Apakah Sirosis Hati? Apakah Gejala & Penyebab Berlakunya Penyakit Ini?

Sirosis Hati: Penyakit Yang Tiada Penawar Tetapi Boleh Dihentikan- DoctorOnCall
Anonymous
Salam sejahtera doktor. Saya lelaki berumur 40 tahun. Baru-baru ini saya ada melakukan ujian saringan termasuklah ujian hepatitis di makmal swasta. Semua keputusan menunjukkan normal kecuali keputusan hepatitis B saya. Saya telah berjumpa dengan doktor bagi mendapatkan pemeriksaan lanjut dan disahkan menghidapi jangkitan hepatitis B. Akan tetapi, rawatan adalah sangat mahal dan saya tidak mampu untuk membiayainya. Jadi doktor telah meletakkan saya dalam senarai nama pesakit yang menunggu rawatan anti-viral hepatitis B oleh kerajaan. Seingat saya, doktor ada menerangkan mengenai komplokasi jangkitan ini kepada hati, iaitu masalah sirosis. Bolehkah doktor menerangkan serba sedikit mengenai penyakit tersebut kepada saya. Saya dahulukan dengan ucapan terima kasih.
Anonymous
Salam sejahtera doktor. Saya lelaki berumur 40 tahun. Baru-baru ini saya ada melakukan ujian saringan termasuklah ujian ... See More
Saringan Kesihatan PERCUMA
Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!
Mula Saringan Kesihatan PERCUMA
Salam sejahtera. Terima kasih kerana menggunakan perkhidmatan DoctorOnCall untuk mengajukan soalan mengenai masalah perubatan anda. Saya memahami kerisauan anda mengenai masalah kesihatan anda serta kesulitan untuk mendapatkan rawatan. Sememangnya ubat untuk hepatitis B adalah mahal dan kebiasannya harus diambil untuk tempoh yang lama. Virus hepatitis B menyebabkan kerosakan pada hati secara terus menerus. Ini menyebabkan hati tidak mampu membaiki tisu dengan baik dan hasilnya hati dibaiki dengan tisu fibrosis (parut) yang tidak berfungsi. Lama-kelamaan hati akan mengalami sirosis hasil dari pembentukan tisu fibrosis dan menyebabkan kegagalan hati. Melalui artikel di bawah, saya akan menerangkan dengan terperinci mengenai sirosis hati untuk pemahaman anda.
Salam sejahtera. Terima kasih kerana menggunakan perkhidmatan DoctorOnCall untuk mengajukan soalan mengenai masalah peru... See More

Apakah Itu Sirosis Hati?

Sirosis (cirrhosis) adalah perkataan yang diambil dari bahasa Greek yang membawa maksud ‘kekuningan’-kirrhos dan ‘osis’- peningkatan. Hal ini kerana hati pesakit yang mengalami penyakit ini berwarna kuning berbanding coklat kemerahan dalam individu yang sihat. Keadaan ini adalah tahap akhir pembentukan parut (fibrosis) hati yang disebabkan oleh kecederaan pada hati. Seperti kebiasaannya, setelah tercedera, fisiologi badan bertindak untuk membaiki diri sendiri. Hati merupakan organ yang unik dimana ia boleh menjana semula sel rosak seperti seperti asal. Namun, apabila kerosakan hati berlaku secara terus menerus, pembaikan hati akan menjadi tidak sempurna atau terbantut. Hal ini menyebabkan ia tidak digantikan dengan tisu asal tetapi membentuk tisu fibrosis (parut) yang tidak mengandungi unit yang berfungsi seperti sel hati lain yang sihat. Semakin banyak tisu digantikan dengan tisu fibrosis, maka fungsi hati akan semakin menurun sedikit demi sedikit.

Apakah Punca Berlakunya Sirosis Hati?

Berikut merupakan antara punca yang sering menyebabkan sirosis hati.

  • Alkohol: Kekerapan pengambilan alkohol untuk seseorang individu mendapat masalah ini adalah dengan mengambil minuman beralkohol sebanyak 2-3 kali sehari selama beberapa tahun. 
  • Keradangan hati disebabkan virus hepatitis B, hepatitis C: virus ini sering sekali merebak melalui hubungan seksual, perkongsian jarum, dari ibu kepada bayi yang dikandung atau jarang sekali ketika tranfusi darah.
  • Penyakit hati berlemak yang bukan disebabkan oleh alkohol:  boleh berlaku dalam individu yang mempunyai berat badan berlebihan, kencing manis, kandungan kolesterol yang tinggi dalam darah, dan tekanan darah tinggi. 
  • Lain-lain: keradangan hati disebabkan penyakit autoimun, saluran hempedu tersumbat (kolangitis biliari), hemokromatosis, ubat-ubatan tertentu, dan batu karang. 

Apakah Gejala Sirosis Hati?

Sirosis pada awalnya tidak menimbulkan gejala. Hal ini kerana hati merupakan organ terbesar serta mempunyai rizab yang besar. Hanya bila kerosakan hati sangat parah, barulah gejala akan mula nampak. 

Terdapat pelbagai fungsi hati termasuklah detoksifikasi, menghadam makanan, menghasilkan protein, membunuh bakteria di dalam darah, menghasilkan hempedu dan mengawal pembekuan darah. Oleh itu, kegagalan untuk hati berfungsi dengan normal akan dimanifestasikan dalam pelbagai bentuk yang melibatkan banyak organ serta sistem lain.  

  • Keletihan
  • Berdarah atau lebam dengan mudah
  • Hilang selera makan
  • Loya
  • Bengkak di kaki, kaki atau pergelangan kaki (edema)
  • Pengurangan berat
  • Kulit gatal
  • Perubahan warna kuning pada kulit dan mata (penyakit kuning)
  • Pengumpulan cecair di perut anda (asites)
  • Saluran darah seperti labah-labah pada kulit anda
  • Kemerahan di telapak tangan
  • Bagi wanita, tidak hadir atau hilang tempoh yang tidak berkaitan dengan menopaus
  • Bagi lelaki, kehilangan dorongan seks, pembesaran payudara (ginekomastia) atau atrofi testis
  • Kekeliruan, mengantuk dan ucapan kabur (ensefalopati hepatik)
  • Kulit dan bagian putih mata menguning
  • Muntah darah
  • Perut membesar

Kesan Sirosis Hati Kepada Kesihatan Dan Tubuh Badan

  • Hipertensi portal: sirosis melambatkan aliran darah normal melalui hati, sehingga meningkatkan tekanan pada vena yang membawa darah ke hati dari usus dan limpa. Keadaan ini boleh menyumbang kepada masalah seperti:
    • Bengkak di kaki dan perut- disebabkan oleh hipertensi portal serta kekurangan protein albumin yang dihasilkan oleh hati menyebabkan cecair berkumpul di kaki (edema) dan di perut (asites)
    • Pembesaran urat (varices) di esofagus atau perut dan menyebabkan pendarahan yang mengancam nyawa. Sekiranya hati tidak dapat membuat faktor pembekuan yang mencukupi, ini juga dapat menyebabkan pendarahan berterusan.
    • Pendarahan- Disebabkan oleh darah dialihkan ke urat yang lebih kecil. Dengan tekanan yang tinggi, urat yang lebih kecil in mudah pecah. Selain itu, ‘varices’ juga berisiko tinggi untuk pecah dan menyebabkan pendarahan. 
  • Splenomegali(pembesaran limpa). 
  • Terdedah dengan jangkitan
  • Kekurangan zat makanan: badan anda lebih sukar untuk memproses nutrien, menyebabkan kelemahan dan penurunan berat badan.
  • Ensefalopati hepatik: (penumpukan toksin di otak): hati gagal untuk membersihkan toksin yang kemudiannya menumpuk di otak dan menyebabkan kekeliruan mental dan sukar untuk menumpukan perhatian. Sekiranya tidak dirawat dengan segera masalah ini boleh menyebabkan individu tersebut koma.
  • Jaundis
  • Penyakit tulang
  • Peningkatan risiko barah hati
  • Sirosis akut-kronik: menyebabkan kegagalan multiorgan. Komplikasi ini berlaku khususnya dalam individu yang menghidap sirosis, tetapi penyebab di sebaliknya belum difahami sepenuhnya.

Bagaimanakah Diagnosa Sirosis Hati Dibuat?

Kebiasaannya sirosis hati pada peringkat awal dikesan melalui ujian darah rutin. Kemudian bagi mengesahkan diagnosa, ujian lain akan dilakukan seperti:

  • Ujian makmal: ujian penilaian fungsi hati dan buah pinggang, pemeriksaan virus hepatitis, nisbah normalisasi antarabangsa
  • Ujian pengimejan: pengimejan resonans magnetik, skan tomografi berkomputer (CT) dan imbasan ultrasound
  • Biopsi: untuk mengenal pasti tahap keparahan, dan penyebab kerosakan hati.
  • Ujian diagnostik secara berkala untuk memantau tanda-tanda perkembangan penyakit atau komplikasi, terutamanya varises esofagus dan barah hati.

Bolehkah Sirosis Hati Disembuhkan?

Sekiranya sirosis sudah terjadi, ianya tidak boleh dibaiki lagi. Maka pengubatan sirosis hati adalah tertumpu untuk mengelak daripada kerosakan hati terus berlaku. Kaedah rawatan bergantung dengan punca sirosis hati dan ianya boleh jadi dalam bentuk perubahan gaya hidup, ubat-ubatan atau pembedahan. Sekiranya sirosis disebabkan oleh hepatitis, maka ubat terapi anti-viral akan diberikan. Sekiranya ia disebabkan oleh alkohol, menghentikan pengambilan alkohol serta merta adalah terbaik. Hepatitis autoimun boleh dirawat dengan ubat steroid. Ursodiol pula mungkin berguna jika penyakit ini disebabkan oleh saluran hempedu tersumbat.

Selain itu, tujuan rawatan juga adalah untuk mengawal gejala serta komplikasi yang berlaku. Antara gejala yang harus dirawat adalah pembengkakan perut (asites) atau kaki (edema), ensefalopati hepatik, dan varises esofagus. Solusi terakhir bagi pesakit yang tidak mempunyai baki hati yang mampu berfungsi untuk melangsungkan kehidupan seharian adalah transplantasi hati dari penderma yang sihat.

Pencegahan Sirosis Hati

Mencegah adalah lebih baik dari mengubati. Oleh itu, elakkan punca bagi penyakit ini seperti:

  • Mengambil vaksin hepatitis B- Di Malaysia, ianya diberi secara percuma dalam program imunisasi kebangsaan semasa bayi.
  • Jangan berkongsi jarum suntik
  • Mengamalkan aktiviti seksual yang selamat
  • Mengambil minuman beralkohol secara berhemah.
  • Mengekalkan berat badan ideal

References