Bolehkah doktor menasihati tentang cara untuk membuang kahak(Phlegm) di tekak yang degil ini?
Anonymous
Selamat pagi, doktor. Saya seorang ahli peniaga yang berumur 45 tahun. Saya sudah berkahwin dan isteri saya seorang suri rumah. Beliau berumur 44 tahun dan kami mempunyai 3 orang anak yang masih bersekolah. Saya memiliki sebuah kedai runcit dan sentiasa sibuk menjaganya. Kadang kala ayah saya yang berumur 67 tahun akan datang membantu saya berniaga di kedai tersebut.
Sejak kebelakangan ini, ayah saya sering kali mempunyai masalah batuk yang kronik. Ianya bermula sebagai batuk biasa tetapi semakin lama semakin teruk jadinya. Batuk tersebut juga bercampur dengan kahak dan kadang kala kahak tersekat di tekak. Ini menyebabkan ayah saya mempunyai masalah sakit dada kerana batuk berterusan ini. Dia juga pernah memberitahu saya bahawa dia mendapati kahak dia bercampur dengan darah dan ianya sangat membimbangkan.
Selain itu, ayah saya merupakan seorang yang kuat merokok memang dari dahulu lagi. Walaupun telah dinasihati untuk berhenti merokok beliau mendapati perkara tersebut amatlah sukar. Apabila masalah ini berlarutan, ayah saya pun menjadi semakin lemah dan tidak dapat datang membantu saya di kedai kerana asyik batuk sahaja. Beliau juga berasa sangat tidak selesa kerana terdapat kahak tersekat di tekak. Bolehkah doktor memberitahu saya apa masalah yang dialami oleh ayah saya ini? Apakah punca berlakunya masalah ini?
Anonymous
Selamat pagi, doktor. Saya seorang ahli peniaga yang berumur 45 tahun. Saya sudah berkahwin dan isteri saya seorang... See More
Saringan Kesihatan PERCUMA
Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!
Terima kasih encik atas soalan tersebut. Berdasarkan butiran yang diberi oleh encik, saya mendapati bahawa ayah encik mempunyai masalah kahak tersekat di tekak. Masalah ini sememangnya merupakan satu masalah yang boleh menyebabkan ketidakselesaan kepada sesiapa yang mengalaminya. Pada pendapat saya, ayah encik mempunyai masalah ini kerana merupakan seorang perokok yang kronik. Hal ini akan menyebabkan masalah saluran pernafasan jika dibiarkan untuk masa yang lama. Kemungkinan besar ayah encik mempunyai masalah saluran pernafasan dan untuk mencegahnya daripada berleluasa, sistem imun badan telah menyelubungi toksin dari rokok ini dengan lendir dan sedang cuba mengeluarkannya dari badan dengan kaedah membatuk. Namun demikian, oleh kerana lendiran tersebut menjadi sangat tebal ianya terlekat pada tekak dan sukar dikeluarkan. Walaupun batuk berkali-kali, ianya melekat dengan kuat pada dinding tekak. Selain itu, akibat batuk berterusan dan kuat menyebabkan dinding tekak mengalami keradangan serta itulah yang menyebabkannya berdarah. Punca lain batuk berdarah perlu diteliti oleh doktor. Oleh itu, saya menasihati encik untuk membawa ayah encik ke hospital dengan segera supaya doktor dapat memeriksa dengan lebih lanjut keadaan ayah encik dan memberitahu jalan penyelesaian. Encik juga harus memastikan ayah encik berhenti merokok dengan serta merta kerana rokok dapat memburukkan lagi keadaan ayah encik. Hal ini janganlah dilambatkan dan haruslah dibuat dengan segera supaya tidak mendatangkan sebarang masalah yang tidak diingini. Anda juga boleh mendapatkan nasihat daripada doktor kami di laman www.doctoroncall.com.my
Terima kasih encik atas soalan tersebut. Berdasarkan butiran yang diberi oleh encik, saya mendapati bahawa ayah enc... See More
APAKAH PENYEBAB KAHAK TERSEKAT DI TEKAK?
Kahak tesekat di tekak merupakan sebuah gejala umum yang sering kali terjadi. Hal ini sememangnya akan mengakibatkan sedikit ketidak selesaan pada orang yang mengalaminya. Namun demikian, masalah ini harus dirawat pada tahap awal lagi dan tidak dibiarkan ia menjadi lebih teruk kerana bimbang akan mendatangkan masalah yang boleh menjejaskan kesihatan.
Penyebab utama masalah kahak tersekat di tekak ialah masalah alergik yang serius. Hal ini kerana apabila seseorang itu mendapat tindak balas alergik ini, ianya akan merangsangkan sel-sel tertentu dalam tubuh badan untuk mengeluarkan lendiran. Lendiran tersebut dikeluarkan dengan tujuan mengumpul segala bahan alergik ini dan mengeluarkannya dengan kaedah batuk. Namun demikian, sekiranya lendiran ini menjadi terlalu pekat ataupun dalam kuantiti yang banyak maka ianya sangat susah untuk dikeluarkan melalui batuk dan akan berada pada tekak kita dan menyebabkan rasa yang tidak selesa. Contoh yang paling ketara yang boleh diberikan ialah apabila seorang cikgu menggunakan kapur pada papan hitam untuk mengajar anak murid, cikgu tersebut berkemungkinan alergik pada kapur tersebut dan apabila habuk dari kapur masuk ke dalam tekak cikgu tersebut ianya akan mengakibatkan lendiran seperti yang dinyatakan.
Selain daripada itu, penyebab kedua masalah ini dikenali sebagai ‘post nasal drip’. Ini merupakan sebuah masalah di mana kahak akan lekat di tekak terutamanya pada waktu pagi. Hal ini kerana apabila seseorang itu mengeluarkan lendir dari hidung, lendir tersebut tidak keluar dari lubang hidung malah ianya mengalir ke belakang dan berkumpul di tekak. Ini jika berlarutan akan kekal melekat pada tekak dan menyebabkan masalah kahak tersekat ini.
Di samping itu, masalah kahak tersekat di tekak juga boleh melanda golongan masyarakat yang kuat merokok. Hal ini kerana kesan sampingan serius yang boleh diundang kepada para perokok yang berokok untuk bertahun ialah masalah saluran pernafasan serta paru-paru yang kronik. Ini akan menyebabkan penghasilan lendir untuk membantu mengeluarkan hasil toksik rokok tetapi walaupun batuk berkali-kali atau batuk sekuat mana pun, lendir tersebut sangat degil dan akan tetap melekat kepada tekak justeru memberikan rasa yang tidak selesa. Itulah sebabnya para perokok yang kita lihat sering kali dilanda masalah batuk kerana mereka mempunyai lendir yang amat degil yang melekat pada tekak.
Penyebab lain gejala kahak tersekat di tekak ini ialah jangkitan kuman bakteria mahupun virus pada saluran pernafasan. Seperti yang kita ketahui, ianya menjadi lumrah badan kita untuk mencipta benteng pertahanan terhadap benda-benda asing yang dapat menjejaskan kesihatan. Benteng pertahanan inilah sistem imun kita. Sistem imun kita akan membantu mengeluarkan bakteria dan virus ini dengan cara menghasilkan lendir untuk menyelubungi bakteria dan virus ini lalu mengeluarkannya dalam bentuk kahak semasa kita batuk. namun sekiranya kahak tersebut terlalu tebal ianya akan menjadi sukar untuk mengeluarkannya dengan cara membatuk.
APAKAH GEJALA KAHAK TERSEKAT DI TEKAK?
Gejala kahak tersekat di tekak ini harus diketahui oleh semua supaya dapat mengetahui cara menghilangkan kahak tersebut. Gejala masalah kahak tersekat di tekak ialah:
Ini merupakan gejala kahak tersekat di tekak yang harus diambil serius kerana kemungkinan besar melibatkan penyakit kronik lain yang sekiranya dikenal pasti awal boleh dirawat dan disembuh.
APAKAH RAWATAN KAHAK TERSEKAT DI TEKAK?
Rawatan bagi masalah ini bolehlah dibahagikan kepada petua yang boleh digunakan di rumah sahaja atau dengan menggunakan ubat-ubatan yang diberikan oleh para doktor.
Di samping itu, dipercayai juga kayu manis yang dicampuri sedikit madu dan dibancuh bersama air boleh membantu menghilangkan lendiran pada tekak ini. Hal ini sememangnya merupakan sebuah amalan yang sering digunakan oleh orang-orang tua pada masa dahulu lagi. Namun demikian, petua ini haruslah diamalkan tiap-tiap hari pada waktu pagi serta waktu malam sebelum tidur dan bukan sekadar sehair sahaja. Apabila menjadi amalan setiap hari, barulah kahak yang tersekat di tekak tersebut dapat dicairkan dan dikeluarkan dengan lebih mudah.
Sehubungan dengan itu, sekiranya masalah kahak ini wujud disebabkan oleh sebarang alergi, maka untuk merawatnya kita harus mencari punca berlakunya alergi tersebut dan memastikan kita tidak lagi terdedah kepada punca tersebut. Contohnya, sekiranya alergi tersebut berpunca daripada masalah karpet tebal yang berhabuk, maka ianya perlu dihindari dengan cara tidak menggunakan karpet lagi atau membasuh karpet dengan lebih kerap. Hal ini sememangnya akan membantu menghindari alergi tersebut sekali gus mencegah penghasilan kahak bertebalan yang menyebabkannya tersekat di tekak.
Seterusnya, ubat-ubatan yang diberikan oleh doktor untuk membantu mencegah masalah ini ialah ubat ‘anti histamine’ atau ‘steroids’. Kedua-dua ubat inilah yang menjadi penyelamat kepada masalah seperti ini kerana dapat mencairkan lendir tersebut justeru dapat mengeluarkannya dengan mudah dan mencegah masalah pada masa akan datang.
BILAKAH HARUS ANDA JUMPA DOKTOR?
Anda dinasihati menjumpai doktor apabila masalah ini menyebabkan berlakunya ketidakselesaan yang rumit. Contohnya, jika anda mempunyai masalah kahak tersekat ini, ianya akan mengakibatkan batuk berlebihan. Sekiranya batuk tersebut sangat teruk sehingga bercampur dengan darah atau pun menyebabkan sakit dada yang berlarutan, anda dengan segera dinasihati menjumpai seorang doktor supaya masalah ini dapat diselesaikan dengan serta merta. Selain itu, anda juga harus segera ke doktor jika mempunyai masalah sukar bernafas. Hal ini kerana ianya mungkin melibatkan sebarang masalah saluran pernafasan yang kronik.