Bagaimana mengenali gejala asma (Asthma) dan bolehkah ia dikawal?

Anonymous

Selamat pagi, doktor. Saya seorang suri rumah tangga berusia 28 tahun yang mempunyai seorang anak perempuan berumur 2 tahun. Dia lahir secara normal dan tidak mempunyai sebarang komplikasi semasa berlahir. Sejak sebulan yang lalu, saya perasan anak saya tidak aktif seperti dahulu. Apabila dia bermain, dia cepat berasa letih dan tercungap-cungap. Dia juga sering batuk dan mengeluarkan lendir yang berwarna kekuningan. Namun begitu, gejalanya bertambah buruk di mana dia rasa susah untuk bernafas dan terpaksa berehat lama untuk melegakan gejala ini.


Kami tinggal di persekitaran kawasan perindustrian dan sering terdedah kepada habuk. Kami juga mempunyai haiwan peliharaan anjing. Suami saya merupakan seorang perokok dan pesakit asma. Saya amat bimbang akan keadaan anak saya, doktor. Gejala yang dia alami juga mengganggu selera makan dan tidur dia. Saya tidak pasti sekiranya tanda tersebut merupakan gejala penyakit asma. Bolehkah doktor menerangkan tentang penyakit asma?

Anonymous
Selamat pagi, doktor. Saya seorang suri rumah tangga berusia 28 tahun yang mempunyai seorang anak perempuan berumur 2... See More
Saringan Kesihatan PERCUMA
Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!
Mula Saringan Kesihatan PERCUMA

Terima kasih atas soalan anda. Kemungkinan gejala yang dialami oleh anak anda merupakan tanda penyakit asma (Asthma). Hal ini demikian kerana terdapat beberapa faktor yang meningkatkan risiko anak anda mengidap penyakit asma seperti persekitaran kawasan perumahan anda, sejarah penyakit asma dalam ahli keluarga terdekat dan pendedahan anak anda kepada asap rokok serta haiwan peliharaan. Pemeriksaan rutin harus dijalankan atas anak anda untuk mengenalpasti punca penyakit asma. Gejala-gejala yang dihadapinya juga harus diperhatikan untuk menentukan rawatan yang bersesuaian.

Terima kasih atas soalan anda. Kemungkinan gejala yang dialami oleh anak anda merupakan tanda penyakit<strong> asma <... See More

Apakah itu asma?

Asma (Asthma) adalah penyakit kronik saluran pernafasan. Keradangan saluran udara menyebabkan saluran udara menjadi sempit sekali gus menyukarkan pernafasan dan mengakibatkan gejala asma termasuk batuk, bunyi berdeham semasa bernafas, sesak nafas, dan sesak dada. Sekiranya teruk, asma boleh menjejaskan aktiviti normal dan keupayaan untuk bercakap.

Proses asma

  • Apabila keradangan berpunca daripada faktor luaran dan dalaman, dinding-dinding saluran udara membengkak dan lendir berkumpul.
  • Otot saluran pernafasan mengalami kontraksi (“bronchospasm”) menyebabkan saluran udara menjadi lebih sempit dan menyukarkan pertukaran gas.
  • Oleh kerana asma menyebabkan rintangan atau halangan untuk pertukaran udara, ia juga dikenali sebagai penyakit paru-paru yang menghalang.
  • Istilah perubatan untuk keadaan paru-paru ini adalah penyakit pulmonari obstruktif kronik atau COPD (chronic obstructive pulmonary disease).
  • COPD sebenarnya adalah sekumpulan penyakit yang terdiri daripada asma, bronkitis kronik (chronic bronchitis) dan “emphysema”.
  • Anda boleh mendapat serangan asma pada bila-bila masa sekiranya anda terdedah kepada pencetus asma.
  • Berbeza dengan penyakit COPD, penyakit asma boleh menyerang dan kembali pulih seperti biasa. Asma tidak boleh sembuh sepenuhnya tetapi ia boleh dikawal.

Apakah penyebab asma?

Penyebab asma tidak diketahui. Apabila anda mengalami serangan asma, kombinasi kekejangan otot berlaku di sekitar saluran pernafasan, keradangan dan membran mukosa berlebihan yang terhasil menutup lapisan saluran pernafasan menyebabkan pernafasan lebih sukar.

Segelintir kecil pengidap dilahirkan dengan genetik untuk risiko menghidap asma sementara yang lain tidak. Persekitaran dan cara hidup anda menentukan sama ada anda akan mengalami serangan asma. Serangan asma adalah tindak balas kepada pencetus. Ia menyebabkan keradangan lapisan saluran udara kronik lalu sel yang melapisi saluran udara mengalami pengubahsuaian struktur. Perkembangan jenis sel glandular boleh menyebabkan pengeluaran lendir yang berlebihan. Lendir tersebut serta kerengsaan kepada reseptor otot di saluran pernafasan menyebabkan “bronchospasm”. Akhir sekali, proses reaksi ini menyebabkan gejala serangan asma.

Pencetus asma/”asthma trigger”
Pencetus serangan asma berbeza antara individu. Antaranya ialah:

  • Pendedahan kepada bahan tembakau, asap, parfum dan lain-lain menyebabkan kerengsaan saluran pernafasan.
  • Udara tercemar
  • Bahan penyebab alahan (alergen) seperti acuan, debu, atau dander haiwan
  • Jangkitan sistem pernafasan seperti selesema, sinusitis atau bronkitis
  • Pendedahan kepada cuaca sejuk dan kering
  • Perubahan emosi atau tekanan
  • Senaman fizikal
  • Refluks asid perut dikenali sebagai penyakit refluks gastroesophageal, atau GERD
  • “sulfites”, “additives” dan wain

Faktor risiko asma

Faktor risiko untuk perkembangan asma termasuk:

Apakah gejala asma?

Serangan asma mungkin berlaku secara tiba-tiba atau secara progresif selama beberapa hari atau jam. Gejala mungkin berlaku pada awal pagi atau pada waktu malam. Simptom yang menandakan serangan asma adalah seperti berikut:

  1. Bunyi berdeham atau “wheezing” semasa bernafas
  2. Sesak nafas
  3. Ketat dada
  4. Batuk
  5. Kesukaran bercakap
  6. Keletihan
  7. Jantung berdebar-debar
  8. Penggunaan otot aksesori untuk bernafas
  9. Kadar pernafasan berkurang

Klasifikasi asma

Garis panduan untuk penjagaan pesakit asma termasuk mengklasifikasikan tahap serius gejala asma seperti berikut:

  • “Mild intermittent”Serangan asma tidak lebih dari dua kali seminggu dan serangan waktu malam tidak lebih dari dua kali sebulan. Serangan terakhir tidak lebih daripada beberapa jam atau hari. Tahap serius semasa serangan berbeza dan tiada gejala di antara serangan.
  • “Mild persistent”: Serangan lebih daripada dua kali seminggu dan gejala waktu malam lebih daripada dua kali sebulan. Serangan boleh menjadi cukup teruk sehingga mengganggu aktiviti biasa.
  • “Moderate persistent”: Serangan harian dan gejala waktu malam lebih daripada sekali seminggu. Serangan yang kritikal berlaku sekurang-kurangnya dua kali seminggu dan mungkin berlarutan selama beberapa hari. Serangan memerlukan penggunaan ubat pada setiap hari dan menyebabkan perubahan dalam aktiviti harian.
  • “Severe persistent”: Serangan yang kerap, gejala siang hari yang berterusan dan gejala malam yang kerap. Gejala boleh mengehadkan aktiviti harian.

Apakah rawatan asma?

Jika punca serangan asma telah dikenalpasti, doktor anda juga akan memberi pelan tindakan asma untuk mengawal gejala asma anda. Pelan ini menggariskan rawatan dan ubat-ubatan anda untuk digunakan. Ubat-ubatan asma yang paling biasa digunakan adalah:

  • “Bronchodilators” yang bertindak untuk jangka masa pendek: Memberikan bantuan cepat untuk melegakan gejala yang disebabkan oleh senaman.
  • “Inhaled steroids”: terapi anti-keradangan garis pertama.
  • “Bronchokodilators” yang bertindak untuk jangka masa panjang (LABA): Boleh digunakan bersama ICS sebagai terapi kombinasi. LABA tidak boleh digunakan sebagai rawatan tunggal asma.
  • “Leukotriene modifiers”: Berfungsi sebagai agen anti-radang.
  • “Anticholinergic agents”: Membantu mengurangkan penghasilan lendir pada mukosa permukaan saluran pernafasan.
  • Rawatan anti-IgE: boleh digunakan dalam asma alahan.
  • Rawatan anti-IL5: boleh digunakan dalam asma “eosinophilic”.
  • “Theophylline”: Membantu untuk membuka saluran udara tetapi jarang digunakan dalam rawatan akibat kesan sampingan.
  • “Systemic steroids”: Lazimnya digunakan untuk merawat asma yang serius tetapi menimbulkan kesan sampingan yang tidak diingini jika digunakan secara berulang kali.
  • Banyak “monoclonal antibodies” Rawatan tambahan yang masih memerlukan kajian mendalam.
  • “Immunotherapy” atau “allergy shots”: Untuk mengurangkan kebergantungan pada ubat dalam asma alahan.

“Inhaled corticosteroids” (ICS) merupakan agen anti-radang yang paling berkesan untuk rawatan asma kronik. ICS sangat berkesan dalam mengawal serangan asma. Selain itu, kombinasi “bronchodilator” yang bertindak untuk jangka masa panjang(LABA) dan ICS lebih efektif untuk meningkatkan kawalan asma.

Ubat asma boleh diberikan melalui “inhaler” sama ada dengan atau tanpa “spacer” atau “nebulized solution”. Apabila ubat asma telah ditetapkan,pesakit asma yang baru akan diletakkan di bawah pemerhatian ahli farmasi atau doktor untuk memastikan penggunaan “inhaler” dengan teknik yang betul.

Cara mengelak asma selain ubat

  • Berhenti merokok dan pendedahan minimum kepada asap rokok.
  • Rawatan keadaan seperti “allergic rhinitis” dan penyakit refluks gastroesophageal (GERD) secara serentak dengan asma juga boleh meningkatkan kawalan asma.
  • Vaksinasi seperti vaksin influenza dan vaksinasi pneumonia boleh membantu dalam kawalan penyakit asma.

Sekiranya gejala anda bertambah buruk dan tidak dapat dikawal dengan rawatan sedia ada, anda harus berjumpa dengan doktor dengan segera untuk pengubahsuaian rawatan asma. Anda juga boleh mendapatkan nasihat daripada para doktor kami di laman web www.doctoroncall.com.my. Terima kasih.

References