Bagaimana untuk mengenalpasti simptom penyakit sifilis (Syphilis)?

Anonymous

Hello, doktor. Saya berumur 36 tahun dan bekerja sebagai pegawai eksekutif di salah sebuah syarikat penerbitan, sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak. Saya ingin bertanya mengenai penyakit sifilis.

Dalam seminggu yang lepas, saya mula mengalami gatal-gatal di bahagian dubur. Pada mulanya, saya ingat ia hanya gatal-gatal biasa yang akan sembuh dengan cepatnya. Tetapi, ia menjadi semakin teruk. Gatal-gatai itu turut disertai dengan ruam yang berwarna coklat kemerah-merahan tetapi tiada sebarang nanah atau darah. Saya cuba untuk menyapu krim gatal yang dibeli daripada farmasi tetapi ia tetap tidak sembuh. Selain itu, saya turut mengalami ruam yang sama di bahagian alat kelamin dan sekitar mulut. Gejala-gejala yang saya alami ini betul-betul merisaukan dan mengganggu kehidupan seharian saya. Tetapi, baru-baru ini, gatal itu sudah berkurangan tetapi saya mula mengalami gejala yang lain seperti demam, sakit di bahagian otot dan juga sendi. Demam yang saya alami itu, suhunya tidak terlalu tinggi dan ia akan hilang setelah mengambil Paracetamol,tetapi demam itu akan datang semula keesokan harinya.

Saya ada berjumpa dengan doktor sambil menunjukkan gambar ruam di bahagian dubur dan alat kelamin saya dan dia cuba mengenal pasti penyakit yang saya alami ini dan ada bercakap mengenai penyakit sifilis. Saya tidak sempat untuk bertanya lebih lanjut, jadi bolehkah doktor menceritakan dengan lebih lanjut mengenai penyakit sifilis? Apakah gejala-gejala atau tanda bagi penyakit ini dan apakah kesan terhadap keadaan kesihatannya pada masa akan datang?

Anonymous
Hello, doktor. Saya berumur 36 tahun dan bekerja sebagai pegawai eksekutif di salah sebuah syarikat penerbitan, sudah... See More
Saringan Kesihatan PERCUMA
Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!
Mula Saringan Kesihatan PERCUMA
Hello. Terima kasih atas soalan anda. Untuk pengetahuan anda, penyakit sifilis (Syphilis) adalah jangkitan daripada bakteria Treponema pallidum yang disebarkan melalui sentuhan kulit dengan luka sifilis pada kulit dan membran mukosa. Luka boleh berlaku pada vagina, dubur, rektum, bibir, dan mulut. Ia mungkin tersebar semasa aktiviti seks oral, dubur, atau faraj. Jarang, ia boleh merebak melalui ciuman.

Hello. Terima kasih atas soalan anda. Untuk pengetahuan anda, <strong>penyakit sifilis (Syphilis)</strong>&nbsp;adalah j... See More

Apakah itu penyakit sifilis

  • Penyakit sifilis adalah penyakit berjangkit yang tersebar terutamanya melalui aktiviti seksual, termasuklah seks oral dan dubur.
  • Kadang-kadang, penyakit ini dapat dijangkiti oleh orang lain melalui ciuman yang lama atau hubungan tubuh yang rapat. Walaupun penyakit ini merebak melalui luka, majoriti luka tersebut tidak dapat dikesan.
  • Sifilis tidak boleh berjangkit melalui tempat duduk tandas, tombol pintu, kolam renang, tab mandi, pakaian yang dikongsi, atau peralatan makanan.

Apakah penyebab penyakit sifilis

Penyakit sifilis disebabkan oleh jangkitan bakteria Treponema pallidum.

Apakah gejala penyakit sifilis

Sifilis dikategorikan kepada tiga peringkat dengan pelbagai gejala yang dikaitkan dengan setiap peringkat. Walau bagaimanapun, dalam sesetengah kes, boleh jadi tidak ada gejala selama beberapa tahun.

Peringkat-peringkat yang boleh membawa kepada jangkitan termasuklah peringkat “primary”, “secondary”, dan, kadang-kadang, fasa ”latent” yang awal. Tertiari sifilis tidak berjangkit, tetapi ia mempunyai gejala yang paling berbahaya.

Gejala pada peringkat “primary”

  • Satu atau lebih luka sifilis yang tidak menyakitkan, tidak lembut dan berbentuk bulat yang dipanggil “chancres”. Ini akan muncul kira-kira 3 minggu selepas terdedah kepada jangkitan.
  • “Chancre” akan hilang dalam masa 3 hingga 6 minggu, tetapi, tanpa rawatan, penyakit ini boleh berlanjutan ke fasa seterusnya.
Gejala pada peringkat “secondary” atau sekunder

  1. Ruam yang tidak gatal yang bermula daripada badan dan merebak ke seluruh badan, termasuk telapak tangan dan telapak kaki. Ia mungkin berwarna merah, atau coklat kemerah-merahan
  2. Luka seperti kutil di bahagian mulut, dubur dan alat kelamin
  3. Sakit otot
  4. Demam
  5. Sakit tekak
  6. Bengkak kelenjar
Gejala-gejala ini boleh sembuh dalam beberapa minggu selepas ia muncul, atau ia boleh muncul kembali beberapa kali dalam tempoh masa yang lebih lama. Apabila tidak dirawat, sifilis sekunder boleh berkembang ke peringkat yang lebih lewat atau “latent phase”.

Gejala peringkat “latent”

Fasa “latent” boleh berlanjutan selama beberapa tahun. Sepanjang masa ini, tubuh akan membiakkan penyakit sifilis tanpa sebarang gejala.

Kemudian, sifilis tertiari akan terbentuk, atau gejala mungkin tidak akan kembali. Walau bagaimanapun, bakteria T. pallidum kekal tidak aktif dalam badan, dan sentiasa ada risiko untuk penyakit ini berlaku semula. Rawatan masih disyorkan, walaupun gejala tidak muncul.

Sifilis tertiari atau lewat

Ia boleh berlaku 10 hingga 30 tahun selepas bermulanya jangkitan, biasanya selepas tempoh “latency”, di mana pada ketika itu tidak ada sebarang gejala.

Gejala termasuklah:

  1. Kerosakan pada jantung, saluran darah, hati, tulang, dan sendi
  2. Gusi, atau bengkaknya tisu lembut yang berlaku mana-mana di badan
Kerosakan organ bermakna bahawa sifilis tertiary boleh membawa maut.

Neurosifilis

Ia adalah keadaan di mana bakteria telah merebak ke sistem saraf. Ia sering dikaitkan dengan sifilis “latent” dan tertiai, tetapi ia boleh muncul pada bila-bila masa selepas peringkat “primary”. Ia mungkin tidak menimbulkan sebarang gejala untuk masa yang lama, atau gejala boleh muncul secara beransur-ansur.

Gejala yang ada termasuklah:

  • Demensia atau status mental yang berubah-ubah
  • Cara berjalan yang tidak normal
  • Kebas di bahagian kaki
  • Masalah untuk memberikan tumpuan
  • Kekeliruan
  • Sakit kepala atau sawan
  • Masalah penglihatan atau kehilangan penglihatan
  • Lemah badan
Sifilis kongenital

Ia adalah penyakit yang teruk dan boleh mengancam nyawa. Jangkitan boleh merebak daripada ibu kepada janin melalui plasenta, dan juga semasa proses kelahiran.

Gejala pada bayi baru lahir termasuklah:

  • "Saddle nose”, di mana jambatan hidung telah hilang
  • Demam
  • Kesukaran untuk meningkatkan berat badan
  • Ruam di alat kelamin, dubur, dan mulut
  • Lepuh kecil di bahagian tangan dan kaki yang berubah menjadi ruam berwarna coklat dan merebak ke muka, yang boleh jadi bergelembung atau rata
  • Hidung berair

Kanak-kanak yang lebih tua mungkin mengalami:

  • Gigi “Hutchinson”, atau gigi yang tidak normal dan berbentuk seperti penyepit
  • Sakit tulang
  • Kehilangan penglihatan
  • Hilang pendengaran
  • Bengkak sendi
  • “Saber shins”, masalah tulang di bahagian kaki
  • Parut di sekitar kulit alat kelamin, dubur, dan mulut
  • Tompok kelabu di sekeliling vagina dan dubur

Apakah rawatan penyakit sifilis

Sifilis boleh dirawat dengan baik pada peringkat awal.

  • Rawatan awal dengan penisilin adalah penting, kerana pendedahan dalam jangka masa yang panjang terhadap penyakit ini boleh menyebabkan akibat yang mengancam nyawa.
  • Semasa peringkat “primary”, sekunder, atau lewat, pesakit akan menerima suntikan intramuskular Benzathine penicillin G. Strategi rawatan akan bergantung kepada gejala dan bila orang itu terdedah kepada penyakit sifilis.
  • Sifilis tertiari memerlukan suntikan beberapa kali pada setiap minggu.
  • Neurosifilis memerlukan penisilin intravena setiap 4 jam selama 2 minggu untuk menghapuskan bakteria dalam darah daripada sistem saraf pusat (CNS).
  • Selepas bersalin, bayi yang baru lahir yang terdedah kepada sifilis dalam rahim harus menjalani rawatan antibiotik.
Menyembuhkan jangkitan akan menghalang kerosakan yang lebih teruk terhadap badan, dan aktiviti seksual yang selamat boleh dilakukan, tetapi ia tidak boleh memulihkan apa-apa kerosakan yang telah berlaku.

Menggigil, demam, dan sakit kepala mungkin berlaku pada hari pertama rawatan. Ini dipanggil sebagai reaksi “Jarisch-Herxheimer”. Ia tidak menunjukkan bahawa rawatan harus dihentikan.

Jika terdapat apa-apa kemusykilan, sila rujuk nasihat doktor yang boleh dijumpai di klinik atau hospital. Jika ia bukan kecemasan, anda juga boleh mendapatkan nasihat daripada doktor di laman web www.doctoroncall.com.my.

Terima kasih.

References