Tanda-Tanda Kerosakan Buah Pinggang Dijelaskan Dan Cara Merawat Ginjal Gagal
Anonymous
Salam doc. Saya wanita pertengahan 30an dan sudah berkahwin tahun lepas.Belum mempunyai anak dan pernah membuat pembedahan cyst. Saya ingin mendapatkan penjelasan,normal ke kalau terlalu kerap membuang air kecil? Secara purata, dalam sehari mesti sejam sekali nak buang air kecil.Keadaan tambah buruk kalau waktu sejuk. Nak kata banyak minum air pun tak juga.Keadaan ini membuatkan saya tidak nyenyak tidur malam. Keadaan ini juga menyukarkan saya untuk membuat perjalanan jarak jauh. Air kencing juga berbuih dan purata sejam sekali itu,kuantiti air kencing yang banyak. Saya juga kadang2 rasa kencing macam tak lawas. Baru saja buang air tapi tak lama tiba-tiba rasa nak terkencing lagi. Kuantiti air kencing sedikit jika dalam keadaan itu. Keadaan ini bermula dalam 3 4 bulan lepas. Saya tidak mengambil sebarang ubat-ubatan. Boleh ke doktor jelaskan situasi saya? Adakah saya perlu mengambil apa-apa ubat? Adakah saya mengalami simptom buah pinggang rosak?
Anonymous
Salam doc. Saya wanita pertengahan 30an dan sudah berkahwin tahun lepas.Belum mempunyai anak dan pernah membuat pembedah... See More
Saringan Kesihatan PERCUMA
Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!
Salam sejahtera. Berdasarkan keterangan anda di atas, saya memahami kebimbangan anda mengenai masalah kerap membuang air kecil sekerap setiap 1 jam sekali dan anda mendapati kencing anda berbuih dan dalam kuantiti yang banyak. Masalah dari segi pembuangan air kecil ini boleh disebabkan oleh sama ada masalah buah pinggang ataupun masalah pundi kencing. Namun ia juga boleh disebabkan oleh penyakit kronik dalaman yang boleh mengganggu sistem buah pinggang. Gejala yang anda lalu ini adalah dikenali sebagai Polyuria dan ia boleh disebabkan oleh: Minum terlalu banyak Buah pinggang rosak Jangkitan pundi kencing Diabetes mellitus atau insipidus Penggunaan ubat-ubatan Untuk menentukan diagnosis yang tepat, banyak ujian yang perlu dijalankan. Saya akan menerangkan dengan lebih lanjut dalam artikel ini tentang tanda buah pinggang rosak.
Salam sejahtera. Berdasarkan keterangan anda di atas, saya memahami kebimbangan anda mengenai masalah kerap membuang air... See More
Buah Pinggang dan Fungsinya
Buah pinggang biasanya cuma mengetahui fungsi utama buah pinggang, iaitu menapis semua bahan kumuhan dan air berlebihan dalam badan kita. Bahan kumuhan dan lebihan air ini disingkirkan dalam air kencing. Penghasilan air kencing melibatkan proses penyingkiran dan penyerapan yang sangat rumit. Proses ini sangat penting untuk mengekalkan tahap normal bahan kimia dalam badan.
Buah pinggang juga memainkan peranan lain yang penting seperti:
Mengawal kadar garam, potasium dan kandungan asid dalam badan kita.
Menghasilkan hormon yang mengawal fungsi organ atau sistem badan lain. Sebagai contoh, hormon yang mengawal penghasilan sel darah merah, tekanan darah dan metabolisme kalsium.
Menyingkirkan sisa metabolisme dadah atau ubat
Menghasilkan Vitamin D dalam bentuk aktif yang mendorong pembentukan tulang yang sihat
Bacaan buah pinggang normal seperti tahap kreatinin 0.6-1.1 mg/dL untuk wanita dan 0.7-1.3 mg/dL, eGFR lebih daripada 90 mL/min/1.73 m2 albumin 0-8 mg/dL, nisbah albumin ke kreatinin kurang daripada 30 mg/g dan urea nitrogen dalam darah (BUN) sebanyak 7-20 mg/dL.
Punca Buah Pinggang Rosak
Sebelum membincangkan simptom buah pinggang rosak, anda harus mengetahui punca yang boleh menyebabkan buah pinggang rosak.
Penyakit kencing manis
Penyakit darah tinggi
Penyakit genetik seperti polycystic kidney disease
Penyakit autoimun seperti systemic lupus erythematosus, IgA nephropathy.
Batu karang
Glomerulonephritis
Mana-mana keadaan yang menyebabkan aliran darah ke buah pinggang tersekat atau kurang
Tanda Buah Pinggang Rosak
Merujuk kepada fungsi buah pinggang yang telah dinyatakan di atas, kerosakan buah pinggang akan menyebabkan tugas-tugasnya terbengkalai. Oleh itu, simptom-simptom seperti berikut akan timbul:
Air kencing berdarah- Darah dalam air kencing secara amnya bermaksud sesuatu sedang berlaku dalam sistem air kencing anda. Walaupun simptom ini tidak spesifik kepada buah pinggang rosak, kencing berdarah sememangnya salah satu tanda yang boleh timbul. Hal ini kerana, penapis dalam buah pinggang biasanya tidak akan membiarkan molekul yang besar seperti sel darah merah dikeluarkan dalam air kencing. Oleh itu, sekiranya buah pinggang anda rosak, fungsi penapis ini tidak akan dijalankan dengan betul.
Sering berasa letih- Ginjal kita mengeluarkan hormon erythropoetin yang menggalakkan penghasilan sel darah merah. Apabila buah pinggang rosak, produksi hormon ini terbantut lalu menyebabkan sel darah merah berkurangan. Ini menyebabkan anemia. Anemia menyebabkan kurang oksigen dan nutrien disalurkan kepada semua sel-sel kita, termasuk sel otak dan juga sel otot. Oleh itu, pesakit yang mempunyai buah pinggang rosak akan mengalami kelesuan atau keletihan.
Sesak nafas- Mekanisme sesak nafas atau kesukaran bernafas boleh disebabkan oleh dua proses. Pertama, akibat kekuranga hormon darah merah yang menyebabkan anemia. Oleh itu, paru-paru akan berusaha untuk menambahkan oksigen dalam darah dengan meningkatkan kadar pernafasan dan mempercepatkannya. Keduanya disebabkan oleh pengumpulan cecair dalam ruang paru-paru akibat terlebih air dalam badan yang tidak dikeluarkan oleh ginjal rosak.
Masalah memori atau fokus- Kekurangan sel darah merah menyebabkan perkara ini berlaku kerana sel otak kekurangan oksigen.
Kulit gatal- Fungsi ginjal untuk mengeluarkan sisa toksin dalam badan yang tidak terlaksana akan menyebabkan pengumpulan toksin yang menyebabkan kegatalan kulit.
Tangan, kaki atau muka kembang- Buah pinggang tidak dapat membuang lebihan air yang tidak diperlukan dalam badan. Oleh itu, air akan berkumpul di tempat seperti kaki dan tangan kerana daya tarikan graviti yang ke bawah.
Rasa makanan seperti logam- Simptom ini berlaku disebabkan oleh pengumpulan sisa toksin yang dinamakan urea. Urea yang terlebih dalam badan yang dipanggil uremia akan menyebabkan rasa makanan aneh dan mulut berbau. Oleh itu, selera makan mungkin berkurangan atau anda tidak akan suka makan daging.
Mual dan muntah- Uremia juga akan menyebabkan mual dan muntah. Perkara ini akan menyebabkan berat badan susut.
Kerap kencing- Anda mungkin lebih kerap kencing atau kencing lebih banyak daripada biasa. Air kencing anda mungkin berwarna terlalu jernih. Seperti yang sedia maklum, fungsi ginjal yang sangat rumit melibatkan proses pembuangan dan penyerapan semula akan terganggu. Oleh itu, lebih air kencing mungkin akan terhasil kerana tiada penapisan yang terkawal.
Air kencing berbuih- Perkara ini menandakan terdapat banyak protein dalam air kencing anda. Air kencing berbuih yang disebabkan oleh masalah buah pinggang biasanya sukar hilang apabila disiram dengan air.
Kekejangan otot- Simptom ini disebabkan oleh ketidakseimbangan elektrolit dalam badan. Ginjal kita memainkan peranan untuk memastikan tahap garam seperti potasium, sodium, kalsium dan fosforus dalam badan normal supaya fungsi otot-otot dapat berjalan dengan lancar.
Cara Merawat Buah Pinggang Rosak
Cara merawat ginjal yang gagal berfungsi bergantung kepada puncanya dan tahap kerosakanbuah pinggang. Dalang kepada masalah ini harus dibendung. Kegagalan buah pinggang tahap 5 akan memerlukan rawatan dialisis atau transplantasi buah pinggang. Oleh itu, anda haruslah mengetahuicara menjagabuah pinggang seperti elakkan punca-punca kerosakan buah pinggang, kurangkan alkohol, minum banyak air dan kurangkan air bergula.