Wanita mengandung
Mereka yang mengalami masalah berat badan berlebihan atau obesity
Masalah organ perut yang lari dari kedudukan asalnya dipanggil “hiatus hernia”
Sesetengah tabiat buruk dalam kehidupan seharian turut menyumbang kepada masalah ini seperti merokok, sering makan terlalu banyak dan berbaring selepas makan.
Pengambilan makanan pedas, dan berminyak atau minum minuman berkarbonat, berkafein, dan alcohol
Beberapa jenis ubat-ubatan seperti aspirin dan ibuprofen juga boleh mencetuskan masalah ini
Pedih ulu hati
Asid perut naik ke tekak
Sukar untuk menelan
Sering batuk
Sakit tekak atau suara serak
Hakisan asid pada gigi
Mengurangkan berat badan
Hindari tabiat makan terlalu banyak dalam satu masa, sebaliknya ambil hidangan yang kecil tetapi kerap
Kurangkan pengambilan makanan yang boleh mencetuskan asid reflux
Elakkan makan dalam tempoh 3 jam sebelum tidur
Tinggikan kepala sewaktu tidur
Elakkan daripada sering membongkok
Beberapa jenis ubat – ubatan boleh digunakan untuk mengurangkan kesakitan dan meredakan asid reflux termasuklah yang anda nyatakan iaitu “Gaviscon”.
Bagi pesakit yang tidak dapat dirawat dengan mengubah gaya hidup atau dengan ubat ubatan atas sebab-sebab tertentu, mereka boleh dirawat dengan pembedahan untuk membolehkan injap antara perut dan esophagus ini kembali berfungsi.
Terima kasih atas soalan anda. Berdasarkan gejala-gejala yang anda hadapi, kemungkinan besar masalah ini berkaitan dengan sistem pencernaan anda. Kesakitan dada tengah selalunya merujuk kepada kesakitan yang datang tiba-tiba atau secara beransur yang berlaku di tengah-tengah kawasan dada. Namun begitu, definisi kesakitan dan rujukan tempat kesakitan mungkin berbeza bagi setiap orang. Oleh itu maklumat lanjut serta pemeriksaan haruslah dijalankan agar punca masalah ini dapat dikenal pasti dengan tepat.
Berdasarkan simptom - simptom yang anda nyatakan, sakit dada pada bahagian tengah yang anda hadapi adalah berpunca daripada masalah pada sistem penghadaman anda. Masalah asid reflux atau “Gastroesophageal Reflux Disease (GERD)” adalah salah satu sebab bagi kesakitan dada tengah yang disebabkan oleh radang esofagus.
Masalah ini berlaku apabila injap yang membahagikan perut dan esophagus anda tidak berfungsi dengan baik dan menyebabkan asid dari dalam perut melimpah ke bahagian esophagus. Ini menyebabkan iritasi pada saluran esophagus dan boleh membawa kesan lebih buruk dalam jangka panjang. Masalah ini lebih dikenali sebagai pedih ulu hati dan selalunya menjadi lebih teruk selepas makan makanan pedas, berasid dan berlemak.
Apabila injap ini tidak berfungsi dengan baik, asid dari dalam perut juga mudah mengalir ke bahagian esophagus ketika anda berbaring. Ini menyebabkan simptom rasa masam di dalam mulut ketika anda berada dalam posisi tersebut.
Mereka yang berisiko untuk menghadapi masalah ini selalunya adalah:
Masalah asid reflux ini juga bukan sahaja menyebabkan gejala sakit dada, symptom lain yang boleh dihadapi oleh seseorang yang menghidap masalah ini juga adalah:
Selain dikenal pasti secara klinikal iaitu berdasarkan gejala yang dihadapi pesakit, masalah asid reflux ini dikenalpasti dengan beberapa ujian sekiranya perlu. Prosedur yang sering dijalankan adalah dengan alat endoskopi. Prosedur ini dijalankan dengan memasukkan kamera ke dalam esophagus melalui mulut untuk melihat kerosakan yang berlaku. Ujian lain seperti imejan menggunakan contrast untuk melihat struktur perut juga boleh dilakukan dalam mengenal pasti punca masalah asid reflux yang berlaku.
Rawatan bagi masalah asid reflux terbahagi kepada 3:
Rawatan tanpa ubat
Rawatan ini dilakukan dengan mengubah gaya hidup yang tidak sihat atau dalam kata lain, menghindari perkara – perkara yang boleh mencetuskan gejala ini. Antaranya:
Rawatan dengan ubat – ubatan
Rawatan dengan pembedahan
Seperti yang telah dinyatakan di atas, setiap pesakit mempunyai definisi masing-masing tentang tempat kesakitan atau tahap kesakitan mereka. Masalah lain pada organ percernaan seperti ulser perut juga boleh menyebabkan symptom ini. Selain masalah organ pencernaan, sakit dada bahagian tengah juga boleh berpunca daripada masalah pada organ lain iaitu:
Penyebab yang berkaitan dengan jantung
Sakit dada yang sering menimbulkan kebimbangan ialah serangan jantung. Sakit bagi serangan jantung biasanya dikaitkan dengan gejala sesak nafas, berpeluh, mual, pening, dan rasa sakit mencengkam yang merebak ke lengan kiri. Serangan jantung merupakan masalah yang serius dan memerlukan rawatan segera. Oleh itu perkara – perkara ini perlu diberi perhatian agar bantuan segera dapat diberikan.
Penyebab kardiovaskular yang lain yang mengakibatkan kesakitan dada tengah termasuklah perikarditis, penyakit injap jantung dan saluran darah utama, aorta. Setiap penyebab ini boleh memberikan simptom sakit dada dengan ciri-ciri berbeza atau bersama gejala lain.
Penyebab yang berkaitan dengan sistem pernafasan
Paru-paru dan saluran pernafasan merupakan satu lagi sistem utama yang terletak di bahagian dada. Sakit dada pada bahagian tengah juga boleh diakibatkan oleh masalah pada paru-paru dan saluran pernafasan yang berkaitan. Radang trakea adalah salah satu punca kesakitan dada tengah yang juga dikenali sebagai ‘tracheitis’. Masalah ini dikaitkan dengan gejala seperti batuk kering, bunyi pernafasan yang tidak normal, sakit tekak, suara serak dan dalam sesetengah kes demam.
Jangkitan paru-paru seperti pneumonia dan ‘pleuritis’ juga boleh menyebabkan sakit dada tengah. ‘Pleuritis’ merujuk kepada radang pleura iaitu lapisan yang membalut paru-paru. “Pulmonary Embolism” adalah keadaan di mana salur darah paru paru tersumbat dengan darah beku. Ia merupakan satu lagi keadaan paru-paru yang dikaitkan dengan kesakitan dada tengah yang menyerang secara mendadak disertai dengan gejala lain seperti sesak nafas secara tiba-tiba, batuk berdarah, pucat dan pening.
Punca yang berkaitan dengan dinding dada “chest wall”
Dinding dada terdiri daripada tulang, otot, tulang rawan dan sendi. Masalah dengan mana-mana struktur seperti patah, bengkak atau terkoyak boleh membawa kepada kesakitan di bahagian tengah dada.
Bengkak payudara (‘mastitis’) yang disebabkan oleh jangkitan atau kalenjar mammary yang tersumbat juga boleh menyebabkan sakit dada pada wanita.
Gejala lain yang mungkin berlaku disebabkan oleh masalah-masalah ini termasuklah sakit dada apabila bernafas (terutamanya ketika tarik nafas) atau bergerak, sakit dada apabila batuk, bengkak dan bahagian dada yang terlibat terasa sakit apabila disentuh.
Penyebab lain
Pesakit yang mengalami masalah mental seperti “anxiety” dan “panic attack” juga boleh diserang gejala sakit dada ketika gangguan perasaan tersebut berlaku. Biasanya masalah ini disertai rasa berdebar-debar, sesak nafas, berpeluh dan pening kepala.
Selain itu penyakit kayap atau ‘shingles’ yang disebabkan oleh serangan semula virus penyakit cacar air turut menimbulkan gejala sakit dada pada penghidapnya.