Selsema biasanya didefinisikan sebagai jangkitan pernafasan bahagian atas (uppper respiratory tract infection) yang disebabkan oleh virus yang biasanya menjejaskan hidung tetapi ia juga boleh mempengaruhi tekak, sinus, tiub eustachian, trakea, ‘larynx’ dan tiub bronkus - tetapi bukan paru-paru.
Secara statistik, selsema adalah penyakit yang paling kerap berlaku di seluruh dunia. Selsema biasanya disebabkan oleh virus. Virus penyebab selesema yang paling biasa adalah rhinovirus. Selsema juga boleh dipanggil coryza, nasofaringitis, ‘rhinopharyngitis’, dan ‘sniffles’.