Punca Benjolan Di Ketiak

Anonymous
Hi,doktor.saya berumur 35 tahun dan bertugas sebagai pegawai pemasaran di salah sebuah kompleks membeli belah. Saya sudah berkahwin dan mempunyai 2 orang anak. Saya ingin bertanya mengenai benjolan di ketiak. 5 hari yang lepas, ketika sedang mandi, saya menyedari yang di ketiak sebelah kanan saya mempunyai benjolan yang kecil berukuran 2 cm, berbentuk bulat dan licin permukaannya. Kawasan di sekitarnya tiada sebarang parut atau tanda-tanda inflamasi seperti bengkak atau kemerah-merahan. Benjolan ini setiap hari semakin meningkat saiznya dan kadang-kadang membuatkan saya berasa tidak selesa.

Apabila disentuh, ia tidak sakit,mempunyai suhu yang normal dan ia juga lembut apabila ditekan. Benjolan itu hanya duduk setempat dan tidak bergerak ke bahagian lain dan tiada benjolan yang dapat dilihat di ketiak sebelah kiri dan anggota badan yang lain. Saya tidak pernah mengalami benjolan seperti ini sebelum ini dan risau memikirkan adakah ia berkaitan dengan kanser ataupon tidak. Saya tidak mengalami sebarang demam atau muntah-muntah sejak benjolan ini muncul. Dalam salasilah keluarga saya, tiada yang mempunyai sejarah berkaitan dengan kanser payudara atau kanser lain.
Jadi doktor, saya ingin bertanya apakah penyebab kepada benjolan di ketiak ini dan adakah ia berkaitan dengan kanser? Perlukah saya berjumpa dengan doktor untuk membuang atau menghilangkan benjolan tersebut?
Anonymous
Hi,doktor.saya berumur 35 tahun dan bertugas sebagai pegawai pemasaran di salah sebuah kompleks membeli belah. Saya... See More
Saringan Kesihatan PERCUMA
Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!
Mula Saringan Kesihatan PERCUMA
Terima kasih atas soalan anda. Benjolan di ketiak boleh terjadi atas pelbagai sebab. Ia boleh terjadi disebabkan oleh bengkak pada sekurang-kurangnya satu kelenjar limfa di bahagian bawah lengan kanan atau kiri anda. Kelenjar-kelenjar limfa adalah kelenjar berbentuk bujur kecil yang terletak di seluruh badan. Benjolan di ketiak juga mungkin disebabkan oleh sista, jangkitan, atau kerengsaan akibat penggunaan bercukur atau deodoran. Walau bagaimanapun, ketulan ini juga boleh menunjukkan masalah kesihatan yang serius
Terima kasih atas soalan anda. Benjolan di ketiak boleh terjadi atas pelbagai sebab. Ia boleh terjadi disebabkan oleh be... See More

APAKAH PENYEBAB BENJOLAN DI KETIAK?

Terdapat banyak penyebab benjolan di ketiak. Walaupun kebanyakan benjolan di ketiak adalah tidak berbahaya, namun, benjolan di ketiak boleh disebabkan oleh masalah kesihatan yang lebih serius.

Antara sebab utama benjolan di ketiak termasuklah:

  • Fibroadenoma

  • Sista

  • Jangkitan virus atau bakteria
  • Lipoma

  • Jangkitan kulat

  • Penyakit lupus

  • Kanser payudara

  • Limfoma

  • Leukemia

Benjolan di bawah ketiak boleh berlaku kepada lelaki dan wanita dari semua peringkat umur. Walau bagaimanapun, benjolan di bawah ketiak sering membimbangkan kaum wanita kerana ia boleh menjadi petanda kepada kanser payudara. Wanita disarankan untuk melakukan sendiri pemeriksaan payudara pada setiap bulan. Pemeriksaan ini boleh dilakukan ketika mandi atau di bilik tidur untuk mengesan sebarang perubahan pada payudara seperti:

  • Perubahan pada puting payudara

  • Struktur kulit yang berubah

  • Bengkak

  • Merah

  • Bernanah

  • Benjolan pada payudara

Sekiranya terdapat salah satu perubahan yang dinyatakan haruslah dirujuk kepada doktor untuk pemeriksaan lanjut. Kebiasaannya payudara akan terkesan dengan perubahan hormon semasa kedatangan haid, oleh itu payudara akan lebih sensitif dan sakit ketika ini. Oleh itu, pemeriksaan payudara ini sebaiknya dilakukan dalam 2-3 hari selepas haid berakhir.

Kanser payudara juga boleh terjadi kepada golongan lelaki walaupun jarang berlaku. Oleh itu, seorang lelaki yang mengalami tanda-tanda atau perubahan pada bahagian dada tersebut haruslah mendapatkan pemeriksaan dan rawatan.


APAKAH RISIKO BENJOLAN DI KETIAK?

  • Penggunaan bahan kimia seperti deodoran, bahan anti-peluh dan sabun

  • Alahan terhadap vaksin

  • Kerengsaan selepas bercukur atau penggunaan “wax” atau krim yang tidak sesuai dengan kulit bagi tujuan mencabut bulu roma di ketiak

APAKAH CARA MENGHILANGKAN BENJOLAN DI KETIAK?

Kebanyakan benjolan di ketiak biasanya tidak memerlukan sebarang rawatan. Pesakit akan disarankan untuk merawatnya sendiri di rumah dan memantau benjolan tersebut. Sebarang perubahan yang membimbangkan pada benjolan tersebut perlu dimaklumkan kepada doktor untuk tindakan selanjutnya. Selain pil tahan sakit dan ubat untuk mengurangkan bengkak akan diberikan sekiranya perlu. Biasanya antibiotik akan diberikan bagi benjolan yang disebabkan jangkitan bakteria. Tuaman panas juga boleh dilakukan di rumah bagi menyurutkan bengkak.

Bagi sesetengah benjolan yang mungkin bernanah atau mengandungi cecair, prosedur pembedahan kecil dinamakan “incision and drainage” akan dilakukan untuk mengeluarkan nanah atau cecair tersebut. Pembedahan juga boleh dilakukan untuk membuang bejolan yang lemak yang dinamakan “lipoma” atau benjolan yang disebabkan “fibroadenoma”. Kedua dua jenis benjolan ini adalah tidak merbahaya, namun prosedur pembedahan ini sering dilakukan bagi tujuan kecantikan dan menghilangkan kerisauan pesakit.

Terdapat benjolan yang terjadi akibat masalah kesihatan yang lebih serius seperti kanser malignan yang telah merebak ke bahagian saluran limfa. Bagi masalah seperti ini pembedahan membuang benjolan limfa yang terlibat mungkin diperlukan. Bagi tahap kanser yang lebih serius, rawatan dengan radioterapi atau kemoterapi mungkin akan digunakan.


BILAKAH ANDA HARUS BERJUMPA DENGAN DOKTOR?

Tanda-tanda amaran yang menunjukkan benjolan ketiak berkemungkinan disebabkan oleh sesuatu masalah kesihatan yang serius adalah seperti berikut:

  • Saiz benjolan bertambah

  • Bilangan benjolan bertambah

  • Warna kulit pada bahagian benjolan berubah

  • Benjolan keras dan mempunyai bentuk tidak sekata

  • Struktur kulit pada benjolan berubah

Sekiranya seseorang mengalami gejala-gejala di atas, atau mempunyai sebarang keraguan terhadap benjolan yang dialami, haruslah berjumpa dengan doktor secepat mungkin supaya pemeriksaan lanjut dapat dijalankan.

Jika terdapat sebarang kemusykilan, sila rujuk kepada doktor di klinik atau hospital. Anda juga boleh mendapatkan nasihat daripada doktor di laman web www.doctoroncall.com.my.

Terima kasih.


References