- Ubat dydrogesterone ini mempunyai pelbagai fungsi yang sememangnya telah dibuktikan-
- Hal ini juga telah mendatangkan pelbagai faedah yang sangat berguna kepada pihak yang mengambilnya terutamanya wanita yang mempunyai masalah dengan kitaran haid mereka.
- Bukan itu sahaja, malah kegunaannya telah berjaya menyembuhkan atau mencegah pelbagai masalah yang tidak diingini.
1. Fungsi utama ubat ini ialah untuk menyelesaikan masalah pendarahan haid yang melampau. Hal ini kerana sekiranya seseorang wanita itu mengalami masalah pendarahan yang banyak setiap kali datang haid, ini bermakna mereka mungkin mempunyai sesuatu masalah dalam rahim mereka. Ini juga jika tidak dirawat dengan segera akan menyebabkan kekurangan darah dalam badan mereka justeru mendatangkan pelbagai masalah kesihatan lain.
2. Ubat ini juga dapat membantu memastikan kitaran haid akan kembali menjadi sekata iaitu pada setiap bulan dan memastikan pendarahan bawah kawalan.
3. Segelintir wanita yang mempunyai masalah sakit melampau semasa datang haid tetapi kesakitan tersebut tidak dapat dilegakan dengan pengambilan ubat tahan sakit juga dinasihatkan untuk mengambil ubat dydrogesterone.
4. Endometriosis
- Pemberian ubat dydrogesterone juga digunakan untuk merawat penyakit yang berkaitan dengan tisu di dalam rahim yang bernama ‘Endometriosis’.
- Hal ini kerana penyakit endometriosis merupakan sebuah fenomena di mana tisu pada dinding rahim tumbuh pada struktur lain seperti ovari dan fallopian tiub. Apabila tisu ini didapati tumbuh di luar rahim maka ianya akan menyebabkan pendarahan berlaku di luar rahim setiap kali datang haid.
- Ubat dydrogesterone akan membantu memberhentikan haid dengan mencipta sebuah keadaan yang dipanggil ‘pseudo-pregnancy’ yang membawa maksud wanita tersebut tidak akan mendapat haid sepanjang proses pengambilan ubat tersebut seolah-olah mereka sedang mengandung.
- Ini dengan serta merta dapat menyelesaikan komplikasi yang berikutan masalah endometriosis.
5. Beberapa data kajian dari luar negara mengesyorkan pengambilan ubat dydrogesterone bagi golongan wanita mengandung yang mempunyai sejarah keguguran kerana ianya dipercayai membantu untuk tujuan kuatkan rahim. Waaubagaimanapun, wanita mengandung yang mengambil ubat ini haruslah memastikan ianya diambil atas arahan doktor dan bukan sembarangan kerana mungkin boleh mengundang masalah yang tidak diingini.