Ketahui Apa itu GERD Dan Kanser Esofagus Serta Risiko, Gejala Dan Rawatannya

Kanser Esofagus & GERD: Kaitan 2 Penyakit ini, Gejala Dan Rawatan- DoctorOnCall
Anonymous
Selamat sejahtera doktor. Saya John, berumur 35 tahun. Saya disahkan menghidapi (gastroesophageal reflux disease) GERD baru-baru ini. Maka saya membuat sedikit pembacaan mengenai sakit ini dan mendapat tahu keadaan ini boleh menyebabkan penyakit esofagus barret yang merupakan risiko kepada kanser esofagus. Ini membuatkan saya takut kerana saya seorang perokok tegar dan sering mengambil minuman keras. Bolehkah doktor menerangkan lebih lanjut mengenai penyakit GERD dan rawatan yang sesuai? Serta boleh doktor terangkan juga mengenai kanser esofagus?
Anonymous
Selamat sejahtera doktor. Saya John, berumur 35 tahun. Saya disahkan menghidapi (gastroesophageal reflux disease) GERD b... See More
Saringan Kesihatan PERCUMA
Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!
Mula Saringan Kesihatan PERCUMA
Terima kasih atas soalan yang diajukan. Penyakit gastroesophageal reflux disease ini disebabkan oleh otot yang memisahkan esofagus dan perut menjadi lemah. Keadaan ini membenarkan kandungan makanan beserta asid mengalir kembali (refluks) ke organ esofagus dan menyebabkan iritasi. Jika hal ini berterusan, sel di permukaan esofagus akan mengalami perubahan untuk beradaptasi kepada iritasi tersebut. Perubahan ini dikenali sebagai esofagus barret dan merupakan risiko kepada kanser esofagus. Oleh kerana hal ini boleh membawa kepada masalah yang lebih serius, terdapat banyak penulisan mengenai cara menghilangkan GERD ini termasuklah rawatan tradisional GERD di internet. Baca artikel di bawah untuk mengetahui lebih lanjut mengenai rawatan GERD dan juga maklumat lanjut mengenai kanser esofagus.
Terima kasih atas soalan yang diajukan. Penyakit gastroesophageal reflux disease ini disebabkan oleh otot yang memisahka... See More

Bagaimanakan Cara Untuk Merawat GERD?

Berikut merupakan rawatan kepada masalah GERD:

  • Perubahan cara hidup
    • berhenti merokok
    • mengekalkan berat badan ideal
    • mengelakkan makanan yang boleh menyebabkan refluks
    • jangan baring sejurus selepas makan
    • meninggikan bantal di kepala ketika berbaring
  • Ubat-ubatan
    • Antasids untuk meneutralkan asid perut
    • H-2-receptor blockers untuk mengurangkan pembuatan asid
    • Perencat pam proton (proton pump inhibitors)- ubat ini lebih berkesan untuk mengurangkan pembuatan asid bagi memberi masa untuk tisu esofagus sembuh
    • Ubat untuk menguatkan otot yang memisahkan esofagus dan perut seperti baclofen
  • Pembedahan dan prosedur lain 

Sekiranya ubat-ubatan tidak dapat mengawal simptom GERD, rawatan lain mungkin ditawarkan. Seperti:

    • Fundoplication- otot bawah yang memisahkan esofagus dan perut diketatkan dengan membalut disekelilingnya bahagian atas perut bagi mengetatkan otot tersebut
    • Alat LINX- merupakan cincin magnetik membalut kawasan antara perut dan esofagus dengan menggunakan cincin magnetik bagi mengetatkan otot tersebut

Apakan Risiko Yang Boleh Menyebabkan Kanser Esofagus?

Peratusan pesakit yang menghidap kanser esophagus di Malaysia adalah rendah berbanding kanser lain. Namun ia merupakan antara kanser utama penyebab kematian di negara kita. Senario yang kerap kali berlaku di Malaysia adalah apabila pesakit lambat datang ke hospital dan setelah kanser sel telah merebak jauh. Hal ini merupakan cabaran utama yang dihadapi oleh pakar perubatan dalam merawat penyakit ini. Oleh hal yang demikian,ianya adalah sangat penting untuk mengesan penyakit ini dengan awal.

Kerongkong adalah sebahagian dari esofagus. Manakala esofagus adalah sebahagian daripada sistem pencernaan. Ia merupakan organ berbentuk tiub dan merupakan saluran yang menghubungkan mulut dan perut. Kanser terjadi apabila sel yang melapisi esofagus ini melalui proses mutasi genetik seterusnya menyebabkan perubahan pada rupa fizikal sel dimana keadaan ini dikenali sebagai esophagus barret dan pertumbuhan sel yang tidak terkawal.

Kanser ini boleh menjejaskan sesiapa sahaja. Penyebab sebenar yang menyumbang kepada penyakit ini belum dapat dipastikan lagi. Namun ada beberapa faktor yang boleh meningkatkan risiko seseorang mengalami kanser esophagus. Antaranya:

  • Mempunyai penyakit gastroesophageal reflux disease (GERD)
  • Esofagus barret- perubahan pada sel di lapisan mukosa
  • Merokok- mengandungi agen karsinogen
  • Akalasia- otot pada bukaan antara esofegus dan perut gagal untuk terbuka membuatkan makanan tidak dapat masuk ke dalam perut
  • Obesiti
  • Pengambilan alkohol secara berlebihan- menyebabkan iritasi pada lapisan esofagus
  • Selalu minum minuman yang sangat panas
  • Kurang serat dalam makanan seperti sayur atau buah-buahan
  • Terdedah kepada radiasi berpanjangan pada bahagian dada bagi merawat kanser di bahagian dada atau leher.

Apakah Gejala Yang Dialami Oleh Pesakit Kanser Esofagus?

Berikut merupakan gejala kanser esofagus atau kanser tekak:

  • Kesukaran bernafas atau bercakap
  • Sakit atau sukar menelan (disfagia)
  • Suara bertukar serak
  • Sakit di leher, dada atau sakit tekak yang tidak hilang
  • Modus limfa membengkak di sekitar leher
  • Batuk kering berterusan
  • Batuk atau muntah berdarah
  • Berak berdarah atau najis berwarna gelap
  • Pendarahan, sering sakit kepala, sakit atau rasa berdengung di dalam telinga
  • Masalah pendengaran
  • Penurunan berat badan secara tiba-tiba

Apakah Ujian Pemeriksaan Yang Dilakukan Untuk Mengesahkan Kanser Esofagus?

Anda harus ingat bahawa diagnosis tidak dapat disahkan hanya dengan hanya menilai simptom yang dialami oleh pesakit. Sekiranya doktor mengesyaki anda menghidapi kanser esofagus, ujian lanjut akan dilakukan untuk mengesahkan diagnosis dan juga untuk memastikan ianya bukan berpunca dari masalah lain.

Pemeriksaan barium swallow- pesakit akan diminta untuk meminum cecair barium yang akan menyalut permukaan esofagus. Sekiranya ada tumor atau perubahan pada permukaan esofagus, ianya dapat dilihat dengan jelas dari X-ray. 

  • Teropong tekak-perut-duodenum (OGDS)- menggunakan tiub fleksible yang dilengkapi kamera untuk melihat ke dalam saluran permakanan melalui mulut. 
  • Endoscopic ultrasound- prosedur ini dilakukan pada masa yang sama dengan OGDS dengan menggunakan imbasan ultrasound untuk melihat struktur dinding esofagus dan kelenjar limfa di sekeliling dilihat. 
  • Teropong bronchoscopy- Prosedur ini dilakukan sekiranya tumor berada di bahagian dua per tiga atas esofagus untuk memastikan ia tidak merebak ke saluran pernafasan. 
  • Biopsi- Prosedur ini melibatkan pengambilan sampel tisu dari kawasan yang terlibat untuk pemeriksaan patologi bagi mendapat diagnosis yang tepat
  • Imbasan CT (Computed tomography)- menggunakan X-ray, kaedah ini dapat mengukur saiz tumor dan mengesan tumor yang telah merebak di tempat lain.
  • Imbasan magnetic resonance imaging (MRI)- kaedah ini menggunakan kuasa magnet bagi menghasilkan gambar yang terperinci dibantu dengan menggunakan pewarna istimewa yang disuntik melalui saluran darah. MRI ini juga dilakukan untuk mengukur saiz tumor dan mengesan tumor yang merebak di organ lain. 
  • Imbasan Positron emission tomography (PET) scan- Gula radioaktif akan disuntik ke dalam badan dan diserap oleh badan kemudiannya akan dikesan oleh mesin pengesan. Sel kanser akan mengambil banyak gula berbanding sel normal maka ia dapat dilihat dari gambar yang dihasilkan dari imbasan PET. 

Sekiranya disahkan kanser, doktor akan menggunakan keputusan hasil dari ujian yang dilakukan untuk mengklasifikasikan kanser kepada tahap-tahap tertentu.

Apakah Rawatan Yang Boleh Didapati Untuk Kanser Esofagus Ini?

Jenis rawatan bergantung kepada tahap dan juga jenis kanser. Berikut merupakan antara pilihan rawatan untuk penyakit ini:

  • Terapi endoskopi- Ini adalah prosedur minima untuk membuang sedikit dari kawasan yang terkesan tanpa pembedahan. Kaedah ini menggunakan tiub fleksibel dilengkapi kamera yang dimasukkan ke dalam saluran pemakanan melalui mulut.
  • Pembedahan- tumor dan sebahagian dari esofagus dibuang
  • Kemoterapi- boleh dijadikan sebagai rawatan tunggal atau rawatan tambahan sebelum atau selepas pembedahan

References