Darah haid yang sedikit boleh disebabkan oleh pelbagai punca dan penyebab dan ini termasuklah:
- Umur
- Berat badan dan diet
- Kehamilan
- Penyusuan susu ibu
- Kawalan kelahiran
- Tekanan emosi
- Senaman yang berlebihan
- Gangguan pemakanan
- PCOS
1) Umur
Haid anda boleh berubah-ubah mengikut dari segi tempoh masa dan juga aliran ketika anda masih remaja. Manakala, jika anda sedang menopaus, anda mungkin mengalami haid yang tidak teratur dan darah haid yang sedikit. Ini adalah akibat daripada ketidakseimbangan hormon.
2) Berat badan dan diet
Berat badan dan peratusan lemak badan boleh menjejaskan haid anda. Mempunyai berat badan yang sangat kurang boleh menyebabkan haid anda menjadi tidak teratur kerana hormon anda tidak berfungsi dengan normal. Di samping itu, kehilangan atau memperoleh berat badan yang melampau boleh haid anda tidak teratur.
3) Kehamilan
Jika anda hamil, tidak mungkin anda akan datang haid. Anda mungkin menyedari beberapa ‘spotting’ dan fikir ia adalah haid anda, tetapi ia sebenarnya mungkin pendarahan implan. Ini boleh berlaku apabila telur yang sudah disenyawakan tertanam pada lapisan rahim. Pendarahan implan biasanya berlanjutan selama dua hari atau kurang.
4) Penyusuan susu ibu
Jika anda menyusu, haid anda mungkin tidak datang dengan segera selepas anda bersalin. Hormon pengeluaran susu menghalang ovulasi dan menangguhkan haid anda daripada datang. Haid anda akan datang beberapa bulan selepas bersalin jika anda menyusu.
Anda masih boleh hamil semasa menyusu, walaupun haid anda belum datang. Ini kerana anda akan mengalami ovulasi dua minggu sebelum tempoh pertama selepas bersalin. Sekiranya anda ada melakukan hubungan seksual yang tidak dilindungi semasa menyusu dan mengalami ‘spotting’, adalah disyorkan untuk menjalani ujian kehamilan untuk mengesahkan bahawa ‘spotting’ tersebut tidak disebabkan oleh pendarahan implantasi.
5) Kawalan kelahiran
Ubat perancang juga boleh menyebabkan darah haid yang sedikit. Sesetengah kaedah kawalan kelahiran menghalang telur daripada dilepaskan ke dalam badan. Kaedah-kaedah ini datang dalam pelbagai bentuk, termasuklah:
- pil
- patch’/tampalan
- "Ring pessary" yang bentuk seperti cincin dimasukkan ke dalam faraj
- suntikan
Apabila badan anda tidak melepaskan telur, rahim tidak akan menghasilkan lapisan tebal. Ini boleh menyebabkan darah haid yang sedikit dan melangkau tempoh haid.
Anda juga mungkin mengalami haid yang tidak teratur jika anda telah mula atau berhenti mengambil pil perancang baru-baru ini.
6) Tekanan emosi
Jika anda tertekan pada hari tertentu, otak anda boleh mengubah hormon kitaran haid. Anda mungkin mengalami tempoh haid yang dilangkau atau darah haid yang sedikit. Apabila tekanan emosi sudah pulih, haid anda akan kembali normal.
7) Senaman yang berlebihan
Wanita yang sering bersenam mungkin mengalami perubahan terhadap haid mereka. Atlet boleh berada di bawah tekanan emosi, mempunyai berat badan yang kurang, dan menggunakan banyak tenaga badan. Ini boleh menyebabkan tempoh haid yang berubah-ubah.
8) Gangguan pemakanan
Anoreksia nervosa dan bulimia adalah jenis gangguan pemakanan yang boleh menyebabkan haid yang tidak teratur. Masalah ini boleh menyebabkan berat badan kurang, yang boleh mengubah hormon yang mengawal haid anda.
9) Sindrom ovari polikistik (PCOS)
Sekiranya anda mengalami haid yang tidak teratur atau berhenti menstruasi, ia boleh jadi disebabkan oleh PCOS. Penyakit ini boleh menyebabkan perubahan hormon dalam badan di mana telur telah berhenti matang. Perubahan hormon ini juga boleh:
- menjejaskan berat badan anda dan membawa kepada obesiti
- menyebabkan jerawat
- menyebabkan bulu-bulu di muka mula tumbuh
- membawa kepada ketidaksuburan atau mandul
Doktor anda boleh mendiagnosis PCOS melalui penggunaan ultrasound. Ini kerana PCOS akan menyebabkan sista terbentuk dalam ovari anda. Sekiranya anda mempunyai PCOS, doktor mungkin mencadangkan anda menurunkan berat badan dan mengambil pil kontraseptif untuk membantu haid anda kembali normal. Doktor juga akan mengesyorkan metformin (Glumetza, Riomet, Glucophage). Ubat ini biasanya diberikan untuk pesakit
diabetes jenis 2. Ia membantu mengawal tahap insulin dan boleh membantu meningkatkan ovulasi, yang boleh mengawal kitaran haid anda.