Apakah Radang Usus (Inflammatory Bowel Disease) dan Petandanya?

Anonymous

Selamat pagi, doktor. Saya seorang jurutera komputer yang berumur 29 tahun. Saya bekerja dengan sebuah syarikat swasta yang berkenamaan. Saya sudahpun berkahwin dan isteri saya berumur 24 tahun dan dia tidak bekerja dan hanya seorang suri rumah. Kami mempunyai 2 orang anak dan mereka masih di sekolah rendah dan tadika. Tempat kerja saya agak jauh dari rumah jadi saya hanya pulang pada hujung minggu. Sejak kebelakangan ini, saya mempunyai masalah cirit-birit. Pada mulanya, cirit tersebut hanya untuk 3 hari tetapi ia berlarutan sehingga seminggu dan saya menjadi sangat tidak bermaya kerana cirit yang berlarutan ini.

Jadi saya terpaksa meminta tolong jiran saya untuk membawa saya ke klinik berhampiran. Apabila saya ke klinik, mereka hanya memberikan ubat untuk hentikan cirit. Awalnya, cirit tersebut memang berhenti dan ianya datang balik bersama gumpalan darah beku. Saya berasa sangat takut dengan masalah saya ini. Selain daripada itu, saya juga mempunyai masalah kekejangan di bahagian abdomen. Kekejangan ini menjadi semakin teruk dan sangat sakit dan kadang-kadang sakit tersebut sampai saya tidak boleh tahan. Saya langsung tidak tahu apa yang berlaku kepada saya. Isteri saya berada jauh dari saya dan harus menjaga anak dan tidak mampu untuk datang jauh menjaga saya. Bolehkah doktor menerangkan masalah apa yang saya alami? Apakah sebab saya mengalami masalah ini?

Anonymous
Selamat pagi, doktor. Saya seorang jurutera komputer yang berumur 29 tahun. Saya bekerja dengan sebuah syarikat swast... See More
Saringan Kesihatan PERCUMA
Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!
Mula Saringan Kesihatan PERCUMA
Terima kasih encik atas soalan tersebut. Saya tumpang bersimpati dengan keadaan yang dilalui oleh encik. Terdapat banyak kemungkinan yang boleh menyebabkan masalah encik. Encik mengalami satu simptom yang dipanggil bloody diarrhoea atau cirit birit berdarah. Berdasarkan umur dan simptom encik, terdapat kemungkinan encik mempunyai sejenis penyakit yang dipanggil radang usus atau inflammatory bowel diseases (IBD). Namun, diagnosis yang tepat hanya boleh diberikan selepas pemeriksaan dan ujian lanjut di klinik atau hospital. Terdapat dua jenis IBD yang utama iaitu penyakit Crohn"s dan Ulcerative colitis. Kedua-dua ini adalah disebabkan proses keradangan dan hampir serupa namun mempunyai beberapa perbezaan, termasuklah perbezaan rawatan. Oleh itu, adalah amat penting untuk doktor menentukan diagnosis dengan ujian klinikal yang tepat. Antara perbezaan penyakit Crohn"s dan Ulcerative colitis ialah penyakit Crohn"s boleh terjadi pada seluruh sistem pencernaan manakala Ulcerative colitis pula hanya boleh terjadi di bahagian usus besar. Ulcerative colitis lebih banyak terjadi kepada golongan muda dan merokok boleh memberikan kesan terhadap simptom penyakit ini. Crohn"s pula terjadi pada golongan lebih berusia dan merokok memburukkan keadaan pesakit.
Terima kasih encik atas soalan tersebut. Saya tumpang bersimpati dengan keadaan yang dilalui oleh encik. Terdapat banyak... See More

APAKAH PENYEBAB RADANG USUS?

  • Penyebab utama radang usus merupakan persoalan yang masih belum terjawab. Namun risiko utama masalah radang usus ini ialah diwarisi dari ahli keluarga. Sekiranya seseorang dalam keluarga mempunyai masalah radang usus ini, kemungkinan besar salah seorang anaknya akan turut menghidap penyakit radang usus tersebut.

  • Diet seharian - Diet yang mengandungi kandungan cili yang tinggi atau makanan yang pedas boleh mendatangkan penyakit radang usus ini.

  • Stres yang berlebihan - Seseorang yang mengalami stres yang tidak terkawal mungkin disebabkan masalah kerja, rumahtangga ataupun masalah kewangan, berisiko tinggi untuk menghidap radang usus.

APAKAH GEJALA KOLITIS?

  • Gejala kolitis terbahagi kepada beberapa tahap bermula daripada tahap yang tidak parah kepada parah. Antara gejala kolitis yang paling biasa ialah cirit-birit. Sebanyak 80% pesakit yang menghidap masalah radang usus mengadu mereka menghidap masalah cirit-birit.

  • Seterusnya ialah demam dan tidak bermaya. Ini menjadi lebih teruk sekiranya pengambilan air tidak mencukupi.

  • Selain itu, gejala lain adalah kekejangan di bahagian abdomen. Kekejangan ini mengakibatkan individu terbabit berasa sangat sakit.

  • Sesetengah individu mengadu keluarnya darah apabila membuang air besar.

  • Pesakit boleh mengalami kekurangan zat dan nutrisi kerana zat tidak dapat diserap oleh usus. Dehidrasi juga biasa terjadi kerana kehilangan air yang banyak dari badan akibat cirit birit.

APAKAH TANDA-TANDA PRA-KOLITIS?

  • Tanda pra-kolitis merupakan tanda awal radang usus. Jadi, tanda-tanda ini tidak boleh diabaikan dan harus diperiksa dengan segera supaya dapat dirawat dengan cepat.

  • Tanda-tandanya adalah seperti kerap membuang air besar, cirit-birit, pendarahan semasa membuang air besar atau sakit pada bahagian abdomen.

  • Selain itu, pesakit juga boleh mengalami masalah kurang selera makan sekali gus mengakibatkan kekurangan berat badan.

  • Seterusnya ialah berasa letih dan tidak bermaya. Hal ini kerana apabila cirit-birit, seseorang itu juga kehilangan nutrisi dan air dalam badan dan ini boleh mengakibatkan keletihan.

APAKAH RAWATAN RADANG USUS?

  • Objektif utama rawatan bagi penyakit radang usus ialah untuk mengurangkan keradangan. Rawatan ini juga akan membantu menghilangkan komplikasi radang usus dan berkemungkinan besar mencegahnya.

  • Rawatan utama penyakit ini ialah ubat untuk menghilangkan keradangan seperti ‘Corticosteroids’. Kedua-dua ubat ini kerap digunakan dan dikenali oleh keberkesanannya untuk membantu meredakan keradangan.

  • Selain itu, ubat untuk membantu menghadkan sistem imun badan juga boleh digunakan. Hal ini kerana kadang kala sistem imun kita bertindak membunuh sel-sel di sistem pengahadaman badan yang boleh dijumpai di usus kita. Untuk mengelakkan hal ini, ubat seperti ‘Azathioprine’ boleh digunakan.

  • Sekiranya penyakit IBD itu terlalu kritikal dan parah, pembedahan boleh dilakukan untuk melegakan simptom radang usus. Namun pembedahan tidak boleh merawat penyakit ini secara kekal, malahan mungkin lebih dari satu kali pembedahan diperlukan pesakit sepanjang hayatnya.

APAKAH CARA UTAMA MENGENAL PASTI MASALAH RADANG USUS?

Penyakit radang usus ini boleh dikenal pasti melalui kolonoskopi. Dalam proses ini, sebuah tiub kecil yang mempunyai kamera akan dimasukkan ke dalam perut dan usus untuk melihat bahagian usus. Melalui proses ini, keradangan atau pendarahan dapat dikenal pasti. Sampel tisu usus yang dikenali sebagai biopsi akan diambil untuk dihantar ke makmal patologi untuk diagosis yang tepat.


APAKAH KOMPLIKASI MASALAH RADANG USUS?

  • Sekiranya individu tersebut mempunyai masalah radang usus yang sangat serius, maka mereka ada kemungkinan mendapat keradangan di bahagian lain seperti sendi, mata dan kulit. Jadi, sebelum penyakit tersebut menjadi teruk, individu tersebut haruslah membendungnya.

  • Komplikasi lain ialah kesan sampingan pengambilan ubat ‘Corticosteroid’. ‘Corticosteroids’ merupakan sebuah ubat yang sememangnya sangat kuat dan kesan sampingannya jika tidak dipantau boleh menjadi serius. Jadi, penggunaan ubat ini haruslah atas arahan doktor sahaja.

  • Anemia atau kekurangan darah merah boleh berlaku disebabkan pendarahan usus melalui dubur. Bukan itu sahaja, radang usus juga boleh menyebabkan zat makanan tidak dapat diserap disebabkan oleh keradangan usus.

Sebagai kesimpulannya, terdapat banyak penyebab cirit birit berdarah namun yang paling merisaukan ialah radang usus. Ini kerana ia boleh menyebabkan komplikasi serius seperti kanser kolon dan usus bocor. Jadi, setiap orang perlu mengambil inisiatif untuk segera mendapatkan rawatan doktor jika mengalami sebarang gejala seperti radang usus. Layari laman web www.doctoroncall.com.my.


References