- Vape atau lebih dikenali sebagai rokok elektronik merupakan sejenis penghantar nikotin elektronik yang menggunakan pengewap berkuasa bateri.
- Nama-nama lain untuk rokok elektronik ini adalah e-rokok, vapor dan e-cig. Rokok eletronik ini diperkenalkan untuk membantu mereka yang ketagih rokok tembakau untuk berhenti merokok dengan cara memberi penggunanya rasa seperti menghisap rokok tanpa membakar tembakau.
- E-rokok ini boleh didapati dalam pelbagai bentuk dan ukuran.
- Setiap batang e-rokok ini mempunyai tiga komponen utama iaitu bateri, elemen pemanas dan tabung yang berisi cairan (“cartridge”).
- Cairan dalam tabung mengandungi nikotin, propilen, glikol atau gliserin dan penambah rasa seperti rasa buah-buahan. Ada juga rokok elektronik yang mempunyai bateri dan tabung berisi cairan yang boleh diisi ulang.
- Cara rokok elektronik ini berfungsi adalah cairan dalam tabung akan dipanaskan dan menghasilkan wap seperti asap yang mengandungi zat kimia. Pengguna menghisap zat kimia ini terus dari corongnya.
Keburukan Vape Kepada Kesihatan Kita
Orang tersebut mengalami peluh yang berlebihan, jantung berdebar dengan laju, susah bernafas, rasa pening, muntah-muntah dan menjadi sangat gelisah sebelum meninggal dunia. Dia tidak mendapatkan rawatan yang secukupnya yang menyebabkan kematiannya. Abang saya yang kuat vape dan sudah beberapa tahun hisap vape tidak pernah mengalami gejala-gejala tersebut. Ada kalanya saya mengalami jantung berdebar dengan laju dan rasa gelisah. Saya juga susah tidur. Adakah ini ciri-ciri keracunan nikotin? Adakah semua orang yang menghisap rokok vape mesti mengalami gejala-gejala tersebut? Jika seseorang mengalami gejala-gejala seperti rakan yang telah meninggal dunia, adakah maksudnya orang itu tidak dapat dirawat? Saya bimbang tentang keadaan saya, doktor. Apakah nasihat doktor untuk saya? Apakah keburukan vape?
Terima kasih atas soalan anda. Gejala-gejala yang anda alami tidak mungkin disebabkan oleh keracunan nikotin. Ini adalah kerana keracunan nikotin mempunyai gejala-gejala lain yang lebih serius dan parah. Mujurnya, anda tidak mengalami gejala yang serius. Gejala yang anda alami juga boleh disebabkan oleh punca-punca lain seperti minum kopi dan stres. Tidak semestinya semua orang mesti mengalami keracunan nikotin. Keracunan nikotin berlaku jika mengambil sumber nikotin lebih daripada apa yang badan boleh tahan. Orang yang mengalami ciri-ciri keracunan nikotin yang serius haruslah berjumpa dengan doktor secepat yang mungkin untuk mendapatkan rawatan segera kerana jika tidak memperoleh rawatan yang secukupnya dalam tempoh tertentu, keadaan boleh menjadi lebih teruk dan menyebabkan kematian.
Apakah itu vape?
Apakah kebahayaan vape?
- Nikotin merupakan bahan yang menyebabkan ketagihan. Nikotin ini boleh menyebabkan ketagihan terhadap bahan-bahan kimia lain yang sama jenis.
- Perasa yang diperolehi melalui vape mengandungi karsinogen dan bahan kimia beracun seperti formaldehida dan asetaldehida, serta logam beracun dalam ukuran nanopartikel yang dihasilkan dari mekanisme penguapan.
- Propilen dan glikol atau gliserin berfungsi untuk menghasilkan wap air. Akibat menghirup bahan-bahan kimia ini adalah kerengsaan sistem pernafasan.
- Kandungan lain seperti “tobacco-specific nitrosamine (TSNA)” adalah elemen karsinogen yang didapati dalam tembakau dan rokok tembakau. Bahan kimia ini juga didapati dalam cairan rokok elektronik. Kadar TSNA adalah tinggi jika kadar nikotin tinggi.
- Jika e-rokok digunakan semasa kehamilan, kesihatan janin dalam kandungan akan terancam. Fungsi otak dan paru bayi yang sedang berkembang boleh terjejas pada jangka panjang. Nikotin juga boleh menyebabkan berat badan lahir bayi rendah, kelahiran tidak cukup bulan (“premature”), bayi lahir mati (“stillbirth”), dan sindrom kematian bayi mendadak (SIDS).
- Perkembangan otak akan terjejas dalam kalangan kanak-kanak dan remaja oleh sebab nikotin. Remaja yang menggunakan e-rokok akan mengalami gangguan kognitif dan tingkah laku yang menjejaskan ingatan dan perhatian. Kesan nikotin pada otak manusia dapat diperhatikan dalam jangka masa panjang.
- Penyerapan, penghirupan dan menelan cairan rokok elektronik melalui kulit atau mata boleh mengakibatkan keracunan. Dos nikotin tinggi juga menyebabkan keracunan. Cairan yang tertelan oleh kanak-kanak boleh mengakibatkan kematian.
- Terdapat penyelidikan yang membuktikan bahawa bahan kimia dalam rokok elektronik akan menjejaskan keupayaan sel paru untuk menjaga paru-paru dari kuman dan zat merbahaya yang lain.
Apakah gejala overdosis nikotin?
- Mual
- Air liur berlebihan
- Kekejangan perut
- Peluh yang melampau
- Gangguan emosi
- Sakit perut
- Hilang selera makan
- Sakit kepala
- Muntah
- Sakit mata
- Pening
- Kegelisahan
- Batuk
- Tangan terketar-ketar
- Bernafas cepat
- Jantung berdebar-debar
- Kekejangan
- Tekanan darah tinggi
- Masalah penglihatan dan pendengaran
- Muntah teruk
- Pengsan
- Tekanan darah rendah
- Denyutan jantung semakin perlahan
- Pernafasan yang tidak normal
- Cirit-birit
- Kelemahan
- Kelelahan
- Kulit pucat
- Kekejangan
- Koma
- Susah bernafas
- Gagal bernafas menyebabkan kematian
Berapa banyak nikotin bermaksud terlalu banyak?
Bila anda harus jumpa doktor?
- Menerusi satu kajian pertama mengenai perokok dewasa di malaysia. Sekumpulan penasihat pengguna mendapatkan pandangan pengguna mengenai pilihan yang lebih selamat berbanding rokok biasa, seperti rokok elektronik mengandungi nikotin.
- Kebanyakan remaja menggunakan e-rokok sebagai alternatif kepada rokok biasa. Ada sesetengah orang memilih untuk bertukar kepada e-rokok jika rokok ini mempunyai tahap keselamatan sewajarnya.
- Ada golongan yang mengatakan bahawa pengenalan e-rokok ini adalah satu kesilapan bagi kerajaan menghalang atau melengahkan proses membenarkan alternatif kurang bahaya daripada rokok.
- Ada yang berkata bahawa kerajaan haru menggalakkan remaja yang menggunakan e-rokok ini untuk bertukar kepada produk yang kurang bahaya mengikut polisi fizikal dan peraturan yang sewajarnya.
References