Terdapat empat ciri ciri penyakit sipilis yang utama:
- Sifilis Primer (Primary Syphilis)
Sifili primer ini berlaku apabila seseorang individu yang sihat melakukan hubungan seksual dengan individu yang mempunyai penyakit sifilis. Jangkitan berlaku apabila kawasan jangkitan disentuh secara terus melalui kulit atau lapisan mukus alat kelamin.
Ciri-ciri penyakit sipilis primer adalah sebuah ketulan yang dikenali sebagai ‘chancre’ akan tumbuh dalam masa 3 hingga 90 hari (21 hari secara purata) selepas pesakit terdedah dengan sentuhan pertama dengan penyakit. Ketulan tersebut hanya seketul, keras, tidak menyakitkan, tidak gatal dan berbentuk seperti kawah luka. Ketulan tersebut membesar sedikit demi sedikit sehingga menjadi luka ulser. Kebiasaannya, ia hanya sebuah dalam 40% kes, tetapi boleh menjadi banyak jika penyakit tersebut didatangi bersama HIV. 2 hingga 7% kes belaku luar daripada kawasan kemaluan, 30% kes pula ketulan tersebut berasa sakit.
Ia biasanya dijumpai berlaku pada kawasan serviks wanita (44%), kawasan zakar pada lelaki heteroseksual (99%) dan kawasan punggung dalam lelaki yang berhubungan songsang (34%). Pembesaran nod limfa kerap berlaku (80%) dalam kawasan jangkitan dan terbentuk pada sekitar 7 hingga 10 hari selepas bermulanya jangkitan. Ketulan tersebut kekal selama 3 hingga 6 minggu jika tiada sebarang tindakan rawatan diambil.
- Sifilis Sekunder (Secondary Syphilis)
Sifilis sekunder berlaku lebih kurang 4 hingga 10 minggu selepas berlakunya sifilis primer. Ia melibatkan kulit, lapisan mukus dan nod limfa. Simptom berbentuk ketulan-ketulan pelbagai saiz yang timbul merata-rata di atas kulit. Ketulan-ketulan bersaiz seragam, berwarna merah jambu, tidak gatal-gatal dan juga merebak pada telapak tangan dan kaki. Ketulan-ketulan ini mengandungi kadar kandungan bakteria yang tinggi dan sangat mudah menyebarkan jangkitan. Simptom-simptom lain termasuklah demam, sakit tekak, kehilangan berat badan, keguguran rambut dan sakit kepala Gejala sifilis sekunder biasanya akan surut dalam masa 3 hingga 6 minggu selepas bermulanya jangkitan. Seramai 25% pesakit akan mengalami semula sifilis sekunder.
- Sifilis Berpanjangan (Latent Syphilis)
Sifilis berpanjangan ialah jangkitan sifilis yang mempunyai bukti serologi yang menunjukkan seseorang itu berjangkit dengan sifilis tetapi tidak menunjukkan sebarang gejala sepanjang jangkitan. Sifilis berpanjangan terbahagi kepada dua jenis. Sipilis berpanjangan awal dan sifilis berpanjangan akhir. Sifilis berpanjangan awal biasanya menunjukkan gejala yang muncul semula manakala sipilis berpanjangan akhir pula sebaliknya dan tidaklah semudah sifilis berpanjangan awal dalam menyebarkan jangkitan.
- Sifilis Tertiari (Tertiary Syphilis)
Sifilis tertiari pula berlaku selepas 3 hingga 5 tahun setelah seseorang itu berjangkit dengan sifilis. Ciri-ciri penyakit sipilis mempunyai 3 bentuk utama iaitu:
- 'Neurosyphilis' Ia merujuk kepada jangkitan sifilis yang melibatkan sistem saraf terutamanya saraf tunjang. Ia mungkin berlaku pada peringkat awal jangkitan samada menunjukkan simptom seperti meningitis, kekebasan atau kelumpuhan dan ‘tabes dorsalis’. Biasanya berlaku dalam masa 4 hingga 25 tahun selepas jangkitan pertama.
- Sifilis kardiovaskular Biasanya berlaku setelah 10 hingga 30 tahun selepas jangkitan pertama. Jangkitan ini akan menyebabkan benjolan aneurisma berlaku pada salur darah.
- 'Gumma' Berlaku setelah setahun hingga 46 tahun selepas jangkitan pertama. Ketumbuhan ketulan-ketulan yang lembut, bulat dan mempunyai pelbagai saiz daripada kecil hingga besar. Ia boleh berkalu di mana-mana sahaja.
Seramai satu pertiga pesakit sifilis yang tidak mendapatkan rawatan akan mendapat sifilis tertiari.
- Sifilis Kongenital (Congenital Syphilis)
Gejala-gejala yang sifilis kongenital biasanya berlaku beberapa tahun selepas kelahiran bayi. Antaranya pembesaran organ hati dan limfa, ruam-ruam, demam, neurosifilis dan radang paru-paru. Jika tidak dirawat gelaja-gejala seperti hidung berbentuk pelana, ‘Higoumenakis’ sign’, kebengkokan tulang tibia dan bengkak sendi akan berlaku. Keguguran juga mungkin berlaku jika ibu yang mengandung tersebut mempunyai jangkitan sifilis ini.