Ketahui Risiko Jangkitan Selsema Babi & Cara Mencegahnya!

Selsema Babi - Jangkitan Virus Yang Menyerang Babi & Manusia - DoctorOnCall
Anonymous
Salam Sejahtera doktor. Saya ingin bertanyakan tentang penyakit selesema babi yang sedang menyerang khinzir di Malaysia. Saya ada terbaca tentang penyakit tersebut di surat khabar dan agak risau tentang risiko jangkitan tersebut kepada manusia. Dalam keratan akhbar tersebut, doktor haiwan mengatakan tiada risiko penyebaran penyakit tersebut kepada manusia. Benarkah begitu? Tolong beri pencerahan kepada saya. Terima Kasih.
Anonymous
Salam Sejahtera doktor. Saya ingin bertanyakan tentang penyakit selesema babi yang sedang menyerang khinzir di Malaysia.... See More
Saringan Kesihatan PERCUMA
Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!
Mula Saringan Kesihatan PERCUMA
Terima Kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak DoctorOnCall.Saya akan berusaha memberi maklumat tentang penyakit selesema Babi atau nama saintifiknya yang dikenali sebagai selesema H1N1. Menurut verterinar yang mengkaji tentang jangkitan selesema babi yang baru sahaja disahkan menyerang beberapa khinzir di Malaysia, mereka mendapati, jenis virus tersebut tidak memberi sebarang gejala kepada khinzir dan tidak menjangkiti manusia. Untuk maklumat anda, satu virus boleh mempunyai pelbagai jenis yang berbeza termasuk ciri genetik yang menyebabkan setiapnya mempunyai kebolehan menjangkiti, kebolehan berevolusi dan kekebalan terhadap ubat yang berbeza. Maka, tidak mustahil jika virus yang menjangkiti khinzir ini, berevolusi dan mempunyai kebolehan untuk menjangkiti manusia.
Terima Kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak DoctorOnCall.Saya akan berusaha memberi maklumat tentang penyakit sel... See More

Apakah Itu Selsema Babi?

Jelas seperti nama penyakit ini sendiri, kondisi ini merupakan jangkitan virus yang pada asalnya hanya menjangkiti khinzir dan kadang kala pada haiwan lain. Walaubagaimanapun, virus merupakan organisma yang mudah berevolusi menyebabkan perubahan genetik dan kebolehan untuk menjangkiti spesis lain. Oleh sebab itu, terdapat juga segelintir virus selsema babi ini menjangkiti manusia dan haiwan lain. Golongan penternak dan doktor haiwan merupakan mereka yang berisiko menjangkiti virus ini kerana kerap terdedah kepada haiwan tersebut. Jarang sekali, jangkitan ini tersebar dari manusia kepada manusia lain. 

Saintis telah menemui virus penyakit selesema babi yang menjangkiti manusia dan menamakan virus tersebut sebagai H1N1. Virus ini bukan sekadar menjangkiti khinzir, namun ia juga boleh menjangkiti haiwan lain seperti burung. Apabila ia dijangkiti oleh manusia, virus ini menjejaskan kesihatan sistem pernafasan sehingga pada 2010, Organisasi Kesihatan Dunia mengisytiharkannya sebagai salah satu pandemik dunia. Semenjak itu, pakar kesihatan telah mengkaji virus tersebut dan menjumpai beberapa jenis virus yang sama yang telah mengalami revolusi serta mengubah namanya beberapa kali sehingga kini ia juga dikenali sebagai H3N2v. 

Bagaimanakah virus ini tersebar? Ia disebarkan melalui cecair tubuh babi yang dijangkiti virus tersebut dan menjangkiti manusia melalui sistem pernafasan. Virus ini boleh tersebar dengan mudah apabila anda memegang rongga muka seperti mata, hidung dan mulut. Oleh itu, langkah pencegahan seperti mengamalkan rutin pembersihan tangan dengan kerap dan betul amat penting untuk mencegah jangkitan virus ini.

Apakah Gejala Dan Tanda-Tanda Jangkitan Penyakit Ini?

Anda pasti tertanya-tanya tentang apakah tanda-tanda penyakit ini jika anda menghidapnya. Untuk pengetahuan anda, gejala penyakit ini adalah sama seperti penyakit influenza atau selsema virus yang lain. 

  • Demam
  • Batuk
  • Menggigil
  • Sakit tekak
  • Hidung berhingus atau tersumbat
  • Mata kerap berair dan kemerah-merahan
  • Sakit sendi tulang
  • Sakit kepala
  • Lesu dan letih
  • Cirit-birit

Pesakit yang mengalami penyakit selesema babi ini kebanyakannya mengadu gejala-gejala diatas. Gejala akan muncul dalam masa satu hingga tiga hari selepas terdedah kepada virus selsema ini. Namun, tidak semestinya mereka yang mengalami gejala di atas bermakna mereka dijangkiti penyakit selsema babi ini. Pemeriksaan darah diperlukan untuk membuktikan diagnosis penyakit ini.

Apakah Komplikasi Penyakit Ini?

Apakah sebenarnya yang digeruni tentang penyakit ini? Jika ia menjangkiti pesakit yang berisiko tinggi seperti pesakit kronik kencing manis, darah tinggi dan sebagainya, jangkitan ini boleh menyebaan penyakit-penyakit tersebut menjadi lebih teruk dan parah. Selain itu, mereka juga berisiko untuk menghidapi masalah kesihatan seperti: 

  • “Pneumonia” atau radang paru-paru
  • Penyakit asma dan masalah jantung
  • Masalah sistem saraf dan otak dan pesakit akan menghadapi gejala seperti kekeliruan, pening dan sawan
  • Kegagalan sistem pernafasan

Bagaimanakah Mencegah Jangkitan Selesema Babi/ H1N1?

Unit Kawalan Penyakit Berjangkit menyarankan agar vaksin flu diberikan setiap tahun bagi mereka yang berumur 6 bulan ke atas. Vaksin flu 2018-2019 boleh memberikan perlindungan terhadap penyakit selsema babi dan dua lagi jenis selsema yang lain yang dijangka akan menjadi punca kepada kebanyakkan kes selsema ketika musimnya. Pesakit boleh mendapatkan vaksin tersebut samada melalui suntikan ataupun semburan hidung. Selain mencegah melalui vaksin, langkah am yang disarankan termasuklah:

  • Duduk di rumah jika anda sakit atau mengalami sebarang gejala selsema Babi/ H1N1
  • Basuh tangan teknik yang betul dan kerap
  • Sentiasa memakai pelitup muka ketika berada di luar terutamanya apabila mengalami sebarang gejala
  • Tutup mulut dan hidung ketika bersin atau batuk menggunakan siku atau sapu tangan
  • Amalkan penjarakan sosial dan elakkan daripada mengunjungi tempat tempat yang sesak
  • Amalkan pemakanan yang sihat dan bernutrisi, kekalkan gaya hidup aktif dengan kerap bersenam

References