Pada zaman sekarang, apabila bercerita mengenai air mani, ramai kaum lelaki berasa malu dan segan kerana ianya merupakan topik yang sangat sensitif dalam kalangan masyarakat kita. Namun, sekiranya perasaan malu serta segan ini berterusan ianya boleh membawa kepada masalah seksual. Hal ini kerana terdapat juga masalah yang berkaitan dengan air mani seperti air mani cair. Terdapat pelbagai punca yang boleh menyebabkan air mani cair :
- Punca utama yang mendorong kepada masalah air mani cair ialah ejakulasi yang kerap. Hal ini terjadi kerana hubungan seksual yang kerap atau pun aktiviti onani yang kerap boleh menyebabkan berlakunya keadaan air mani cair. Ini boleh berlaku kerana sistem reproduktif lelaki memerlukan sekurang-kurangnya 48 jam untuk menghasilkan sperma yang cukup matang. Oleh itu, dengan melakukan perbuatan seperti ini dengan kerap ianya akan menyebabkan air mani menjadi cair.
- Selain itu juga, punca seterusnya yang boleh menyebabkan masalah air mani cair ialah obesity atau kegemukan. Hal ini kerana kegemukan mengakibatkan golongan lelaki tersebut mempunyai jumlah sperma yang kurang. Bukan sahaja jumlah sperma akan kurang malah jumlah sperma yang berkualiti serta aktif juga akan berkurang justeru menyebabkan air mani cair dan kemungkinan besar akan membawa kepada masalah kesuburan.
- Penyebab lain yang membawa kepada isu air mani cair ialah gaya hidup yang tidak sihat. Hal ini berkaitan dengan cara seseorang menjalani rutin seharian yang tidak langsung melibatkan senaman atau pun makanan yang sihat dan berkhasiat. Tambahan pula, isu merokok serta minuman beralkohol juga menyumbang kepada gaya hidup yang tidak sihat serta boleh membawa kepada masalah air mani cair dari segi kuantiti dan kualiti sperma yang dihasilkan.
- Penyebab seterusnya yang akan mendorong kepada masalah ini ialah faktor usia. Hal ini kerana apabila seseorang lelaki itu semakin meningkat usianya ianya akan membawa kepada masalah kesihatan dan juga kekurangan tenaga.Semakin meningkat usia seseorang lelaki maka lagi susah untuk lelaki tersebut mengeluarkan air mani lebih kerap berbanding lelaki lain yang berusia muda.