Terlebih dahulu, doktor akan menjalankan penilaian terhadap fungsi jantung, paru-paru serta organ lain. Contohnya, doktor mengambil darah serta mengimbas struktur paru-paru dan jantung menggunakan X-ray dan mesin ultrasound.
Untuk mengurangkan gejala pesakit, doktor di hospital akan memberi:
- Oksigen melalui topeng muka
- Ubat untuk mengeluarkan cecair berlebihan dari badan melalui saluran kencing. contohnya ubat furosemide.
- Ubat tahan sakit untuk mengurangkan sesak nafas dan sakit dada
- Ubat darah tinggi sekiranya tekanan darah terlalu tinggi
Di samping itu, doktor juga akan merawat punca utama paru-paru berair tersebut. Sebagai seorang pesakit, terdapat langkah-langkah pencegahan diri dari mengalami masalah ini. Pesakit yang mempunyai risiko tinggi menghidap paru-paru berair haruslah mengikut nasihat dan arahan doktor untuk mengawal keadaan sendiri. Langkah-langkah tersebut termasuk:
- Mengurangkan pengambilan garam. Garam berlebihan akan menyebabkan pengumpulan cecair dalam badan.
- Berhenti merokok. Merokok berbahaya kepada seluruh organ badan termasuklah paru-paru dan jantung.
- Mengamalkan diet yang seimbang. Pesakit boleh mendapatkan nasihat daripada pakar pemakanan untuk mengamalkan pemakanan yang seimbang dan baik untuk fungsi jantung.
- Mengurangkan berat badan. Obesiti merupakan satu faktor yang mengakibatkan penyakit jantung. Diet yang seimbang serta sering bersukan boleh mengawal berat badan.
- Mengawal masalah darah tinggi dan kolesterol tinggi. Pesakit haruslah mengambil ubat mengikut arahan doktor demi kebaikan status kesihatan. Masalah darah tinggi boleh memudaratkan otak, mata, buah pinggang dan terutamanya jantung, manakala kolesterol tinggi boleh menyebabkan serangan sakit jantung dan kanser.
Kesimpulannya, paru-paru berair merupakan masalah kesihatan yang serius yang akan menjejaskan kualiti kehidupan seseorang. Untuk sebarang persoalan, layari laman web www.doctoroncall.com.my untuk berunding dengan doktor kami.