Apakah Ubat Ranitidine, kegunaan dan kesan sampingan?

Ranitidine -  Kegunaan, Dos, Kesan Sampingan - DoctorOnCall
Anonymous

Selamat pagi, doktor. Saya seorang pelajar perakaunan yang berumur 26 tahun. Sejak sekolah lagi, saya mempunyai masalah gastrik. Kawalan masalah ini pada ketika itu agak bagus. Saya tidak mengambil sebarang ubat walaupun saya sering mengalami masalah gastrik. Saya cuba makan pada masa yang sama dan tepat pada setiap hari. Sejak akhir-akhir ini, masalah gastrik saya menjadi semakin teruk akibat daripada terlalu sibuk dengan tugasan dan peperiksaan. Mungkin jadual waktu makan yang tidak teratur menyebabkan penghasilan asid berlebihan dalam perut. 

Akibat daripada itu, selera makan saya pun telah berkurang. Saya telah membeli ubat ranitidine dari sebuah farmasi untuk masalah gastrik ini sebelum ini. Namun begitu, ubat tersebut tiada lagi dijual di pasaran. Jadi apa yang patut saya lakukan untuk merawat gastrik saya ini?

Anonymous
Selamat pagi, doktor. Saya seorang pelajar perakaunan yang berumur 26 tahun. Sejak sekolah lagi, saya mempunyai masal... See More
Saringan Kesihatan PERCUMA
Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!
Mula Saringan Kesihatan PERCUMA
Terima kasih atas soalan anda. Ubat ranitidine sebelum digunakan untuk mengatasi masalah gastrik di samping merawat keadaan atau penyakit lain. Namun begitu, baru-baru ini, FDA telah menarik semula ubat ini dari pasaran atas sebab terdapat kandungan bahan yang melebihi pawaian dan boleh membahayakan kesihatan mereka yang mengambilnya. Oleh itu, ubat ini tidak lagi dijual di pasaran dan hanya boleh diberikan setelah mendapat preskripsi daripada doktor. Sekiranya anda atau sesiapa sahaja masih menyimpan ubat ini, elakkan daripada mengambil dan hantar ubat tersebut ke farmasi berdekatan bagi tujuan pelupusan.
Terima kasih atas soalan anda. Ubat ranitidine sebelum digunakan untuk mengatasi masalah gastrik di samping merawat kead... See More

Apakah itu ubat ranitidine?


Apakah itu ranitidine? Ubat ranitidine adalah ubat oral yang menghalang penghasilan asid oleh sel dalam dinding perut. Ia tergolong dalam kelas ubat-ubatan yang dipanggil H2 (histamine-2) blockers.

Histamin adalah bahan kimia semula jadi yang merangsang sel-sel di dalam perut (sel parietal) untuk menghasilkan asid. H2 blocker menghalang tindakan histamin pada sel-sel, sekali gus mengurangkan penghasilan asid. Oleh kerana asid perut yang berlebihan boleh merosakkan esofagus, perut, dan duodenum serta menyebabkan keradangan dan ulser, pengurangan asid perut dapat menghalang dan menyembuhkan keradangan dan ulser tersebut.


Apakah kesan sampingan ubat ranitidine?


Seperti ubat-ubatan yang lain, ubat ranitidine juga mempunyai kesan sampingan yang lazim berlaku dan yang lebih serius.


Kesan sampingan lazim boleh termasuk:

  • Sakit kepala

  • Sembelit

  • Cirit-birit

  • Pening kepala

  • Muntah

  • Ketidakselesaan atau kesakitan perut 

  • Mengantuk 

  • Keletihan

  • Sukar untuk tidur

  • Sakit otot

  • Rasa loya

Kesan-kesan ini akan hilang dalam masa beberapa hari atau beberapa minggu. Jika keadaan anda menjadi bertambah buruk, sila berjumpa dengan doktor anda secepat mungkin.

Kesan sampingan yang serius boleh termasuk:

  • Kerengsaan

  • Kurang darah merah (anemia)

  • Kekeliruan

  • Kemurungan

  • Mudah lebam atau berdarah

  • Halusinasi

  • Sakit perut

  • Keguguran rambut

  • Denyutan jantung tidak teratur

  • Ruam

  • Perubahan penglihatan

  • Kulit dan mata menguning

  • Reaksi alergi

  • Tanda-tanda jangkitan (seperti sakit tekak yang tidak hilang, demam, menggigil)

  • Sesak nafas.

Apakah Amaran Untuk Ubat Ranitidine?


Ubat ini telah ditarik semula oleh FDA dari pasaran dan semua farmasi dan pembekal ubat-ubatan telah diarahkan agar memulangkan semula stok ubat ini. Arahan ini dikeluarkan kerana kajian menunjukkan terdapat pencemaran bahan yang dinamakan N-Nitrosodimethylamine (NDMA) dalam kadar yang tinggi dalam beberapa sampel ubat ini. Bahan ini juga disyaki akan semakin meningkat kadarnya apabila ubat ranitidine ini semakin lama disimpan. Oleh itu, ubat ini tidak lagi dibenarkan untuk dikeluarkan bagi kegunaan rawatan bagi memastikan keselamatan pengguna.


Sekiranya anda mempunyai stok ubat ini, hentikan pengambilannya dan rujuk kepada doktor anda bagi rawatan lain yang sesuai dan jangan berlengah sekiranya mengalami gejala yang semakin serius atau gejala lain yang membimbangkan dan jumpa doktor anda secepat mungkin. Anda juga boleh mendapatkan nasihat daripada para doktor kami di laman www.doctoroncall.com.my. Terima kasih.