Aspirin akan menghalang pengeluaran sejenis bahan kimia semulajadi di dalam badan yang dipanggil sebagai prostaglandin. Bahan kimia ini mendatangkan beberapa kesan kepada badan seperti rasa sakit, pembengkakan, serta pembekuan darah. Selain itu, Prostaglandin ini juga melindungi lapisan perut kita supaya tidak dihakis oleh asid perut yang digunakan untuk memecahkan makanan seharian.
Bagaimanakah Uniaspirin boleh melegakan kesakitan yang ringan dan kesan sampingan pengunaanya?
Selamat pagi doktor. Saya ingin bertanya tentang ibu saya. Baru-baru ini beliau telah ditahan di hospital kerana kekurangan darah. Setelah diselidiki, beliau mengalami pendarahan di dalam perut. Doktor mengatakan ianya berpunca daripada sejenis ubat bernama Uniaspirin. Beberapa bulan yang lalu, ibu saya telah menerima ubat ini selepas selesai menjalani suatu prosedur rawatan bagi masalah jantung.Sejak itu, beliau kerap berasa sakit dan tidak selesa di bahagian perut. Najisnya juga turut bertukar menjadi hitam.
Ibu hanya memaklumkan kepada kami setelah beliau mengalami sesak nafas yang agak teruk. Saya mengesyaki kesemua simptom ini berpunca daripada ubat Uniaspirin yang diambil kerana sebelum itu, ibu saya tidak pernah mengalami masalah yang sama. Mohon pandangan doktor.
Apakah Itu Aspirin?
Bagaimanakah Aspirin bertindak?
Aspirin akan menghalang pengeluaran sejenis bahan kimia semulajadi di dalam badan yang dipanggil sebagai prostaglandin. Bahan kimia ini mendatangkan beberapa kesan kepada badan seperti rasa sakit, pembengkakan, serta pembekuan darah. Selain itu, Prostaglandin ini juga melindungi lapisan perut kita supaya tidak dihakis oleh asid perut yang digunakan untuk memecahkan makanan seharian.
Apakah Kegunaan Aspirin?
Ubat aspirin mempunyai pelbagai fungsi. Antaranya termasuklah:
Ubat tahan sakit. Sakit yang biasa dan tidak kuat seperti sakit otot, gigi, kepala, dan senggugut boleh dikurangkan dengan penggunaan ubat ini.
Ubat demam. Seseorang yang mengalami demam panas boleh mengambil ubat ini bagi menurunkan suhu badan.
Ubat cair darah. Aspirin juga membantu menghalang pembentukan darah beku dalam saluran darah.
Cara Pengambilan Aspirin
Ubat ini wujud dalam bentuk tablet dan boleh ditelan atau dilarutkan di dalam air sebelum diminum. Ianya boleh diambil ketika atau selepas makan bagi mengelakkan kesan sampingan pada perut di mana pembentukan ulser boleh terjadi.
Apakah Kesan Sampingan Aspirin?
Ubat ini mempunyai beberapa kesan sampingan. Sesetengah kesan adalah ringan dan tidak memerlukan rawatan yang rapi. Manakala terdapat juga beberapa kesan sampingan yang lebih serius dan memerlukan rawatan segera daripada doktor.
Antara contoh kesan sampingan ubat aspirin ialah:
Alahan
Loya
Muntah
Sakit perut
Pedih ulu hati
Pembentukan ulser perut
Interaksi dengan ubat lain (sekiranya ada)
Pada masa yang sama, sekiranya seseorang mengambil ubat aspirin dalam dos yang berlebihan, gejala seperti pernafasan laju, berpeluh, telinga berdesing, badan menggigil, sawan, ataupun pengsan boleh berlaku. Mereka yang mengalami masalah overdose ini perlu dibawa ke hospital dengan segera untuk rawatan yang lebih lanjut.
Alahan pada aspirin?
Terdapat beberapa tanda yang menunjukkan bahawa seseorang itu mungkin mempunyai alahan terhadap ubat aspirin. Antaranya termasuklah pembentukan ruam pada kulit, pembengkakan muka, mata, bibir, lidah, tekak, ataupun sesak nafas. Pengambilan ubat aspirin perlulah dihentikan dan pesakit perlu mendapatkan rawatan dengan segera.
Pembentukan Ulser Perut
Ulser di dalam perut boleh berlaku akibat mekanisma ubat aspirin itu sendiri yang menghalang pengeluaran prostaglandin. Prostaglandin selain menyebabkan peningkatan suhu badan, pembengkakan tisu, serta pembekuan darah, ianya juga mempunyai fungsi lain iaitu menghasilkan lapisan pelindung di dalam perut.
Lapisan pelindung ini berfungsi untuk menghalang asid perut daripada menghakis dinding perut. Sekiranya penghasilan prostaglandin dihentikan, lapisan pelindung ini tidak boleh terbentuk. Oleh sebab itu, asid perut mampu menghakis bahagian dinding sehingga menyebabkan gastritis dan ulser perut.
Ulser perut sekiranya bertambah besar, ianya boleh menyebabkan pendarahan berlaku kerana salur darah yang terdapat di sekeliling ulser turut terhakis. Antara gejala masalah ini ialah pesakit boleh mengalami muntah darah atau najis bertukar menjadi warna hitam.
Sekiranya darah hilang dengan banyak, pesakit boleh mengalami simptom anaemia seperti pucat, pening kepala, keletihan, sesak nafas, dan sakit dada. Pada masa ini, penggunaan ubat aspirin akan dinilai semula oleh doktor.
Penambahan ubat lain yang membantu mengurangkan risiko pembentukan ulser perut mungkin akan diberikan.
Interaksi Dengan Ubat Lain
Pesakit yang mengambil ubatan seperti Mifepristone, Acetazolamide, ubat pencair darah seperti Warfarin atau Heparin, ubat steroid seperti Prednisone, ubat Methotrexate, Asid Valproik, atau herba seperti gingko biloba, perlu memaklumkan kepada doktor. Antara interaksi yang boleh berlaku termasuklah peningkatan risiko pembentukan ulser perut, pening kepala, kekeliruan, sawan, loya, dan muntah.
Hasil Aspirin
Penggunaan aspirin sekiranya terkawal mampu menghasilkan kesan yang diingini. Apa-apa masalah yang membuatkan pesakit ingin berhenti atau mengurangkan pengambilan ubat ini perlulah dirujuk kepada doktor terlebih dahulu.
Perkara yang perlu dimaklumkan kepada doktor sebelum menerima aspirin
Sesetengah pesakit tidak sesuai untuk menggunakan ubat ini kerana risiko mendapat penyakit lain ataupun kesan sampingan daripada ubat. Antara perkara yang perlu diketahui oleh doktor sebelum memberikan preskripsi aspirin kepada pesakit ialah:
Sejarah penyakit haemofilia. Penyakit ini menyebabkan tubuh seseorang sukar menghentikan pendarahan sekiranya berlaku. Pengambilan aspirin akan menambah teruk pendarahan kerana ianya bertindak sebagai pencair darah.
Sejarah penyakit ulser perut. Ubat ini akan meningkatkan risiko ulser perut untuk berulang dan seterusnya pendarahan.
Sejarah penyakit asma. Pesakit asma adalah lebih berisiko untuk mendapat serangan asma daripada aspirin.
Pengambilan alkohol berlebihan. Golongan ini berisiko untuk mendapat ulser perut. Pemberian ubat aspirin akan meningkatkan lagi risiko mendapat penyakit ini.
Umur pesakit. Mereka yang berusia 16 tahun ke bawah tidak boleh menerima ubat ini bagi mengelakkan Sindrom Reye, iaitu pengumpulan lemak pada organ seperti hati, otak, dan sebagainya.
Wanita mengandung. Aspirin boleh menyebabkan masalah ketika bersalin kerana risiko pendarahan yang banyak.
Maklumat Lanjut
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang ubat uniaspirin, anda boleh menghubungi doktor kami di laman web www.doctoroncall.com.my bagi mendapatkan penjelasan lanjut.
References