Ragu-ragu untuk membeli telefon baru atau mendapatkan perlindungan kewangan? Dapatkan sahaja kedua-dua sekali!
Imej oleh FWD
Dapatkan perlindungan dengan mudah dan boleh dipercayai, eksklusif untuk ahli KWSP. Mudah diakses melalui aplikasi KWSP i-Akaun, FWD Takaful menawarkan 2 pelan perlindungan mampu milik yang boleh dibayar menggunakan baki akaun KWSP anda!
Bila bercakap tentang perlindungan kewangan, kita semua tahu ia adalah aspek penting dalam kehidupan kita. Namun begitu, kebanyakan rakyat Malaysia masih tidak mempunyai perlindungan kewangan, dengan kos menjadi faktor utama yang dipertimbangkan. Bagi kebanyakan orang, mendapatkan pelan perlindungan kewangan bermaksud ia akan mengurangkan pendapatan boleh guna bulanan, menyebabkan kita kekurangan wang untuk dibelanjakan pada kehendak gaya hidup atau untuk perbelanjaan yang tidak dijangka. Akibatnya, kita seringkali dilema untuk memilih antara pelaburan dalam pelan perlindungan kewangan atau mempunyai wang tunai tambahan dalam tangan.
Hakikatnya, mempunyai pendapatan yang boleh digunakan untuk kecemasan dan perlindungan takaful adalah sama penting. Dengan FWD i-Lindung, anda tidak perlu memilih antara kedua-duanya lagi!
Pelan FWD i-Lindung direka untuk memenuhi pelbagai keperluan, menyediakan perlindungan yang mudah, boleh dipercayai, dan mampu milik yang boleh diuruskan dengan mudah melalui aplikasi KWSP i-Akaun, dengan sumbangan yang ditolak terus daripada dana akaun KWSP anda.
Apa yang perlu anda tahu tentang pelan FWD i-Lindung?
- Pelan perlindungan komprehensif: FWD i-Lindung menyediakan satu pelan takaful bertempoh dan satu pelan penyakit kritikal yang menawarkan manfaat komprehensif yang disesuaikan untuk memenuhi pelbagai keperluan. Anda juga boleh menikmati pelepasan cukai atas sumbangan anda.
- Perlindungan yang fleksibel: Kedua-dua pelan menawarkan pelbagai pilihan perlindungan dari RM10,000 hingga RM200,000, sesuai dengan keperluan dan keutamaan peribadi anda. Anda boleh memilih untuk melindungi diri sendiri atau bersama keluarga, terhad kepada 10 orang anak, memastikan anda dan orang tersayang dilindungi dengan baik untuk masa depan.
- Permohonan pantas dan mudah: Pelan-pelan yang menjimatkan ini mudah dipohon melalui aplikasi KWSP i-Akaun tanpa memerlukan pemeriksaan perubatan. Hanya jawab soalan kesihatan yang mudah!
- Kemudahan pengurusan: Disepadukan dalam aplikasi KWSP i-Akaun, anda boleh memohon dan mengurus pelan perlindungan FWD i-Lindung anda bersama-sama dengan semua urusan lain berkaitan KWSP dalam aplikasi tersebut, membolehkan akses yang lancar.
Tinjauan lebih dekat pada 2 pelan FWD i-Lindung:
Pelan Takaful Bertempoh FWD i-Lindung Pelan perlindungan takaful bertempoh dengan manfaat liputan berganda. | Pelan Penyakit Kritikal FWD i-Lindung Perlindungan komprehensif 2-dalam-1 untuk 3 penyakit kritikal utama di Malaysia dan kematian. |
|
|
Nota:
1 Berkurangan: Ini bermaksud perlindungan anda akan ditamatkan selepas pembayaran manfaat HUPK.
2 Penyakit berjangkit termasuk - Malaria, denggi, tuberkulosis (TB), hepatitis viral, taun (kolera), demam kepialu (tifoid) dan virus ensefalitis Jepun.
3 Berkurangan: Ini bermaksud jumlah dilindungi akan berkurangan selepas pembayaran mana-mana manfaat penyakit kritikal dibuat.
Ambil langkah sekarang dan gunakan dana KWSP anda untuk melindungi masa depan orang tersayang hari ini
Imej oleh FWD
Kami faham, setiap ringgit adalah berharga dan kadangkala sukar untuk mengambil kira perbelanjaan untuk sesuatu yang tidak memberikan faedah segera. Namun, melindungi masa depan kewangan anda dengan pelan perlindungan kewangan yang mampu milik adalah sesuatu yang tidak boleh diabaikan! Mujur adanya FWD i-Lindung; anda tidak perlu lagi memilih antara keselamatan kewangan dan wang tunai tambahan.
Dapatkan ketenangan fikiran dan perlindungan yang boleh dipercayai dalam menghadapi ketidakpastian kesihatan, Pelan Takaful FWD i-Lindung yang menyediakan manfaat eksklusif untuk ahli KWSP di aplikasi KWSP i-Akaun.
Manfaat-manfaat yang dibayar di bawah produk yang layak adalah dilindungi oleh PIDM sehingga had perlindungan. Sila rujuk Brosur Sistem Perlindungan Manfaat Takaful dan Insurans PIDM atau hubungi FWD Takaful atau PIDM (layari www.pidm.gov.my).
Want tailored product and coverage recommendations?
There is a protection plan that suits every lifestyle and budget. Share your contact details to get a personalised session with FWD Takaful’s products advisors.