Tolong jelaskan langkah terbaik untuk mencegah virus penyakit H1N1 (H1N1 Flu).

Anonymous

Selamat pagi, doktor. Saya seorang pemandu pelancong yang sering bertugas di luar negara. Baru-baru ini saya telah melancong Amerika Syarikat. Setelah saya pulang ke tanah air, saya telah mengalami demam yang sangat tinggi dan batuk yang kuat yang diiringi oleh selesema, sakit kepala dan kemuntahan. Saya juga berasa otot dan sendi saya sangat sakit. Saya mengesyaki bahawa saya menghadapi penyakit demam denggi. Oleh itu, saya telah berjumpa dengan doktor saya dan menjalani beberapa ujian untuk mengenalpasti punca gejala saya.


Ujian tersebut menafikan demam denggi dan doktor saya mengesyorkan bahawa ia adalah demam biasa serta beliau memberikan ubat demam dan tahan sakit. Namun, gejala saya masih berlarutan dan tidak bertambah baik. Saya juga telah membaca berita bahawa penyakit h1n1 adalah sangat menular di Amerika Syarikat. Saya bimbang jika gejala yang saya alami adalah tanda penyakit H1N1. Apakah cara untuk mengenalpasti penyakit ini, doktor?

Anonymous
Selamat pagi, doktor. Saya seorang pemandu pelancong yang sering bertugas di luar negara. Baru-baru ini saya telah me... See More
Saringan Kesihatan PERCUMA
Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!
Mula Saringan Kesihatan PERCUMA

Terima kasih atas soalan anda. Gejala penyakit H1N1 (H1N1 Flu) (H1N1 Flu) adalah serupa dengan gejala selesema biasa. Oleh itu, anda harus menjalani beberapa ujian khas untuk menentukan penyakit h1n1.

Sampel cecair dari mulut atau hidung anda boleh diambil untuk menguji dan menganalisa jenis virus yang menyebabkan gejala-gejala tersebut. Sekiranya ujian yang dijalankan mengesahkan bahawa virus tersebut adalah virus h1n1, anda harus mendapatkan rawatan segera untuk mengelakkan penyebaran penyakit ini. Selain itu, anda juga harus menjaga kebersihan diri dan dikuarantin sementara menunggu keputusan ujian tersebut.

Terima kasih atas soalan anda. Gejala <strong>penyakit H1N1</strong> (H1N1 Flu) (H1N1 Flu) adalah serupa dengan gejal... See More

Apakah itu penyakit H1N1

Selesema babi atau penyakit H1N1 adalah sejenis penyakit yang berjangkit melalui saluran pernafasan yang disebabkan oleh virus influenza A. Ia merupakan sebahagian daripada influenza bermusim (seasonal influenza). Rantau beriklim sederhana seperti Negara Amerika Syarikat, mempunyai variasi musim penularan influenza, dengan tahap penularan tinggi yang selalunya berlaku pada musim sejuk. Berbeza dengan rantau tropika (seperti Malaysia), di mana tiada musim penularan influenza yang spesifik dengan erti kata lain, ianya berlaku sepanjang tahun.

Virus h1n1 boleh bertahan hidup sekitar satu hingga dua minggu dalam spesis khinzir yang masih hidup. Mereka yang sering menguruskan atau bekerja berdekatan ladang ternakan khinzir lebih mudah mengakibatkan jangkitan tersebut merebak (contohnya, petani, pemproses daging khinzir). Populasi khinzir yang dijangkiti dengan jangkitan selesema manusia juga boleh menyebabkan virus tersebut melalui proses mutasi menjadi virus h1n1.

Dalam kebanyakan kes, jangkitan silang spesies (virus babi kepada manusia, virus selsema manusia kepada babi) kekal di kawasan setempat dan tidak menyebabkan jangkitan pada tahap global. Malangnya, keadaan silang spesies ini dengan virus influenza berpotensi berubah. Pakar siasat mengidentifikasikan jenis virus "selesema babi" pertama kali pada 2009 di Mexico, yang sepatutnya dipanggil selesema H1N1 kerana ia mempamerkan dua antigen permukaan utama, iaitu H1 (jenis hemagglutinin) dan N1 (jenis neuraminidase 1) . Lapan helai RNA dari virus H1N1 baru mempunyai satu helai yang berasal dari manusia, dua helai dari kelas burung, dan lima helai dari kumpulan khinzir.

Apakah penyebab penyakit H1N1

Penyebab penyakit h1n1 adalah jenis virus influenza A yang dikenali sebagai H1N1. Pada tahun 2011, virus h1n1 baru dikesan. Strain baru dinamakan influenza A (H3N2)v. Hanya beberapa orang (terutamanya kanak-kanak) yang dijangkiti pada pertama kali, tetapi telah dilaporkan bahawa terdapat peningkatan dalam jumlah orang yang dijangkiti pada musim selesema dari tahun 2012 ke tahun 2013. Pada masa ini, tidak ramai orang yang dijangkiti H3N2v. Malangnya, virus lain yang dinamakan H3N2 (nota tiada "v" dalam namanya) telah dikesan dan menyebabkan selesema, tetapi strain ini berbeza dengan H3N2v. Secara umumnya, semua virus influenza A mempunyai struktur yang serupa dengan virus H1N1 terutamanya dari segi komposisi struktur H dan / atau N yang agak berbeza.

Apakah tempoh berjangkit penyakit H1N1

Tempoh jangkitan untuk influenza h1n1 pada orang dewasa biasanya bermula satu hari sebelum gejala berkembangdan berlarutan sekitar lima hingga tujuh hari selepas simptom bermula. Walau bagaimanapun, orang yang mempunyai sistem imun yang lemah dan golongan kanak-kanak mungkin boleh berjangkit untuk tempoh yang lebih lama (contohnya, kira-kira 10 hingga 14 hari).

Berapa lama penyakit H1N1 berlarutan

Kebiasaanya, penyakit h1n1 bertambah pulih selepas tiga hingga tujuh hari, tetapi batuk mungkin berlarutan untuk dua minggu atau lebih dalam beberapa pesakit. Penyakit h1n1 yang serius mungkin memerlukan kemasukan ke hospital. Mereka yang menghidap penyakit h1n1 serius meningkatkan tempoh jangkitan kepada sembilan hingga 10 hari.

Apakah gejala penyakit H1N1

Gejala penyakit h1n1 boleh merupai selesema biasa. Antaranya termasuk:

  • Menggigil
  • Demam tinggi
  • Batuk, biasanya kering
  • Sakit tekak
  • Hidung berair
  • Sakit badan
  • Keletihan
  • Cirit-birit
  • Pening
  • Muntah
  • Sakit kepala
  • Ruam
  • Sesak nafas
  • Keradangan paru-paru akibat jangkitan sekunder bakteria
  • Kekejangan

Gejala-gejala ini berlangsung selama satu hingga dua minggu dan boleh berlarutan untuk jangka masa lebih lama jika individu mempunyai jangkitan yang teruk. Gejala boleh diuruskan dengan rawatan yang serupa dengan selesema biasa. Tetapi, doktor perlu menjalankan ujian khas untuk mengesahkan penyakit h1n1 dan menasihati cara melegakan simptom individu.

Apakah rawatan penyakit H1N1

Ada beberapa ubat yang boleh merawat penyakit h1n1 dengan berkesan. Dua rawatan utama adalah “adamantanes”, termasuk amantadine dan rimantadine, dan ubat yang menghalang protein “neuraminidase” dalam virus influenza, seperti Oseltamivir dan Zanamivir. Oleh kerana virus h1n1 boleh mempunyai daya ketahanan tinggi terhadap ubat-ubatan ini, mereka sering dikhaskan untuk orang yang berisiko tinggi yang mungkin mengalami komplikasi.

Majoriti pesakit Influenza h1n1 pulih sepenuhnya tanpa memerlukan rawatan perubatan. Anda tidak perlu berjumpa doktor kecuali jika berisiko untuk menngalami komplikasi perubatan selain daripada selesema.

Kaedah untuk menguruskan gejala penyakit h1n1 adalah serupa dengan selesema biasa, antaranya termasuk:

  • Banyakkan berehat. Ini akan membantu sistem imun memberi tumpuan untuk memerangi jangkitan.
  • Minum banyak air dan cecair lain untuk mengelakkan dehidrasi. Sup dan jus serta makanan yang jernih akan membantu mengisi semula nutrien yang hilang.
  • Ambil ubat tahan sakit untuk gejala seperti sakit kepala dan sakit tekak.

Vaksin telah dihasilkan untuk melindungi manusia daripada penyakit H1N1. yang diperkenalkan berikutan pandemik penyakit h1n1 pada tahun 2009 dan 2010. Status penyakit h1n1 telah berubah dari pandemik ke jenis influenza manusia bermusim. Vaksin yang khusus kini telah digantikan dengan suntikan selesema bermusim yang lebih umum.

Mereka yang berumur lebih dari 10 tahun hanya memerlukan satu suntikan vaksin. Dua suntikan vaksin disyorkan untuk kanak-kanak di bawah umur 10 tahun, dengan jarak empat minggu antara suntikan pertama dan kedua.

Orang yang mempunyai alergi telur dan kanak-kanak yang mempunyai asma yang teruk menghadapi risiko reaksi alahan terhadap vaksin ini dan harus berbincang dengan doktor sebelum pengambilan vaksin ini kerana terdapat rejimen khas untuk membantu golongan individu yang mengalami reaksi selepas menerima vaksin tersebut.

Sekiranya anda mempunyai sebarang keraguan, anda boleh mendapatkan maklumat lanjut daripada para doktor kami di laman web www.doctoroncall.com.my. Terima kasih.

References