Apakah kegunaan pontalon (Mefenamic Acid) dan bahayakah kesan sampingannya?

Anonymous
Selamat pagi, doktor. Saya seorang wanita berusia 32 tahun. Saya bekerja sebagai seorang peguam dan memiliki firma guaman persendirian. Saya sudah berkahwin dan suami saya juga seorang peguam seperti saya. Beliau berumur 34 tahun. Kami mempunyai 2 orang anak yang masih bersekolah rendah.

Sejak belakangan ini saya mempunyai sakit yang teruk pada bahagian bawah perut. Sakit ini akan berlaku setiap kali saya datang haid. Hal ini menyebabkan saya tidak dapat ke kerja kerana sakit yang melampau sehingga pernah juga sekali saya hampir pengsan. Berikutan masalah ini, setiap kali saya berasa sakit saya akan tidur sahaja untuk meredakan kesakitan. Suami saya juga berasa sangat risau mengenai masalah saya ini.

Baru-baru ini rakan saya mencadangkan saya untuk mencuba sejenis ubat yang bernama Pontalon yang dijual di farmasi. Setelah membeli dan mencuba ubat ini, saya mendapati sakit saya hilang serta merta. Sejak itu, saya sentiasa menggunakan ubat ini apabila mendapat sakit haid. Bolehkah doktor menerangkan kepada saya mengenai ubat Pontalon ini dan adakah sebarang kesan sampingan yang berikutan?
Anonymous
Selamat pagi, doktor. Saya seorang wanita berusia 32 tahun. Saya bekerja sebagai seorang peguam dan memiliki firma ... See More
Saringan Kesihatan PERCUMA
Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!
Mula Saringan Kesihatan PERCUMA
Terima kasih puan atas soalan tersebut. Berdasarkan perkara yang disampaikan oleh puan, saya mendapati puan telah melakukan langkah yang baik dengan membeli ubat tersebut berdasarkan sakit haid yang dialami oleh puan. Ubat ini merupakan sejenis ubat yang memang digunakan secara meluas ketika sakit semasa datang haid. Selain itu, ubat ini juga boleh digunakan saat sakit yang timbul akibat masalah gigi atau pun masalah sendi & otot. Walau bagaimanapun, kajian mendapati bahawa ubat ini mempunyai kesan sampingan seperti sembelit, cirit-birit, pening kepala, sakit ulu hati, mengantuk dan banyak lagi. Namun puan tidak perlu risau kerana ia hanya akan berlaku kepada orang yang menggunakan ubat ini secara tidak terkawal. Demi membendung perkara yang tidak di inginkan dari awal, puan perlu peka dan segera berjumpa doktor jika terdapat masalah atau kesan sampingan yang serius. Puan juga di nasihatkan agar mengambil ubat tersebut apabila bergejala sahaja dan tidak menggunakannya sepanjang kitaran haid berlangsung. Hal ini kerana ubat ini tidak digalakkan untuk diambil lebih dari 7 hari berturut.
Terima kasih puan atas soalan tersebut. Berdasarkan perkara yang disampaikan oleh puan, saya mendapati puan telah melaku... See More

APAKAH SEBENARNYA UBAT TERSEBUT?

Ia merupakan sebuah ubat yang lazim digunakan oleh masyarakat umum. Namun ia lebih dikenali dengan nama ‘Asid Mefenamik’ atau ‘Mefenamic acid’. Ia adalah sejenis ubat yang digunakan apabila anda mengalami kesakitan. Ubat ini berasal daripada kelas ubatan yang bernama ‘Non-Steroidal Anti-Inflammatory Drugs’ atau NSAIDS.

APAKAH FUNGSI MEFENAMIC ACID?

Mefenamic acid mempunyai fungsinya yang tersendiri. Komponen kimia mefenamic acid dapat meregulasi rasa sakit dengan menurunkan kadar hormon prostaglandin pada kawasan tertentu. Hormon prostaglandin ini merupakan salah satu zat tubuh yang dapat memicu rasa sakit. 

Justeru itu, mefenamic acid merupakan sejenis ubat yang sering digunakan secara meluas untuk 

  • Masalah sakit akibat haid. Ubat ini sesuai untuk digunakan kerana mefenamic acid dapat berkerja tanpa mengganggu kitaran haid seseorang wanita. Ubat ini hanya terfokus kepada gejala sakit seseorang sehingga para wanita tidak perlu bimbang ia akan menyebabkan kitaran haid yang tidak sekata.
  • Masalah sakit sendi dan otot. Hal ini kerana berdasarkan statistik yang telah dikeluarkan NSAIDS golongan mefenamic acid sangat berkesan terhadap gejala sakit sendi dan otot khususnya yang dipicu oleh reaksi inflamasi. 
  • Masalah sakit gigi sakit gigi atau sebarang kesakitan selepas prosedur yang berkaitan dengan gigi. Mefenamic acid bukan sahaja dapat bertindak kepada sakit gigi, ia juga dapat mengesyorkan proses penyembuhan gigi berlaku dengan baik. 
  • Masalah sakit kepala. Mefenamic acid cendurung dapat bertindak kepada sakit kepala yang dipicu oleh gangguan menstruasi atau gejala-gejala yang terkait dengan premenstrual syndrome

APAKAH KESAN SAMPINGAN MEFENAMIC ACID?

Walaupun mefenamic acid sering digunakan orang ramai saat mengalami kesakitan, namun ia tidak boleh diberikan terlalu kerap dan ia bukanlah suatu alternatif untuk semua jenis sakit. Hal ini kerana mefenamic acid tergolong di antara ubat yang mempunyai kesan sampingan yang kuat - khususnya apabila digunakan melebihi kadar, jangka waktu dan dos yang sepatutnya. Justeru mefenamic acid hanya digunakan selagi terdapat indikasi yang memerlukannya. 

Antara kesan sampingan mefenamic acid ialah: 

  • Sakit perut 
  • Sembelit 
  • Kurang atau hilang selera makan 
  • Cirit-birit 
  • Pening kepala 
  • Mengantuk 
  • Kentut berlebihan 
  • Sakit ulu hati 
  • Loya Berasa gementar 
  • Susah tidur 
  • Mual & muntah 
  • Kabur penglihatan
  • Reaksi alergik 

 Sekiranya anda mengalami kesan sampingan di atas, sila berjumpa doktor dengan kadar segera.

APAKAH CARA PENGAMBILAN MEFENAMIC ACID?

Pengambilan ubat ini haruslah mendapatkan nasihat doktor terlebih dahulu agar ia tidak mendatangkan kesan atau masalah yang tidak diingini. Tatacara pengambilan mefenamic acid terbahagi kepada: 

  • Garis panduan umum 
    • Penggunaan mefenamic acid yang direkomendasikan untuk orang dewasa ialah tablet 500 mg bagi dos pertama, diikuti dengan tablet 250 mg setiap 6 jam berikutnya. 
    • Ia disarankan untuk diambil selepas makan. Pengambilan sebelum makan akan merangsang sel dalam perut untuk mengeluarkan asid secara berlebihan sekali gus menyebabkan kesan sampingan seperti sakit perut, loya, mual & muntah. 
  •  Sakit akibat haid 
    • Khususnya bagi penggunaan terhadap sakit akibat haid. Lazimnya ubat ini hanya berkesan selama dua hingga tiga hari pertama pengambilan mefenamic acid dan tidak lebih daripada itu. 
    • Justeru penggunaan lebih dari tiga hari tidak akan memberikan kesan malah boleh menyebabkan gangguan yang lain. Maka sekiranya sakit berlanjutan, sila berjumpa dengan doktor. 
  • Sakit sendi & otot, sakit gigi, dan sakit kepala 
    • Untuk penggunaan sakit selain yang dipicu oleh menstruasi, maksimum penggunaan mefenamic acid adalah selama tujuh hari. Hal ini untuk mencegah kesan sampingan jika diambil berpanjangan.

SIAPAKAH GOLONGAN YANG TIDAK BOLEH MENGAMBIL UBAT INI?

Ubat mefenamic acid ini walaupun sering kali digunakan secara meluas ketika sakit namun terdapat beberapa golongan yang tidak direkomendasi untuk menggunakan ubat ini kerana bimbang akan menjejaskan kesihatan atau memperparah keadaan. 

Antara golongan yang sebaiknya menghindari penggunaan mefenamic acid adalahi:

  • Golongan wanita 
    • Yang menyusukan anak bayi 
    • Mengandung melebihi 28 minggu 
  • Mereka dengan gangguan alahan 
    • Sejarah alahan kepada mefenamic acid 
    • Sejarah penyakit asma atau ruam 
  • Terdapat gangguan kesihatan 
    • Perdarahan dalam otak 
    • Kelemahan jantung 
    • Ulser dalam perut 
    • Menghidapi penyakit hati atau buah pinggang 
    • Tinggi kadar potassium dalam darah (hyperkalemia) 
  • Kondisi umum yang tidak sesuai 
    • Berumur kurang dari 18 tahun 
    • Pesakit selepas melakukan surgeri bypass 

Kesimpulannya, individu yang mengambil mefenamic acid ini haruslah mengetahui cara pengambilan dan kesan sampingannya dengan teliti terlebih dahulu sebelum memutuskan untuk menggunakannya. Sila berjumpa dengan doktor sekiranya masih terdapat kemusykilan. 

Anda juga boleh mendapatkan nasihat daripada doktor kami di laman www.doctoroncall.com.my 

References