4 Punca Keputihan, Jenis Serta Kaedah Sahih Untuk Mencegah Masalah Ini

Penyakit Keputihan: Ketahui Punca Yang Mengundang Perkara Ini - DoctorOnCall
Anonymous
Salam sejahtera, saya remaja berusia 17 tahun dan baru sahaja menamatkan pengajian sekolah menengah. Sejak beberapa hari ini, saya mula perasan akan cecair berwarna putih yang keluar dari kemaluan saya. Pada awalnya, saya tidak mengendahkan kehadiran cecair tersebut kerana tidak merasa sakit atau apa-pa gejala yang menganggu kehidupan seharian saya. Namun pada hari ini, keputihan berlaku lagi dan disusuli dengan bau busuk yang tidak menyenangkan. Saya segan untuk berjumpa dengan doktor dan juga memberitahu perkara ini kepada ibu saya. Saya harap doktor dapat berkongsi tentang perkara ini sebelum saya membuat tindakan lanjut.
Anonymous
Salam sejahtera, saya remaja berusia 17 tahun dan baru sahaja menamatkan pengajian sekolah menengah. Sejak beberapa hari... See More
Saringan Kesihatan PERCUMA
Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!
Mula Saringan Kesihatan PERCUMA
Terima kasih kerana sampai ke medium sebetulnya untuk bertanyakan soalan berkenaan dengan masalah keputihan. Untuk pengetahuan anda, keputihan bukanlah satu fenomena asing bagi wanita kerana hampir 75% wanita terutamnya yang telah berumah tangga mengalami masalah. Masalah keputihan atau nama saintifiknya fluor albus boleh disebabkan oleh perubahan fisiologi normal badan dan juga berpunca daripada sakit penyakit. Oleh hal yang demikian, setiap wanita hendaklah peka akan perubahan keputihan yang berlaku keatas mereka disamping membezakan diantara keputihan normal ataupun sebaliknya. Artikel ini akan mengulas lanjut berkenaan dengan punca, gejala dan jenis keputihan.
Terima kasih kerana sampai ke medium sebetulnya untuk bertanyakan soalan berkenaan dengan masalah keputihan. Untuk penge... See More

Apakah itu Keputihan ?

Pengeluaran cecair putih merupakan kondisi yang lazim berlaku keatas wanita dan ia disebakan oleh pelbagai faktor. Secara fisiologi normal, kondisi ini dipengaruhi oleh hormon estrogen yang ada pada wanita. Hormon estrogen merupakan komponen yang merangsang penghasilan keputihan daripada faraj wanita.

Pada awal kitaran haid, lapisan keputihan kelihatan nipis dan berkuantiti sedikit. Dari segi warna, ada yang menyifatkan konsistensi warnanya seakan-akan telur putih. Semakin hari, keputihan ini akan menjadi lebih tebal dan warnanya menjadi legap sehinggalah ketika ovulasi. Keputihan yang lebih pekat dan berlendir ini juga menjadi petanda bahawa seseorang itu subur dan jika pasangan menginginkan cahaya mata, indikasi inilah yang membantu mereka.


Jalani hidup anda sebagai wanita moden dengan kekal sihat tanpa keputihan pada alat sulit

Ketahui Perbezaan Antara Keputihan Fisiologi Dan Patologik

Walaupun keputihan merupakan fenomena normal yang sering berlaku keatas wanita, namun ia juga boleh menjadi petanda kepada pelbagai penyakit. Bagi memudahkan pemahaman, keputihan boleh dicerakinkan kepada dua klasifikasi besar iaitu keputihan yang berlaku disebabkan fisiologi normal badan ataupun berpunca daripada sakit penyakit atau juga dikenali sebagai patologik.

  • Keputihan fisiologi

Keputihan fisiologi selalunya hadir pada ketika wanita itu sedang subur ataupun sebelum datang haid. Bagi keputihan normal, kelazimannya ia berwarna putih atau krim dan ada kalanya berlendir. Namun, lendir bagi keputihan fisiologi bersifat cair, tidak melekat, tidak berbau dan dalam kuantiti yang sedikit. Jika perkara yang sebaliknya berlaku, ia berkemungkinan merupakan keputihan patologik.

  • Keputihan patologik

Bertentangan dengan ciri-ciri keputihan fisiologi, keputihan patologik kebiasaannya berwarna kuning, hijau dan ada kalanya berwarna kelabu mengikut jenis patologi atau penyakit yang berlaku. Keputihan patologik berlaku pada ketika seseorang itu mengalami jangkitan atau keradangan. Ciri tambahan yang ada pada keputihan patologik ialah ia selalunya menyebabkan pesakit mengalami kegatalan pada kawasan kemaluan. Permukaan kulit pada faraj pesakit juga akan kelihatan kemerah-merahan dan berbintik. Bagi keputihan jenis ini pula, tekstur lendir yang dikeluarkan terasa melekat dan berbau. Keputihan patologik memerlukan rawatan yang terperinci kerana ia menandakan bahawa seseorang itu mengalami penyakit.

Maksud Setiap Warna Keputihan

  • Warna Putih

Seperti yang telah dibincangkan pada awal penulisan, keputihan yang berwarna putih selalunya bersifat fisiologi, namun ia juga boleh disebabkan jangkitan yis. Jika benar seseorang itu mengalami jangkitan yis, keputihan terseebut akan disusuli dengan simptom seperti gatal.

  • Keputihan disertai warna cokelat ataupun darah

Warna keputihan dan disusuli darah boleh menandakan bahawa seseorang itu sedang ataupun selepas datang haid. Jika anda mengalami simptom ini bukan ketika haid dan baru saja bersama dengan pasangan tanpa mengunakan perlindungan, berkemungkinan anda sedang mengalami pendarahan ketika hamil ataupun keguguran.

  • Warna hijau atau kuning

Keputihan seperti ini selalunya membawa maksud bahawa seseorang itu sedang mengalami jangkitan Trichomonas Vaginalis. Selain warna kehijauan, lelehan tersebut juga akan kelihatan berbuih dan pesakit akan merasa sakit ketika membuat hubungan kelamin.

  • Warna kelabu

Jangkitan bakteria Gardnerella Vaginalis pula akan menyebabkan pesakit mengalami lelehan berwarna kelabu. Lelehan ini selalunya berbau hanyir dan menyebabkan kegatalan. 

Ketahui 4 Punca Keputihan

  • Jangkitan bakteria, parasit dan yis

Seperti yang diketahui, setiap organisma akan menunjukkan simptom ataupun lelehan warna keputihan yang berbeza-beza. Jangkitan seperti Trichomonas Vaginalis, Gardnerella Vaginalis atau Candida albicans merupakan antara penyakit yang menyebabkan keputihan. Ia selalunya berlaku disebabkan oleh hubungan seks yang tidak sihat.

  • Ketidakseimbangan hormon

Rembesan hormon mempengaruhi keputihan yang berlaku kepada wanita. Jika tahap estrogen tinggi, ia akan menyebabkan kulat mudah untuk lekat pada dinding faraj dan hal inilah yang menggalakkan keputihan. Selain itu, pengambilan antibiotik dan pil perancang juga memberi kesan kepada keseimbangan hormon dalam darah. Antibiotik yang diambil dalam jangka masa yang panjang akan menyebabkan bakteria semulajadi mati dan akhirnya patogen luar akan mudah menjangkiti faraj. Pasti ramai yang terdengar bahawa stress akan memberikan impak negatif kepada kesihatan seseorang termasuklah hormon dalam badan dan hal inilah secara tidak langsung menyebabkan keputihan.

  • Gaya hidup yang tidak sihat

Gaya hidup merupakan konotasi yang sangat luas untuk dibincangkan. Bermula daripada kebersihan diri dan juga perhubungan intim. Wanita yang tidak menjaga kebersihan pada alat sulit mereka akan mudah terdedah kepada masalah keputihan patologik yakni jangkitan. Hal ini juga sama seperti hubungan seks rambang.

  • Masalah kesihatan

Pesakit kencing manis memiliki peratusan yang lebih tinggi berbanding orang biasa kerana tahap gula yang tinggi dalam badan mengalakkan pertumbuhan kulat pada permukaan faraj. Selain itu, pesakit yang memiliki tahap imuniti yang rendah seperti pesakit yang menjalani kemoterapi, AIDS, barah darah ataupun leukemia juga terdedah kepada fenomena ini.

Cara Mencegah Penyakit Keputihan

Ramai yang bertanya adakah makanan penyebab keputihan pada wanita ? Tidak kurang pula yang ining mengetahui ubat keputihan, cara mengatasi keputihan dan jamu hilangkan keputihan. Pada perenggan terakhir perbincangan ini, saya akan kongsikan kaedah yang perlu dilakukan untuk mengelakkan keputihan.

  • Sentiasa menjaga kebersihan faraj dan elakkan bahan cucian yang menganggu kestabilan pH faraj
  • Elakkan daripada melakukan seks rambang tanpa perlindungan
  • Elakkan pengambilan ubat ataupun antibiotik secara berpanjangan tanpa pengawasan doktor.
  • Sentiasa menukar tuala wanita ketika datang haid


Keputihan pada alat kelamin merisaukan anda? Dapatkan khidmat doktor pakar sakit puan secara peribadi!

References