Ketahui suhu badan normal (Normal Body Temperature) manusia dan bayi dan bagaimana untuk mengukur

Anonymous
Hello doktor, saya seorang ibu yang baru bersalin sebulan lepas. Ini adalah anak pertama saya. Saya tidak tahu sebarang perkara tentang bagaimana nak menjaga seorang bayi. Suami saya selalu berkerja di luar negara dan saya berseorangan di rumah menjaga anak. Saya tidak selesa mengupah orang gaji kerana saya takut dia tidak akan menjaga bayi saya dengan baik. Ibu bapa saya sudah meninggal dan ibu bapa mertua saya berada di luar negara juga. Saya membaca banyak artikel yang mengatakan bahawa kita kena memantau suhu badan bayi. Saya tidak tahu cara mengukur suhu badan. Saya juga ingin bertanya apakah risiko jika suhu badan bayi saya tidak normal? 

Apakah suhu badan yang dikatakan normal untuk bayi dan adakah ia berbeza daripada orang dewasa? Saya sudah membeli satu termometer untuk kanak - kanak tetapi saya tidak tahu jikalau ia boleh di gunakan untuk bayi? Saya bercakap dengan kawan - kawan saya dan mereka suruh saya untuk tidak risau tetapi saya tidak dapat untuk berehat kerana saya selalu risau tentang bayi saya. Bayi kakak ipar saya meninggal dunia bila ia berumur 6 bulan kerana dia dijangkiti infeksi dan ada demam. Saya selalu risau perkara yang sama akan berlaku kepada bayi saya. Tolong saya doktor.

Anonymous
<!--block-->Hello doktor, saya seorang ibu yang baru bersalin sebulan lepas. Ini adalah anak pertama saya. Saya tid... See More
Saringan Kesihatan PERCUMA
Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!
Mula Saringan Kesihatan PERCUMA
Hello puan, terima kasih kerana menggunakan perkhidmatan kami. Saya akan jelaskan semua keraguan puan. Ia adalah benar yang kita perlu memantau suhu badan bayi dan kanak - kanak tetapi caranya adalah mudah dan puan tidak perlu risau. Kita boleh mengukur suhu badan di mana sahaja bahagian badan bayi dan hanya perlu ketahui cara yang betul. Saya akan jelaskan dengan lebih lanjut tentang suhu badan.
Hello puan, terima kasih kerana menggunakan perkhidmatan kami. Saya akan jelaskan semua keraguan puan. Ia adalah benar y... See More

Apakah Suhu Badan?

Suhu badan adalah penting dan perlu diukur untuk kita memastikan badan kita berfungsi dengan optimum. Suhu badan dikawal oleh hypothalamus. Ia berfungsi mengawal suhu badan mengikut pelbagai faktor seperti umur, tahap kita berkerja, infeksi, dan sama ada kita tidur ataupun tidak. Tempat kita mengukur suhu badan juga boleh mengubah nilainya. Jika suhu tinggi, otak kita akan menghantar impuls ke hypothalamus untuk mengurangkan suhu badan dengan mengeluarkan peluh. Jika suhu badan kita rendah, badan kita akan membakar lemak bagi mengeluarkan haba untuk memanaskan badan kita. Anda boleh berbincang dengan doktor untuk ketahui lebih mengenai suhu badan.

Cara Mengukur Suhu Badan

Terdapat banyak cara kita boleh mengukur suhu badan samada bagi orang dewasa mahupun bayi. Tempat - tempat yang sesuai untuk kita mengukur suhu badan adalah :
  • Di dalam mulut ( suhu mulut )
  • Di dalam rektum ( suhu rektum )
  • Di dalam telinga
  • Di bawah ketiak ( suhu axillary )
  • Di dalam hidung
  • Pada kulit dahi di atas arteri temporal ( suhu kulit )
Suhu rektum lebih tinggi dari suhu mulut dan suhu ketiak. Kita boleh mengetahui suhu badan yang normal mengikut tempat kita mengukur suhu tersebut.
  • Suhu mulut diukur dengan termometer yang diletakkan di bawah lidah dan bibir ditutup di sekitar alat itu. Pesakit tidak sepatutnya merokok atau mengunyah makanan atau minum. Tiga minit adalah masa yang biasa digunakan untuk mengukur suhu yang tepat, tetapi adalah lebih baik untuk menunggu sekurang-kurangnya 5 minit. Sekiranya bacaan tidak normal, termometer perlu diganti selang 1 minit sehingga bacaannya stabil.
  • Termometer rektum digunakan untuk kanak-kanak dan pesakit yang tidak boleh bekerjasama sepenuhnya. Suhu rektum diukur dengan termometer kaca tumpul yang dilincirkan serta dimasukkan 4 hingga 5 cm ke dalam kanal dubur pada sudut 20 ° Bacaan ini diambil selama 3 minit untuk mendapatkan bacaan yang tepat.
  • Cara mengukur suhu di ketiak pula dengan memegang bayi dengan selesa di lutut anda dan letakkan termometer di ketiak mereka biasanya dalam 15 saat.Bacaan pada termometer akan menunjukkan suhu bayi anda.
Jika anda ada mempunyai sebarang keraguan lain dan ingin ketahui dengan lebih lanjut mengenai cara mengukur suhu badan, anda boleh bercakap dengan doktor kami.

Bagaimana Saya Boleh Memastikan Bacaan Suhu Badan Adalah Tepat?

Untuk memastikan bacaan suhu badan yang tepat, anda perlu memastikan bayi anda tidak berada dalam keadaan ini kerana ia boleh mengubah ukuran suhu badan.
  • dibungkus dengan ketat dalam selimut
  • di dalam bilik yang sangat panas
  • sangat aktif
  • memakai banyak pakaian
  • sedang mandi/ atau baru habis mandi
Jika bayi anda berada dalam keadaan - keadaan tersebut anda perlu keringkan badan bayi anda dan mengukur suhu badan mereka selepas beberapa minit.

Apakah Risiko Suhu Badan Tidak Normal

Jika suhu badan lebih tinggi daripada normal ia dipanggil hiperthermia. Hiperthermia mempunyai beberapa tahap.
 
Tahap pertama adalah tekanan haba (Heat Stress):

  • Ini disebabkan badan ada tidak dapat mengurangkan suhunya dengan berpeluh.
  • Simptomnya ialah pening, lemah, loya, sakit kepala dan dahaga.
  • Anda boleh mengurangkan suhu badan dengan berehat di kawasan kurang panas dan meminum banyak air
Tahap kedua adalah heat fatigue:
  • Jika anda berkerja di bawah terik sehingga anda mempunyai simptom - simptom yang disebut diatas serta anda tidak dapat menumpukan perhatian kepada kerja berkurang kemungkinan besar anda menghidap ‘heat fatigue’
  • Untuk mengurangkan suhu badan anda, anda boleh melakukan cara yang sama seperti tekanan haba
Tahap ketiga adalah pening(Heat Syncope):
  • Anda akan merasa pening dan tidak dapat berdiri, ini adalah kerana badan anda sudah hilang terlalu banyak air.
  • Anda perlu berehat, angkat kaki anda dan juga minum banyak air.
Tahap keempat adalah keletihan haba (Heat Exhaustion):
  • Ini adalah keadaan yang lebih serius dan anda perlu berjumpa dengan doktor
  • Untuk kanak - kanak dan bayi anda tidak boleh membezakan tahap - tahap tersebut kerana mereka tidak dapat memberitahu simptom kepada anda. Oleh yang demikian, jika anda mendapati suhu badan bayi anda adalah tidak normal dan jika bayi anda berpeluh, segera bawa bayi anda untuk berjumpa dengan doktor.
  • Jika suhu badan kurang daripada tahap yang normal anda juga perlu membawa bayi anda berjumpa dengan doktor kerana ia juga adalah simptom masalah kesihatan bayi

Cara Mengurangkan Suhu Badan Bayi Dari Rumah

  • Anda boleh mengurangkan suhu badan anak anda dengan melapkan badannya dengan tuala basah yang panas. 
  • Anda juga boleh memakaikan bayi anda dengan pakaian yang nipis kerana ada kemungkinan besar bayi anda terlalu panas
  • Anda juga boleh memberi lebih susu kepada bayi supaya dia tidak dahaga.
Anda juga boleh melakukan semua ini semasa dalam perjalanan ke doktor

Bilakah Anda Perlu Membawa Bayi Berjumpa Dengan Doktor

  • Jika bayi anda berusia di bawah 3 bulan dan mempunyai suhu 38 darjah celcius atau lebih tinggi, bawa jumpa dengan doktor segera. Bayi perlu diperiksa untuk jangkitan atau penyakit yang serius.
  • Jika bayi anda berumur 3 bulan ke atas, perkara yang paling penting adalah bagaimana dia kelihatan dan perangainya. Jika dia kelihatan sihat dan tiada masalah untuk makan dan minum, anda tidak perlu membawanya berjumpa doktor kecuali jika bayi anda demam berterusan selama lebih dari 24 jam.
  • Saya juga mencadangakan memanggil doktor jika bayi berusia antara 3 bulan dan 6 bulan dan mempunyai demam 38.3 darjah C atau lebih tinggi, atau lebih tua dari 6 bulan dan mempunyai suhu 39.4 darjah C atau lebih tinggi - dan mempunyai simptom seperti kehilangan selera makan, batuk, tanda-tanda sakit telinga, kekecohan yang tidak biasa atau mengantuk,muntah atau cirit-birit.
Puan juga boleh bercakap dengan doktor untuk mengetahui bilakah puan perlu membawa anak berjumpa dengan doktor.
Saya berharap penerangan yang telah diberikan boleh menyelesaikan sedikit sebanyak keraguan puan. Jika puan masih mempunyai soalan tentang masalah ini, puan boleh berbincang dengan lebih lanjut dengan doktor kami. www.doctoroncall.com.my.

References