- Fibroadenoma adalah benjolan dalam payudara yang bukan kanser. Ia sering berlaku kepada wanita di antara umur 15 ke 35 tahun.
- Fibroadenoma mungkin bersifat pejal, licin, keras dan mempunyai bentuk yang jelas. Biasanya ia tidak menyakitkan. Ketumbuhan ini mungkin bersaiz seperti guli di payudara anda dan bergerak dengan mudah di bawah kulit anda apabila diperiksa. Fibroadenomas berbeza dari segi saiz dan ia boleh membesar atau susut sendiri.
- Fibroadenoma adalah antara ketumbuhan payudara bukan kanser yang paling lazim berlaku dalam kalangan wanita muda. Rawatan mungkin termasuk pemantauan untuk mengesan perubahan saiz, biopsi untuk menilai ketumbuhan atau pembedahan untuk mengeluarkannya.
Saya risau ketumbuhan fibroadenoma di payudara (Breast Fibroadenoma) ini akan menjadi kanser.
Anonymous
Hai doktor, saya seorang wanita berumur 28 tahun dan belum berkahwin. Saya nak bertanya tentang fibroadenoma di payudara. Saya baru diberi diagnosis ini. Saya perasan terdapat ketulan dalam payudara ketika saya sedang mandi. Selepas beberapa hari, saya pergi check dengan doktor dan dipastikan bahawa saya ada fibroadenoma. Saya perhatikan selalunya ketulan itu akan membesar ketika saya datang haid sehingga ia haid saya habis. Kemudian, saiz ketulan itu akan menjadi kecil semula. Dalam keluarga saya setakat ini, belum ada sesiapa pun yang ada masalah fibroadenoma atau kanser payudara. Tetapi saya agak risau jikalau fibroadenoma ini tak hilang, adakah ia boleh menjadi kanser? Adakah ia sama seperti kanser?
Selain dari itu, saya nak tahu juga apa penyebab terjadinya fibroadenoma ini serta gejala-gejala yang saya harus perhatikan berkaitan dengannya. Adakah cara-cara yang boleh bantu menghilangkan ketulan fibroadenoma ini? Harap doktor dapat memberi penjelasan berkenaan dengan fibroadenoma.
Anonymous
Hai doktor, saya seorang wanita berumur 28 tahun dan belum berkahwin. Saya nak bertanya tentang <strong>fibroa... See More
Saringan Kesihatan PERCUMA
Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!
Mula Saringan Kesihatan PERCUMAHai, terima kasih kerana menggunakan perkhidmatan kami. Fibroadenoma di payudara (breast fibroadenoma) ini adalah sejenis tumor/ketumbuhan yang bukan kanser. Ia tidak merbahaya dan selalunya akan hilang dari masa ke semasa. Fibroadeoma ini sering berlaku pada wanita yang berumur bawah daripada 35 tahun. Sesetengah pendapat, fibroadenoma jika tidak dirawat akan berubah menjadi kanser tetapi sesetengah berpendapat ia tidak akan menjadi kanser. Ini bergantung kepada pemeriksaan dan ujian perubatan dan makmal bagi menentukan jika ia terdapat risiko untuk berubah menjadi kanser.
Hai, terima kasih kerana menggunakan perkhidmatan kami. Fibroadenoma di payudara (breast fibroadenoma) ini adalah&n... See More
Apakah itu fibroadenoma di payudara
Apakah penyebab fibroadenoma di payudara
- Penyebab fibroadenoma masih tidak diketahui. Terdapat banyak pendapat mengatakan bahawa ia mungkin berlaku kerana peningkatan sensitiviti terhadap hormon estrogen.
- Payudara terdiri dari lobules dan saluran (tiub yang membawa susu ke puting). Ini dikelilingi oleh tisu glandular berserabut dan lemak.
- Fibroadenoma berkembang dari lobule. Tisu kelenjar dan salur tumbuh di atas lobule dan membentuk benjolan yang padat.
- Fibroadenomas berlaku lebih kerap dalam lingkungan umur pembiakan. Ia boleh menjadi lebih besar semasa hamil atau dengan menggunakan terapi hormon, dan mungkin mengecut selepas menopause, apabila kadar hormon berkurang.
Jenis fibroadenoma
- Fibroadenoma kompleks. Ahli patologi mampu membuat diagnosis fibroadenoma yang kompleks selepas mengkaji tisu dari prosedur biopsi.
- Fibroadenoma Juvenile. Benjolan payudara jenis ini kerap dihidapi oleh kanak-kanak perempuan dan remaja di antara umur 10 dan 18 tahun. Fibroadenoma ini boleh membesar, tetapi kebanyakannya susut dari masa ke masa. Selebihnya mungkin akan hilang dengan sendirinya.
- Giant fibroadenomas. Ketumbuhan ini boleh menjadi lebih besar dari 2 inci (5 sentimeter). Ia mungkin perlu dikeluarkan kerana ia berpotensi menekan atau menggantikan tisu payudara yang lain.
- Tumor Phyllodes. Walaupun biasanya “benign”, beberapa tumor phyllodes boleh menjadi kanser (malignant). Doktor biasanya mengesyorkan agar ketumbuhan ini dikeluarkan.
Apakah gejala fibroadenoma di payudara
Fibroadenoma adalah benjolan payudara yang biasanya:
- Berbentuk bulat dan mempunyai dasar yang licin.
- Mudah bergerak
- Pejal atau kenyal
- Tidak menyakitkan
- Anda boleh mempunyai satu atau banyak fibroadenomas dalam satu atau kedua-dua payudara.
Apakah perbezaan antara fibroadenoma di payudara dan tumor
A) Fibroadenoma
- Fibroadenoma adalah tumor yang tidak berbahaya yang biasanya dihidapi oleh wanita berumur bawah 30 tahun.
- Tumor ini mungkin terdiri dari tisu payudara atau tisu penghubung.
- Biasanya, tumor mungkin muncul dan hilang, dan bebas bergerak dalam tisu payudara.
- Tumor ini tidak memerlukan sebarang intervensi jika tidak menyebabkan ketidakseimbangan atau gejala lain.
B) Kanser payudara
- Kanser payudara adalah penyakit berbahaya dan merupakan pembunuh nombor satu bagi wanita.
- Kanser boleh timbul dari tisu payudara atau tisu salur payu dara.
- Wanita melebihi umur 35 tahun harus memeriksa payudara mereka sendiri, kerana kanser ini biasa berlaku selepas umur 35 tahun.
- Mana-mana benjolan yang dirasai dalam payudara perlu disiasat dengan biopsi dan imbasan ultrasound payudara, atau mammogram payudara.
- Peringkat awal kanser akan dirawat dengan pembedahan, diikuti dengan terapi kemoterapi.
- Sel-sel kanser mungkin ada hubung kait dengan hormon estrogen.
- Oleh itu rawatan dengan ubat-ubatan akan menghalang reseptor estrogen(Oestrogen receptors) dan menghalang pertambahan sel-sel kanser.
- Jika kanser dikesan pada peringkat akhir, maka tidak banyak yang boleh dilakukan. Jadi, memeriksa sendiri payudara seharusnya menjadi rutin dan benjolan yang mencurigakan boleh disiasat lebih lanjut oleh doktor.
- Biasanya pemeriksaan sendiri payudara dinasihatkan agar dilakukan hanya selepas tempoh haid (biasanya pada hari ke-6).
C) Ringkasan tentang perbezaan antara fibroadenoma dan kanser payudara
- Fibro adenoma adalah tumor yang tidak berbahaya tetapi kanser payudara adalah tumor yang sangat bahaya.
- Fibroadenoma berlaku pada usia muda tetapi kanser biasanya berlaku selepas umur 35 tahun.
- Fibroadenoma adalah benjolan licin dan kedudukannya dalam tisu payudara sangat mudah beralih, sedangkan kanser payudara adalah benjolan yang keras dan terlekat pada tisu bersebelahan dan bersifat pegun.
- Fibroadenoma tidak merebak ke tisu atau organ lain, tetapi kanser payudara merebak.
- Gene BRCA terlibat dalam kanser payudara tetapi tidak dalam fibroadenoma.
Apakah rawatan untuk fibroadenoma di payudara
Jika anda mendapati terdapat benjolan pada payudara, anda perlu berjumpa dengan doktor. Mereka mungkin merujuk anda ke klinik payudara di mana anda akan diperiksa oleh doktor pakar.Dalam kebanyakan kes, anda tidak memerlukan apa-apa rawatan untuk kes fibroadenoma. Biasanya anda hanya akan diminta untuk pergi jumpa doktor atau klinik payudara anda jika ia menjadi lebih besar atau terdapat perubahan lain.Anda mungkin memerlukan pembedahan jika fibroadenoma terlalu besar atau keputusan “biopsy” tidak normal.Kebanyakan fibroadenoma mempunyai saiz yang sama. Sesetengah ketumbuhan ini akan menjadi lebih kecil dan selebihnya hilang dari masa ke masa. Sebilangan kecil fibroadenoma menjadi lebih besar, terutamanya dalam kalangan remaja perempuan. Fibroadenoma juga boleh menjadi lebih besar semasa mengandung dan menyusu atau semasa mengambil terapi penggantian hormon (HRT).
Ujian untuk fibroadenoma
Di klinik payudara anda akan menjalani pelbagai prosedur yang dikenali sebagai 'penilaian tiga serangkai', untuk membantu membuat diagnosis yang tepat. Penilaian ini terdiri dari:pemeriksaan payudaraimbasan ultrasound (menggunakan gelombang bunyi frekuensi tinggi untuk menghasilkan imej) dan / atau mammogram (x-ray payudara)biopsi teras dan / atau aspirasi jarum halus (FNAC)Fibroadenoma lebih mudah dikenal pasti dalam kalangan wanita muda. Jika anda berusia 20-an dan kebawah, fibroadenoma anda mungkin boleh didiagnos dengan pemeriksaan payudara dan ultrasound sahaja. Walau bagaimanapun, jika terdapat ketidakpastian tentang diagnosis, biopsi teras atau FNAC akan dilakukan.Sekiranya anda berusia di bawah 40 tahun, anda mungkin menjalani imbasan ultrasound dan bukannya mamogram. Tisu payudara wanita muda adalah lebih padat yang mengakibatkan imej x-ray kurang jelas. Walau bagaimanapun, bagi sesetengah wanita di bawah 40, mamogram masih diperlukan untuk melengkapkan penilaian.
Bilakah harus anda jumpa doktor
Buat temu janji dengan doktor anda jika:
- Anda mengesan benjolan baru pada payudara
- Anda mengesan perubahan lain pada payudara anda
Kesimpulannya, jika anda mempunyai apa-apa ketumbuhan pada payudara, sila berjumpa doktor untuk diperiksa dengan lebih lanjut.
Kesimpulannya, jika anda mempunyai apa-apa ketumbuhan di payudara, sila berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut. Anda juga boleh bertanya di www.doctoroncall.com.my.
References