Selamatkah untuk saya mengambil ubat prednisolone (Prednisolone Tablets) kerana terdapat kesan sampingan?

Anonymous
Selamat pagi, doktor. Saya seorang remaja yang berumur 26 tahun. Saya mempunyai penyakit asma dari kecil lagi. Penyakit saya ini terkawal dari kecil sehingga saya habis zaman persekolahan saya. Walaubagaimanapun, penyakit asma saya bertambah buruk setelah mula bekerja.

Walaupun saya menggunakan inhaler ketika serangan asma, gejala saya masih berterusan. Ibu saya juga mengalami penyakit asma tetapi keadaannya terkawal. Saya seorang perokok yang merokok sekurang-kurangnya 15 batang sehari. Saya pernah berjumpa dengan doktor saya dan beliau menasihatkan saya supaya mengambil ubat saya mengikut masa yang sama setiap hari dan juga menyuruh saya berhenti merokok secara beransur-ansur. Beliau juga menyarankan saya membuat senaman setiap hari sekurang-kurangnya untuk 30 minit sehari. Beliau telah memberi ubat prednisolone untuk mengawal gejala penyakit asma saya. Bolehkah doktor menerangkan apa itu ubat prednisolone?
Anonymous
Selamat pagi, doktor. Saya seorang remaja yang berumur 26 tahun. Saya mempunyai penyakit asma dari kecil lagi. Peny... See More
Saringan Kesihatan PERCUMA
Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!
Mula Saringan Kesihatan PERCUMA
Terima kasih untuk soalan anda. Ubat prednisolone berfungsi dengan mengurangkan keradangan dengan cara menghalang sistem imunisasi melalui pengurangan aktiviti sel limfosit dan eosinofil.
Terima kasih untuk soalan anda. Ubat prednisolone berfungsi dengan mengurangkan keradangan dengan cara menghalang sistem... See More

Apakah itu ubat prednisolone?



Prednisolone adalah ubat preskripsi steroid. Ia dijual dalam bentuk tablet dan cecair. Disebabkan ia memerlukan preskripsi, anda perlu diperiksa oleh doktor terlebih dahulu sebelum mendapatkan ubat ini.

Apakah fungsi ubat prednisolone?


Prednisolone adalah kortikosteroid sintetik. Ia mengurangkan respons sistem imunisasi terhadap pelbagai penyakit sekaligus mengurangkan gejala seperti rasa sakit, bengkak dan reaksi alahan.

Berapakah dos ubat prednisolone?


Cara pengambilan ubat dan dos ubat ini adalah berbeza mengikut jenis penyakit yang dihidapi. Berikut adalah maklumat tentang cara penggunaan prednisolone:

  • Untuk penggunaan Intra-artikular: Suntikan ke dalam sendi yang alami keradangan.

  • Oftalmik (Opthalmic)
    1. Konjungtivitis (Conjunctivitis): Diberi sebagai titisan mata bagi jangkitan mata

  • Secara oral (Tablet): Prednisolone berguna dalam pelbagai jenis penyakit misalnya
    1. Multiple sclerosis
    2. Kekejangan infantil
    3. Gangguan alergi 

4. Asma tahap sederhana dan teruk

5. Sindrom nefrotik

  • Otik atau Aural: Titisan telinga

  • Secara intravena melalui saluran darah 

  • Suntikan pada otot (intramuscular)

  • Secara topikal sebagai sapuan krim untuk permukaan kulit

  • Rektal: Melalui punggung

Apakah kesan sampingan ubat prednisolone?


Kesan sampingan daripada tablet prednisolone mungkin mengambil masa untuk kembali pulih. Antara kesan sampingan yang biasa berlaku adalah:

  • Kekeliruan

  • Kegelisahan

  • Sakit kepala

  • Rasa loya

  • Muntah

  • Penipisan kulit

  • Masalah jerawat

  • Masalah tidur

  • Peningkatan berat badan

Kesan sampingan yang memerlukan perhatian perubatan segera


Kesan sampingan serius ini harus dirujuk kepada doktor segera. Antaranya adalah:

  • Tindak balas alahan yang teruk seperti ruam kulit, bengkak pada muka, lidah atau tekak, kegatalan, kesukaran bernafas.

  • Perubahan emosi seperti kemurungan

  • Perubahan kadar penglihatan

  • Sakit mata

  • Peningkatan risiko untuk terdedah kepada jangkitan akibat penurunan daya imunisasi seperti demam, batuk, sakit tekak, sakit ketika kencing (“dysuria”).

  • Tahap gula dalam darah menjadi tinggi menyebabkan gejala seperti sering dahaga, kencing lebih kerap, mudah letih atau keliru, bengkak pergelangan kaki, kulit gatal dan lain-lain.

Bagaimana cara untuk mengambil ubat prednisolone?


  • Ubat yang diambil melalui mulut harus diambil selepas makan untuk mengelakkan sakit perut dan diambil bersama segelas air penuh (8 auns / 240 mililiter). 

  • Jadual dos harus diikuti dengan berhati-hati. Dos dan tempoh rawatan adalah berdasarkan keadaan perubatan anda dan tindak balas terhadap rawatan. 

  • Doktor anda mungkin mengarahkan anda mengambil prednisolone 1 hingga 4 kali sehari.

  • Penggunaan kalendar atau kotak pil mungkin dapat membantu memastikan pengambilan ubat dari hari ke harii. 

  • Sekiranya anda menggunakan pek dos prednisolone, ikut jadual dos di atas pakej kecuali diarahkan sebaliknya oleh doktor anda. Jangan berhenti mengambil ubat ini tanpa berunding dengan doktor anda terlebih dahulu.

  • Sekiranya anda menggunakan prednisolone untuk jangka masa yang lama atau dalam dos yang tinggi, anda mungkin mengalami gejala “withdrawal syndrome” jika ubat tiba-tiba dihentikan. Untuk mengelakkan gejala tersebut, doktor anda akan mengurangkan dos anda secara beransur-ansur. 

Simptom “steroid withdrawal"


Antara gejala penarikan yang mungkin anda alami adalah:

  • Lemah badan

  • Lesu

  • Penurunan berat badan

  • Rasa loya

  • Sakit otot

  • Sakit kepala

  • Pening kepala

  • Muntah

  • Kurang selera makan

  • Sakit sendi

Sekiranya pengambilan ubat prednisolone tidak berkesan atau mengakibatkan kesan sampingan teruk, anda haruslah berjumpa dengan doktor segera. Jika tiada sebarang kecemasan, anda juga boleh mendapatkan nasihat daripada para doktor kami di laman web www.doctoroncall.com.my. Terima kasih.


References