Masalah yang sering kali melanda kaum wanita pada masa kini ialah masalah sakit ari-ari. Sakit ari-ari ini boleh datang kepada golongan wanita pada sebelah kanan atau kiri.
Terdapat punca yang berlainan apabila masalah ini datang pada sebelah kiri dan juga sebelah kanan.
Di sini kita membincangkan penyebab berlakunya sakit ari-ari pada sebelah kiri.
Penyebab utama sakit ari-ari pada bahagian kiri ialah-
- kemungkinan besar wanita tersebut mengalami kehamilan luar rahim. Hal ini kerana sekiranya rahim mempunyai sebarang komplikasi maka ianya akan menyebabkan proses persenyawaan dan juga zygote tersebut melekat di dinding ‘fallopian tiub’. Ini secara umumnya akan membawa kepada perkembangan zygote di dalam ‘fallopian tiub’ dan boleh mendatangkan masalah seperti kepecahan tiub atau pun sakit yang melampau. Sakit ini bergantung kepada bahagian di mana zygote melekat. Sekiranya zygote melekat pada tiub di sebelah kiri maka ianya akan menyebabkan sakitnya berlaku pada bahagian kiri.
- Di samping itu, penyebab lain berlakunya masalah sakit bahagian ari-ari ini ialah komplikasi pada ovari. Hal ini kerana kadang kala terdapat juga keadaan wanita mengalami kehamilan di dalam ovari. Kehamilan jenis ini tidak boleh tahan lama kerana ovari tidak mempunyai keupayaan untuk memikul beban kandungan tersebut. Jadi, sekiranya ini berlarutan ianya akan mengakibatkan kepecahan pada ovari tersebut serta mengakibatkan kesakitan yang terlampau. Fenomena ini jika berlaku kepada ovari sebelah kiri akan sememangnya mendatangkan sakit ari-ari sebelah kiri.
- Selain itu juga, masalah sakit ari-ari sebelah kiri juga boleh berpunca daripada masalah jangkitan kuman pada saluran air kencing. Hal ini kerana apabila seseorang itu mengalami masalah jangkitan kuman ini secara berlarutan maka ianya akan menyebabkan berlakunya jangkitan kuman pada bahagian ginjal. Apabila ginjal sebelah kiri mengalami jangkitan kuman yang berlarutan maka ianya akan menyebabkan sakit ari-ari bahagian kiri. Oleh itu, masalah ini juga haruslah diawasi supaya tidak menjejaskan lagi kesihatan.