Karbon Monoksida- Kenali Gas Beracun Yang Dihasilkan Kenderaan Anda

Karbon Monoksida, Gas Toksik Yang Tidak Berwarna & Beracun- DoctorOnCall
Anonymous
Salam sejahtera doktor. Saya mempunyai satu persoalan yang bermain di fikiran saya semenjak seminggu yang lalu. Saya dapati banyak kes keracunan gas karbon monoksida yang dihasilkan kenderaan. Boleh saya tahu, bagaimanakah kenderaan kita menghasilkan gas ini, apakah tanda-tanda keracunan gas tersebut serta komplikasi yang boleh dialami oleh mangsa keracunan. Dalam erti kata yang lain, mohon pencerahan doktor untuk menerangkan segala maklumat penting tentang gas ini. Sekian, Terima Kasih.
Anonymous
Salam sejahtera doktor. Saya mempunyai satu persoalan yang bermain di fikiran saya semenjak seminggu yang lalu. Saya dap... See More
Saringan Kesihatan PERCUMA
Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!
Mula Saringan Kesihatan PERCUMA
Terima Kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak DoctorOnCall. Soalan yang anda ajukan sememangnya wajar ditanyakan dan saya akan cuba membantu menerangkan tentang kes keracunan gas karbon monoksida dengan lebih lanjut. Untuk makluman anda, karbon monoksida ialah sejenis gas beracun yang tidak menghasilkan bau, warna dan rasa. Walaupun ia tidak menghasilkan sebarang bau, apabila bercampur dengan gas lain, gas lain akan menghasilkan bau. Oleh sebab itu, agak sukar untuk mengetahui samada terdapat gas karbon monoksida di persekitaran anda atau sebaliknya.
Terima Kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak DoctorOnCall. Soalan yang anda ajukan sememangnya wajar ditanyakan da... See More

Mengapakah Gas Karbon Monoksida Berbahaya?

Seperti yang dinyatakan diatas, gas ini amat beracun. Apabila ia ada di sekeliling kita dengan kadar yang banyak, ia boleh mengalir bersama salur darah kita. Dalam erti kata yang lain, gas oksigen akan kalah dengan gas tersebut apabila kadar karbon monoksida tinggi di udara. Oksigen amat penting untuk menghasilkan tenaga bagi sel badan berfungsi. Maka, tiada oksigen, sel akan mati dan organ akan rosak. Jika oksigen digantikan dengan gas karbon monoksida, sel juga akan mati kerana gas tersebut tidak berupaya untuk memberi fungsi yang sama seperti oksigen. Hal ini akan menyebabkan komplikasi serius apatah lagi gas ini tidak diketahui samada ia wujud dipersekitaran kita dengan banyak atau sebaliknya. 

Apa Itu Karbon Monoksida?

Jangan dikelirukan dengan karbon dioksida atau sulfur dioksida, kerana gas ini ialah gas yang berbeza antara satu sama lain. Gas yang tidak berbau, berwarna, tidak mempunyai sebarang rasa ini dihasilkan oleh bahan gasolin seperti petrol yang digunakan kenderaan kita. Maka, sekali gus menjawab pertanyaan anda, kenderaan kita membakar petrol yang secara tidak lansung menghasilkan gas karbon monoksida. Hal akan menjadi lebih teruk apabila kita berada dipersekitaran yang tertutup. Bahan bakar seperti dapur gas juga menghasilkan gas ini. Oleh sebab itu, tingkap dan pengudaraan amat penting untuk memastikan gas ini dapat disebarkan ke luar rumah dan tidak kekal terkumpul pada kadar yang tinggi di dalam rumah. 

Apakah Tanda-tanda Keracunan Karbon Monoksida?

Kebanyakan kes maut yang melibatkan keracunan gas ini tidak menyedari mereka terdedah kepada risiko keracunan gas tersebut. Oleh sebab itu, selain daripada mengenalpasti faktor risiko keracunan gas ini, kesedaran tentang tanda-tanda keracunan amat penting untuk ditingkatkan apatah lagi, gas ini tidak boleh dilihat, dirasa dan dibau. 

Jika anda alami gejala-gejala ini, anda mungkin sedang alami kondisi ini:

  • Sakit kepala
  • Badan menjadi lemah dan lesu
  • Pening kepala
  • Mual dan Loya
  • Sesak Nafas
  • Kekeliruan
  • Mata Menjadi Kabur
  • Pengsan

Jika anda merasakan anda sedang mengalami tanda-tanda diatas, anda mungkin sedang alami keracunan gas ini. Oleh itu, anda harus mengambil langkah pantas dan segera iaitu keluar daripada kenderaan dan terus ke kawasan lapang untuk menghirup udara segar yang belum tercemar dengan gas tersebut diluar. Kemudian, dapatkan bantuan kecemasan dengan segera. Hal ini kerana, tindakan pantas anda akan mengurangkan risiko komplikasi keracunan gas ini. 

Apakah Komplikasi Keracunan Gas Ini?

Risiko komplikasi ini meningkat lebih-lebih lagi jika anda tidak sedar tentang kewujudan gas ini di persekitaran anda seperti anda sedang tidur dan sebagainya. Apabila anda lebih lama terdedah kepada gas ini, maka anda lebih berisiko mengalami komplikasi kondisi ini dengan lebih teruk lagi. Walaupun tidak boleh dilihat, kesan karbon monoksida pada badan boleh dikatakan amat merunsingkan para perawat. Antara komplikasi yang akan anda alami ialah:

  • Kerosakan organ otak secara kekal
  • Kegagalan fungsi jantung 
  • Keguguran jika anda hamil
  • Kematian kandungan 
  • Koma atau kematian

Bagaimanakah Ingin Mencegah Keracunan Gas Ini?

Memandangkan gas ini amat berbahaya, adalah penting bagi anda untuk mengamalkan langkah mudah ini agar anda tidak lagi berisiko menghadapi keracunan gas tersebut. 

  • Memasang alat pengesan gas karbon monoksida
  • Buka pintu garaj anda jika anda sedang menghidupkan enjin kenderaan
  • Gunakan peralatan gas untuk memasak yang diiktiraf
  • Gunakan peralatan memasak anda diruang yang mempunyai pengudaraan yang baik
  • Jika anda ada corong membakar dirumah, pastikan pengudaraan di dalam ruang tersebut dalam keadaan baik
  • Berhati-hati dalam menggunakan cecair yang menghasilkan gas ini

Kenal pasti juga golongan yang berisiko tinggi untuk alami gejala serius gas ini. Awasi gejala-gejala keracunan gas tersebut pada golongan berikut:

Bayi dalam kandungan amat mudah mengalami kekurangan oksigen sehingga menyebabkan keguguran atau kematian

  • Kanak-kanak

Kanak-kanak lebih kerap bernafas dengan laju berbanding orang dewasa. Maka, mereka akan menghirup udara yang dipenuhi gas dengan lebih tinggi berbanding orang dewasa. 

  • Warga emas

Mereka mempunyai risiko tinggi untuk mengalami kerosakan otak secara kekal.

Pesakit ini akan lebih berisiko mengalami kegagalan fungsi jantung

  • Mangsa keracunan yang telah pengsan

Mereka ini telah terdedah kepada gas karbon monoksida pada kadar yang tinggi dan dalam tempoh yang lama. 

Kenal pasti jika anda berada pada ruang bahaya yang boleh mengumpulkan gas ini pada tahap yang tinggi, kenal pasti jika anda adalah antara golongan yang berisiko tinggi untuk mengalami komplikasi teruk keracunan gas ini dan ketahui langkah-langkah segera serta kecemasan yang perlu anda lakukan untuk memastikan anda tidak mengalami komplikasi buruk gejala ini. 



References