Sakit payudara sebelah kiri boleh diakibatkan oleh beberapa penyebab. Penyebabnya tidak selalunya bergantung kepada payudara sahaja. Hal ini kerana terdapat juga struktur lain selain payudara pada sebelah kiri dada seperti jantung, otot pada bahagian dada dan tulang rusuk. Manakala bawah daripada payudara kiri mempunyai limpah. Kesemua struktur ini juga boleh mendatangkan sakit yang kemungkinan disalah anggap oleh pesakit sebagai sakit yang datang dari payudara.
- Penyebab utama sakit payudara sebelah kiri kerana kemungkinan payudara anda telah kena jangkitan kuman. Hal ini akan berlaku apabila saluran susu dalam payudara menjadi tersumbat lalu mengakibatkan sebuah penyakit payudara yang bernama ‘Ductal Ectasia’. Masalah ini sekiranya tidak dibawa ke perhatian doktor akan menyebabkan pesakit mengalami sakit yang tidak boleh ditahan berikutan demam.
- Selain itu, penyebab lain sakit payudara sebelah kiri ialah sekiranya bahagian puting payudara tersebut mengalami jangkitan kuman. Kemungkinan besar hal ini akan mengakibatkan nanah keluar dari putting payudara tersebut yang berwarna kuning, hijau, atau cecair jernih. Pesakit haruslah segera ke hospital untuk mendapat rawatan dan antibiotik yang bersesuaian untuk meredakan jangkitan kuman tersebut.
- Di samping itu, penyebab lain sakit payudara sebelah kiri ialah sekiranya anda mempunyai barah payudara. Hai ini akan menyebabkan payu dara tersebut mempunyai ketulan kecil. Pada mulanya, ketulan tersebut kecil sahaja dan dalam beberapa minggu sahaja ia boleh membesar dengan cepat. Ini bermaksud barah tersebut sangatlah serius dan dengan segera ketulan tersebut haruslah dikeluarkan.
- Terdapat juga punca lain yang boleh mengkibatkan sakit payudara sebelah kiri yang melibatkan struktur lain. Salah satunya yang utama ialah sakit jantung. Hal ini kerana jantung terletak dibelakang payudara sebelah kiri sahaja. Jadi, sekiranya seseorang itu mempunyai sakit jantung maka mereka boleh juga keliru dengan sakit payudara sebelah kiri.
- Sehubungan dengan itu, punca lain sakit payudara sebelah kiri adalah seperti tulang rusuk bahagian kiri yang patah. Hal ini kerana tulang rusuk berada di belakang payudara sebelah kiri. Sekiranya seseorang itu terlibat dalam kemalangan sehingga mengakibatkan tulang rusuknya patah maka ianya akan mengundang sakit kepada pesakit tersebut yang mungkin boleh dikelirukan dengan sakit payudara sebelah kiri.
- Seterusnya, pemakaian bra yang sesuai dengan saiz payudara juga memainkan peranan penting dalam hal ini. Ini disebabkan sekiranya bra yang dipakai kecil daripada saiz payudara maka ianya akan mengakibatkan sakit dan ketidakselesaan kepada pemakai.
- Selain itu, bra yang dikeluarkan sekarang kebanyakannya mempunyai besi untuk memegang payudara dengan lebih kukuh. Jadi, sekiranya saiz bra kecil maka besi yang terdapat dalam bra tersebut akan mencangkum payudara dengan lebih ketat lalu mengakibatkan sakit pada pemakai.
- Tambahan pula, seseorang wanita boleh mendapat sakit payudara sebelah kiri apabila berlaku ketidakseimbangan hormon dalam badan. Hal ini boleh berlaku apabila wanita tersebut datang haid, mengandung, mengambil pil perancang atau terapi pembaik pulih hormon. Kesemua sebab ini boleh mengakibatkan sakit payudara kiri, kanan atau kedua-duanya.