis, atau berwarna gelap
  • demam dengan suhu yang tinggi
  • cirit-birit
  • pedih ulu hati yang serius
  • muntah
  • kehilangan berat tanpa punca yang jelas


References