Sakit Ulu Hati (Heartburn) - Apakah penyebab kesakitan dan rawatan pedihan sakit ulu hati
Anonymous
Doktor, saya ingin bertanya sakit ulu hati yang kebelakangan ini semakin teruk. Saya sudah lama mengalami pedih ulu hati sejak saya muda lagi. Sekarang saya berumur 52 tahun. Pada masa dulu semasa saya mula-mula dapat sakit ulu hati ini, saya mengambil Gaviscon untuk mengurangkan rasa pedih ulu hati dan ia sangat berkesan menangani rasa sakit tersebut. Doktor yang saya berjumpa dahulu yang menyarankan ubat tersebut. Dia juga pernah menyarankan ubat lain yang mungkin boleh membantu jika situasi pedih ulu hati ini menjadi-jadi. Saya sudah lupa nama ubat tersebut.
Saya perasan sakit ini lebih biasa terjadi selepas waktu makan. Selain itu saya juga rasa tidak rasa sedap tekak dan kadang-kadang rasa seperti perut berangin. Saya ingin bertanya dengan doktor apakah nama ubat yang lebih efektif dari Gaviscon yang saya ambil ini? Selain dari ubat, boleh doktor mencadangkan tip dan petua untuk mengatasi masalah ini tanpa menggunakan ubat? Sebagai contoh saya pernah baca bahawa beberapa jenis makanan membuat pedih ulu hati lagi teruk. Apakah contoh makanan tersebut? Perlukah saya berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan lebih terperinci? Terima kasih doktor.
Anonymous
Doktor, saya ingin bertanya<strong> sakit ulu hati </strong>yang kebelakangan ini semakin teruk. Saya sud... See More
Saringan Kesihatan PERCUMA
Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!
Terima kasih atas soalan anda. Apa yang encik lalui adalah perkara yang biasa dilalui orang ramai dan saya akan cuba menjawab soalan encik sebaik mungkin. Terdapat pelbagai penyebab masalah pedih ulu hati dan yang paling kerap berlaku adalah GERD atau asid refluks. Gaviscon adalah ubat jenis alginate iaitu ubat yang menurunkan tahap asid dalam perut apabila ia terlalu tinggi. Terdapat ubat lain yang memerlukan priskripsi selepas doktor memeriksa anda dengan lebih lanjut. Benar bahawa terdapat makanan yang menjadikan sakit ulu hati lebih serius antaranya makanan yang pedas dan panas. Sila rujuk kembali kepada doktor anda sekiranya masalah pedih ulu hati anda semakin serius.
Terima kasih atas soalan anda. Apa yang encik lalui adalah perkara yang biasa dilalui orang ramai dan saya akan cuba men... See More
Apakah Itu Pedih Ulu Hati?
Sakit pedih ulu hati tidak berasal dari hati atau jantung anda meskipun diberi nama sedemikian. Pedih ulu hati sebenarnya disebabkan refluks asid ke dalam esofagus daripada perut. Penyakit ini lebih dikenali sebagai Gastro Esophageal Reflux Disease (GERD).
Nama ulu hati diberi kerana sakit ulu hati selalunya dirasai pada bahagian bawah dada dan berdekatan dengan jantung. Pedih ulu hati boleh berlaku pada sesiapa pun. Ia sebenarnya merupakan perkara yang tidak begitu serius. Namun, anda harus berwaspada jika anda mengalami gejala penyakit pedih ulu hati atau GERD secara kerap. Artikel ini akan memberi fokus kepada GERD.
Gejala Yang Berkaitan Dengan GERD?
pedih ulu hati, selalunya selepas makan atau apabila baring
rasa seperti makanan naik kembali ke mulut dari perut
Di bawah adalah senarai penyebab sakit ulu hati GERD:
Hiatus hernia. Kondisi berlaku di mana kawasan antara perut dan esofagus berada di dalam ruang dada. Apabila ini terjadi, otot di kawasan tersebut yang mencegah makanan naik atas semula dari perut menjadi lemah.
Berat badan berlebihan
Pengeluaran asid perut berlebihan
Sindrom Zollinger-Ellison: Sejenis tumor yang mengeluarkan hormon gastrin yang berfungsi mengeluarkan asid perut.
Merokok
Alkohol
Hamil
Ubat yang menyebabkan pergerakan usus perlahan
Penyakit lain seperti “scleroderma”
Bila perlu berjumpa doktor
Sila berjumpa dengan doktor jika anda mempunyai gejala tersebut:
Muntah yang tidak berhenti
Muntah berdarah atau pendarahan dalam kandungan muntah
Pendarahan najis apabila buang air besar, darah ini juga mungkin hitam dan sangat busuk
Masih sakit walaupun telah mendapat rawatan pedih ulu hati
Turun berat badan yang tidak disebabkan diet atau turun secara mendadak
Jika anda berumur lebih 55 tahun dan ke atas dan tidak pernah sakit ulu hati sebelum ini
Oleh kerana sakit di bahagian ulu hati juga mungkin tanda serangan jantung, anda perlu rujuk nasihat khidmat kecemasan jika terdapat simptom tersebut:
sakit dada
sakit merebak ke belakang dada, dagu atau tangan
sesak nafas
mual atau muntah
berpeluh-peluh
rasa ingin pitam
sakit ulu hati tidak dapat dikawal dengan ubat sakit ulu hati seperti antasid
Penyakit Yang Boleh Merupai GERD?
Anda disarankan berjumpa doktor apabila mendapat tanda-tanda yang dinyatakan di atas kerana terdapat penyebab dan penyakit lain yang boleh menyerupai GERD. Sebagai contoh:
Berikut Adalah Tips Untuk Mengelak Gejala Pedih Ulu Hati:
Makan dalam jumlah yang kecil, jangan makan terlalu banyak sekaligus
Kunyah makanan dan elakkan terus telan makanan
Apabila baring, pastikan tidak terlantar. Naikkan kepala lebih dari paras perut dengan meletakkan dua buah bantal.
Jangan baring selepas makan. Tunggu 2 hingga 3 jam.
Elakkan pakaian yang terlalu ketat atau tali pinggang yang terlalu ketat.
Jika berat badan anda berlebihan, bersenam untuk mengurangkan berat badan boleh membantu. Mengurangkan berat badan juga mengelakkan banyak penyakit lain jadi langkah ini amat digalakkan.
Berhenti merokok.
Elak ubat yang memperlahankan pergerakan usus
Elak ubat yang menghakis lapisan perut
Mengelak stres
Antara makanan yang juga mungkin membawa kepada pedih ulu hati dan boleh cuba dielak di samping menerima rawatan pedih:
Minuman panas
Makanan pedas
Minuman yang mengandungi alkohol
Minuman bergas
Kopi
Coklat
Buah-buahan yang tinggi kandungan asid citrus seperti limau, oren
Jika rawatan dan tips melegakan kepedihan ulu hati tidak membawa kesan efektif bagi mereka yang menghidap GERD, anda perlu mendapatkan nasihat dan konsultasi daripada doktor mengenai pilihan rawatan yang sesuai dan pembedahan merupakan jalan penyelesaian yang terakhir.
Komplikasi GERD?
Jika GERD dibiar begitu sahaja, terdapat beberapa komplikasi yang mungkin terjadi :
Pengecilan sambungan antara esofagus dan perut. Ini boleh membawa kesulitan dalam menelan makanan.
Ulser esofagus atau perut. Hakisan yang tidak terkawal akan merosakkan lapisan perut dan esofagus.
“Barret’s oesophagus”: Ini merupakan kondisi di mana sel esofagus bertukar menjadi jenis sel lain. Ini membawa risiko sel tersebut melalui penumbuhan yang tidak terkawal iaitu menjadi kanser.
Amat penting untuk anda berjumpa dengan doktor sekiranya mengalami masalah pedih ulu hati yang berpanjangan agar keadaan anda boleh dipantau dan dirawat dengan rawatan yang lebih tepat jika perlu. Anda boleh bercakap dengan doktor di www.doctoroncall.com.my .