Lactulose adalah gula sintetik yang digunakan untuk merawat sembelit. Ia dihadam dalam usus besar menjadi produk yang menyerap air keluar dari badan dan masuk ke usus besar. Air ini melembutkan najis.
Berkesankah ubat lactul (Lactul Solution) dalam menangani sembelit?
Apa Itu Lactulose?
Apakah Kesan Sampingannya?
Anda perlu ingat bahawa doktor telah memberikan ubat ini kerana dia telah menilai bahawa faedah kepada anda adalah lebih besar berbanding risiko kesan sampingannya. Ramai yang menggunakan ubat ini tanpa sebarang kesan sampingan yang serius.
Antara kesan sampingan yang boleh disebabkan oleh lactulose adalah:
Cirit-birit
Rasa loya
Sakit perut atau kekejangan
Muntah-muntah
Kembung perut
Sekiranya anda mengalami gejala berikut, anda haruslah berjumpa dengan doktor anda dengan segera:
Cirit-birit
Kejang otot
Lemah badan
Denyutan jantung yang tidak teratur
Perubahan mental atau mood
Alahan yang serius seperti ruam, gatal-gatal, bengkak (terutama muka, lidah atau tekak), pening kepala, dan sukar bernafas.
Bagaimanakah Cara Penyimpanan Ubat Ini?
Simpan ubat ini dalam bekas yang boleh ditutup rapat dan tidak dapat dicapai oleh kanak-kanak. Simpan antara 2-30°C dan jauh dari panas matahari dan kelembapan berlebihan.
Jangan bekukan ubat ini kerana ia akan mengakibatkan ubat terlalu pekat untuk dituangkan. Jika ubat ini beku, cairkan pada suhu bilik.
Cara terbaik untuk melupuskan ubat anda adalah melalui program pengambilan ubat di farmasi. Sila berhubung dengan ahli farmasi anda atau hubungi jabatan sampah atau kitar semula tempatan untuk mengetahui tentang program pengambilan balik ubat dalam komuniti anda.
Untuk melindungi kanak-kanak dari termakan ubat ini, simpan di tempat yang selamat dan tidak boleh dicapai oleh mereka.
Apakah Yang Perlu Dilakukan Sebelum Menggunakan Ubat Ini?
Sebelum mengambil lactulose, pastikan anda memberitahu doktor dan ahli farmasi anda sekiranya:
Anda ada alahan kepada laktulosa atau ubat lain.
Ubat-ubatan preskripsi dan bukan preskripsi yang anda ambil, terutamanya antacid, antibiotik termasuk neomycin dan lain-lain
Anda menghidap penyakit kencing manis atau memerlukan diet rendah laktosa.
Anda hamil, merancang untuk hamil, atau menyusu. Jika anda hamil semasa mengambil lactulose, hubungi doktor anda.
Anda akan menjalani pembedahan atau ujian pada kolon atau rektum anda
Jangan mengambil sebarang ubat laxative lain ketika menggunakan ubat ini tanpa arahan doktor. Penggunaan julap yang berlebihan boleh mengakibatkan kekurangan air dalam badan (dehidrasi). Ini berlaku lebih kerap dalam kalangan kanak-kanak atau orang tua. Hubungi doktor anda dengan segera jika anda mengalami sebarang gejala dehidrasi berikut: lemah otot, kejang otot, pening kepala.
Sekiranya masalah sembelit anda bertambah buruk dan disertai dengan gejala lain, anda harus berjumpa dengan doktor anda secepat yang mungkin atau anda juga boleh mendapatkan nasihat daripada doktor kami di laman www.doctoroncall.com.my. Terima kasih.
References