Apakah bronkitis (Bronchitis), penyebab dan cara mengubatinya?

Anonymous

Selamat pagi, doktor. Saya seorang mekanik kereta yang berusia 62 tahun. Sejak beberapa hari yang lalu, saya menghadapi masalah pernafasan yang semakin teruk. Masalahnya bermula empat hari lalu apabila saya mendapat selesema. Selesema saya terdiri daripada sakit tekak, hidung berair dan sakit otot. Beberapa sebelum mendapat tanda-tanda ini, saya telah basah kuyup dalam hujan. Pada mulanya saya hanya merasa letih tapi kemudian saya mengalami batuk dan sesak nafas. Batuk tersebut bermula dengan batuk kering tetapi dalam masa 24 jam bermula, ia menghasilkan kahak yang kekuningan hijau yang banyak. Kahak itu berjumlah sekurang-kurangnya secawan dan terpaksa membawa satu bekas bersamanya ke tempat kerja.

Saya sering mengalami gejala ini apabila cuaca sejuk atau saya basah dalam hujan. Sesak nafas saya menjadi semakin memburuk sehingga saya mempunyai kesukaran untuk bercakap sekarang. Saya juga sakit di sebelah kiri dada saya ketika saya batuk. Saya menjadi sangat letih setelah berjalan naik tangga atau selepas membatuk kuat. Namun, saya tidak mempunyai gejala seperti batuk berdarah, berpeluh pada waktu malam, dan menggigil. Saya pernah mengalami masalah ini beberapa kali pada tahun yang lalu tetapi tidak mendapatkan rawatan. Selain itu, saya tidak mempunyai sebarang penyakit lain. Saya seorang perokok yang merokok 1-2 kotak rokok sehari dan sedang merokok selama 35 tahun yang lalu. Saya bimbang akan keadaan saya doktor.

Adakah ini tanda penyakit bronkitis? Bolehkah doktor menerangkan tentang penyakit ini?

Anonymous
Selamat pagi, doktor. Saya seorang mekanik kereta yang berusia 62 tahun. Sejak beberapa hari yang lalu, saya menghada... See More
Saringan Kesihatan PERCUMA
Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!
Mula Saringan Kesihatan PERCUMA
Terima kasih atas soalan anda. Tiub bronkial merupakan saluran yang menyalurkan udara dari trakea anda (saluran angin) ke dalam paru-paru. Apabila tiub ini menjadi radang, lendir akan mula berkumpul. Keadaan ini dipanggil bronkitis, dan ia menyebabkan gejala yang seperti batuk, sesak nafas, dan demam yang bersuhu rendah. Bronkitis boleh disebabkan oleh virus, bakteria, dan benda asing lain yang merengsakan tiub bronkial. Rokok adalah penyebab yang paling biasa yang menyebabkan bronkitis kronik. X-ray dada, ujian fungsi paru-paru, dan ujian darah digunakan untuk menentukan diagnosis bronkitis.

Terima kasih atas soalan anda. Tiub bronkial merupakan saluran yang menyalurkan udara dari trakea anda (saluran angin) k... See More

Apakah itu bronkitis

Bronkitis adalah suatu penyakit apabila tiub bronkial anda, yang membawa udara ke paru-paru anda, dijangkiti dan bengkak. Anda akan mengalami batuk yang lama dan lendir yang lebih banyak. Terdapat dua jenis penyakit bronkitis:

  • Bronkitis akut: ini adalah yang lebih biasa dan berlaku dalam jangka masa pendek yang sering terjadi selepas jangkitan selsema atau virus. Gejala ini berlarutan selama beberapa minggu, tetapi biasanya tidak menimbulkan masalah sebelum itu.
  • Bronkitis kronik:penyakit ini adalah lebih serius dan berjangka panjang. Penyakit ini boleh disebabkan oleh faktor persekitaran atau penyakit yang sedia ada. Punca bronkitis kronik selalunya disebabkan oleh kerengsaan berulang dan kerosakan kepada tisu paru-paru dan saluran udara. Oleh kerana penyakit ini sentiasa berulang dan tidak sembuh sepenuhnya, ini adalah salah satu syarat yang membentuk penyakit paru-paru obstruktif kronik (COPD).

Apakah penyebab bronkitis

Selalunya, virus yang sama yang menyebabkan selsema juga boleh mengakibatkan bronkitis. Walau bagaimanapun, kadang kala, bakteria juga boleh menjadi penyebab bronkitis. Dalam kedua-dua kes, apabila badan anda melawan kuman, tiub bronkial anda membengkak dan menghasilkan lebih banyak lendiran. Ini bermakna tiub pernafasan jadi lebih kecil untuk pengaliran udara yang lancar.

  • Sistem imun yang lemah. Ini kadang-kadang berlaku bagi orang tua dan orang dengan penyakit yang berterusan, serta untuk bayi dan anak-anak.
  • Merokok atau hidup dengan perokok.
  • Pendedahan kepada bahan-bahan yang merengsakan paru-paru dan mengganggu fungsi paru-paru anda, seperti asap kimia atau debu. (Contoh: perlombongan arang batu, bekerja di sekitar haiwan ladang).
  • Tinggal di dalam atau pergi ke tempat yang mempunyai kualiti udara yang buruk atau banyak pencemaran.
  • Episod bronkitis akut yang sering berulang.

Apakah gejala bronkitis

Gejala awal bronkitis akut adalah sama dengan gejala selesema. Antara gejala biasa adalah termasuk:

  • Hidung berair
  • Sakit tekak
  • Keletihan
  • Bersin
  • Berdeham
  • Berasa sejuk dengan mudah
  • Sakit belakang dan sakit otot
  • Demam 100 ° F hingga 100.4 ° F (37.7 ° C hingga 38 ° C)
  • Menggigil
  • Sakit kepala
  • Hidung dan sinus yang tersekat
Selepas jangkitan awal, anda mungkin akan mengalami batuk. Batuk mungkin kering pada mulanya, dan kemudian menjadi produktif, yang bermaksud ia akan menghasilkan lendir.

Hubungi doktor anda jika anda mempunyai sebarang gejala berikut selain yang tersenarai di atas kerana gejala ini menandakan keadaan yang lebih serius:

  • kehilangan berat yang tidak dapat dijelaskan
  • batuk yang teruk
  • masalah pernafasan
  • sakit dada
  • demam 100.4 ° F (38 ° C) atau lebih tinggi
  • batuk yang berlarutan lebih daripada 10 hari
Adalah biasa untuk gejala bronkitis kronik untuk menjadi lebih buruk setiap tahun, dan penyakit ini selalunya menjadi lebih teruk pada musim sejuk. Walau bagaimanapun, batuk yang tidak sembuh juga boleh menjadi tanda penyakit lain seperti asma atau radang paru-paru.

Apakah rawatan bronkitis

Doktor biasanya akan mengarahkan pesakit untuk berehat, minum air yang secukupnya, dan mengambil ubat batuk dan ubat tahan sakit untuk mengurangkan simptom dan melancarkan pernafasan.

Untuk memastikan simptom bronkitis terkawal, antara adalah rawatan untuk penyakit bronkitis yang boleh dipertimbangkan:

  • Sekiranya penyakit anda disebabkan oleh bakteria (yang jarang berlaku), doktor anda mungkin memberi anda antibiotik.
  • Sekiranya anda mempunyai asma atau alergi, doktor mungkin mencadangkan alat sedut. Ini membantu membuka saluran udara anda dan menjadikannya lebih mudah untuk bernafas.
  • Minum air yang banyak. Lapan hingga 12 gelas sehari boleh membantu menipiskan ketebalan kahak atau lendir dan menjadikannya lebih mudah untuk membatuk keluar
  • Ambil ubat tahan sakit “over-the-counter” (OTC) untuk mengurangkan kesakitan yang dialami. Contohnya, Ibuprofen (Advil, Motrin), naproxen (Aleve), atau aspirin juga boleh membantu dengan kesakitan. Elakkan memberi aspirin kepada kanak-kanak. Anda boleh menggunakan acetaminophen (Tylenol) untuk membantu dengan kedua-dua kesakitan dan demam.
  • Gunakan “humidifier” atau cuba stim untuk melegakan aliran udara yang terhad dan berdeham. Mandi dengan air panas juga boleh menjadikan pengeluaran kahak atau lendir dari saluran trakea dengan lebih mudah.
  • Gunakan “bronchodilators”. Ini akan membuka tiub bronkial dan membersihkan lendir dalam saluran trakea.
  • Ubat “mucolytics” boleh menjadikan lendir nipis di saluran udara serta menjadikannya lebih mudah untuk batuk.
  • Ubat antiradang dan steroid “glucocorticoid” adalah untuk simptom yang lebih teruk untuk membantu mengurangkan keradangan kronik yang boleh menyebabkan kerosakan tisu.
  • Terapi oksigen pula membantu meningkatkan pengambilan oksigen apabila pernafasan sukar.
  • Program pemulihan pulmonari termasuk kerjasama dengan ahli terapi pernafasan untuk membantu meningkatkan pernafasan.
  • Berhenti merokok supaya dapat mengeluarkan sumber atau bahan yang mengakibatkan kerengsaan pada paru.
  • Latihan pernafasan seperti pernafasan bibir “pursed” boleh membantu melambatkan dan memudahkan pernafasan. Latihan ini juga boleh menguatkan otot-otot yang terlibat dalam pernafasan.
  • Jangan mula merokok; berhenti merokok jika anda sudah merokok.
  • Elakkan sumber atau bahan yang boleh menyebabkan kerengsaan paru-paru seperti asap, habuk, asap, wap, dan pencemaran udara. Sekiranya mengelakkan pendedahan tidak mungkin, pakai topeng yang menutup hidung dan mulut.
  • Cuci tangan dengan kerap untuk menghadkan pendedahan kepada kuman dan bakteria.
  • Dapatkan vaksin selesema tahunan.
  • Dapatkan vaksin pneumonia.
Sekiranya gejala atau tanda penyakit bronkitis menjadi semakin teruk, anda haruslah merujuk kepada doktor anda dengan segera atau juga boleh mendapatkan nasihat daripada para doktor kami di laman www.doctoroncall.com.my. Terima kasih.

References