Seperti yang dinyatakan di atas, penyebab-penyebab tersebut akan dipertimbangkan apabila seorang wanita mengadu sakit perut bahagian bawah. Kebiasaannya, sakit perut bahagian bawah untuk wanita adalah penyakit berkaitan organ reproduktif seperti rahim, ovari, pangkal rahim, faraj dan tiub fallopian.
Berikut adalah gejala-gejala biasa yang diadukan kepada doktor:
a. Senggugut yang terlampau ketika haid
b. Pendarahan faraj
c. Sembelit
d. Sakit dan sukar untuk membuang air kecil
e. Sakit ketika hubungan seksual
f. Perut kembung
Antara penyebab dan tanda-tanda penyebab adalah:
- Kehamilan - melangkau tempoh haid, pendarahan sedikit, kekejangan, rasa loya, kemuntahan, perubahan emosi, perubahan payudara, keinginan makanan, rasa lemah, cepat letih.
- Endometriosis - sakit yang terlampau ketika haid, sakit ketika hubungan seksual, sakit ketika membuang air kecil atau air besar, pendarahan yang terlampau ketika haid, kemandulan, keletihan, perut kembung.
- Sindrom pramenstruasi - keletihan, perubahan emosi, perut kembung, perubahan berat badan, jerawat, kesakitan payudara, perubahan tidur, perubahan makan.
- “Cyst”ovari - perut kembung, sakit ketika hubungan seksual, sakit ketika pergerakan usus, sakit perut ketika haid, rasa loya, kemuntahan.
- Fibroid rahim - pendarahan yang banyak ketika haid, tempoh haid lebih daripada seminggu, kerap kencing, sukar untuk mengosongkan pundi kencing, sembelit, perut kembung.
- Kanser ovari - senak atau rasa loya yang berterusan, sakit ketika hubungan seksual, perubahan tabiat usus, pendarahan faraj terutamanya pendarahan selepas menopaus, sentiasa letih, turun berat badan yang tidak sengaja.
- Kanser pangkal rahim - pendarahan yang tidak normal (seperti pendarahan antara haid, selepas seks, selepas ujian pelvis, atau selepas menopaus), discaj yang tidak normal dalam jumlah, warna, konsistensi, atau bau, kerap kencing, sakit ketika kencing.
- Kehamilan ektopik - rasa loya and kemuntahan, sakit perut yang tajam, kelemahan, kepeningan, sakit tajam di bahu, demam.
- Penyakit radang pelvis - discaj faraj yang terlampau dengan bau yang tidak menyenangkan, pendarahan yang tidak normal (seperti pendarahan semasa dan selepas seks, antara haid), demam dan menggigil.