Bagaimanakah meruang (Vaginal Douching) berfungsi dan kesan sampingannya serta teknik pengunaan ?

Anonymous

Selamat pagi, doktor. Saya seorang wanita yang berumur 28 tahun. Saya masih bujang tetapi mempunyai seorang teman lelaki. Saya tidak mempunyai apa-apa masalah kesihatan, namun saya mengalami ketidakselesaan di bahagian vagina saya sejak beberapa bulan yang lalu. Saya mengalami discaj dari faraj yang berwarna keputihan dan ada kalanya berwarna kekuningan. Ia juga mempunyai sejenis bau yang tidak menyenangkan. Akan tetapi, kitaran haid saya masih normal dan tidak terjejas. Saya telah berbincang dengan rakan sekerja saya dan dia mencadangkan saya untuk meruang dengan menggunakan produk meruang yang boleh didapati di pasaran.

Setelah mencuba produk tersebut, kerengsaan di bahagian vagina menjadi semakin teruk dan juga menyebabkan kegatalan yang teruk. Walaupun saya mengamalkan kebersihan diri termasuk mencuci bahagian vagina saya dengan cara yang betul, masalah kerengsaan vagina tidak bertambah baik. Keadaan ini mengganggu aktiviti sosial saya dan saya bimbang masalah ini akan berlarutan selepas saya berkahwin. Apakah yang harus saya lakukan, doktor?

Anonymous
Selamat pagi, doktor. Saya seorang wanita yang berumur 28 tahun. Saya masih bujang tetapi mempunyai seorang teman lel... See More
Saringan Kesihatan PERCUMA
Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!
Mula Saringan Kesihatan PERCUMA

Terima kasih atas soalan anda.  Meruang (Vaginal Douching)  selalunya tidak dinasihatkan kerana faraj wanita masing-masing mempunyai flora atau bakteria yang sihat untuk membersihkan kawasan faraj. Oleh kerana anda mengalami kerengsaan faraj dari penggunaan produk meruang, anda haruslah berjumpa doktor dengan segera untuk mengenalpasti sekiranya anda mempunyai sebarang jangkitan atau masalah kesihatan lain yang berkaitan dengan faraj anda. Anda harus berhenti menggunakan produk meruang tersebut dan mencuci faraj hanya dengan air.

Terima kasih atas soalan anda. <strong>&nbsp;Meruang (Vaginal Douching)</strong>&nbsp; selalunya tidak dinasihatkan k... See More

Apakah itu meruang

Meruang (vaginal douching)  adalah amalan mencuci faraj dengan cecair lain. Bahan yang digunakan untuk meruang faraj boleh didapati dalam bentuk campuran sedia ada, yang paling lazim melibatkan air bercampur dengan cuka, serbuk penaik, atau iodin. Bahan-bahan ini juga boleh mengandungi bahan anti-septik dan wangian. Bahan untuk meruang mudah didapati di farmasi dan pasar raya.

Apakah cara meruang

Faraj menghasilkan lendir yang bertindak sebagai agen pembersih semulajadi. Mencuci bahagian luar faraj dengan sabun dan air cukup untuk menjaga kebersihan bahagian wanita.Meruang bermula dengan mencampur air dan bahan-bahan lain yang kemudian dimasukkan ke dalam botol atau beg. Selepas itu, campuran ini disembur ke dalam faraj.



Alasan umum wanita menggunakan teknik meruang adalah termasuk:

  • Menghapuskan sebarang bau yang tidak menyenangkan
  • Mencegah kehamilan
  • Membasuh darah haid selepas haid
  • Membasuh air mani selepas hubungan seksual
  • Mengelakkan jangkitan seksual

Walau bagaimanapun, meruang sebenarnya tidak mencapai apa-apa perkara seperti yang dinyatakan.

Kesan sampingan meruang

Doktor pakar tidak mengesyorkan para wanita menggunakan produk meruang. Faraj anda boleh mengekalkan keseimbangan pH secara semula jadi malahan mempunyai bakteria atau flora faraj yang membantu menghindari jangkitan dan menghalang kerengsaan. Sekiranya anda mengurangkan jumlah bakteria yang sihat dalam faraj anda, bakteria bermasalah mungkin berkembang sekali gus menyebabkan jangkitan, kerengsaan, dan komplikasi yang lebih serius.

Sekiranya anda meruang, anda mungkin menjejaskan persekitaran semula jadi faraj anda. Anda akan menghadapi kesan sampingan yang boleh menjadi serius. Ini termasuk:

  • Masalah kehamilan
    Wanita yang meruang secara rutin lebih cenderung mengalami kelahiran awal, keguguran, dan komplikasi kehamilan yang lain. Penggunaan bahan meruang juga boleh menyebabkan kehamilan ektopik dan mungkin mempunyai masa yang sukar untuk hamil.

  • Jangkitan
    Keseimbangan bakteria yang sihat menghalang bakteria bahaya faraj daripada pertumbuhan yang berlebihan. Namun, penghapusan keseimbangan semulajadi ini boleh mengakibatkan bakteria berkembang dan menyebabkan jangkitan merbahaya seperti bacterial vaginosis”. Sesetengah wanita juga menggunakan produk meruang dengan harapan untuk menghilangkan jangkitan faraj. Tetapi sebaliknya meruang boleh menambahterukkan lagi jangkitan sedia ada. Sekiranya anda meruang ketika mempunyai jangkitan vagina, jangkitan tersebut boleh tersebar ke kawasan sekitar faraj.

  • Penyakit keradangan pelvik (PID)
    Penyakit ini adalah jangkitan yang berkembang di organ-organ reproduktif. Kebanyakan kes PID disebabkan oleh jangkitan kelamin (STI). Meruang meningkatkan risiko PID dan kesukaran untuk hamil sebagai komplikasi.

  • Jangkitan “cervicitis”
    Jangkitan ini adalah keradangan serviks. Seperti PID, “cervicitis” sering disebabkan oleh STI, tetapi wanita yang meruang juga lebih cenderung untuk mengalami keadaan ini.

  • Kerengsaan faraj

  • Kanser serviks

Meruang sekurang-kurangnya sekali seminggu mungkin mengakibatkan risiko untuk perkembangan kanser serviks.

Apakah cara selamat untuk membersihkan faraj

Cara paling mudah untuk membersihkan faraj anda adalah dengan mencuci faraj anda semasa mandi. Sering kali, sabun tidak diperlukan tetapi jika anda menggunakannya, pastikan ia tidak terlalu wangi dan tidak keras. Bahan wangian dan bahan kimia boleh mengakitbatkan kulit sensitif alat kelamin anda.

Teknik untuk membersihkan faraj anda adalah seperti yang berikut:

  • Dengan satu tangan, bentuk “V” dibuat dengan dua jari pertama anda untuk menahan kulit luar dan menyebarkan lipatan faraj anda.
  • Gunakan air suam dan percikan secara perlahan-lahan pada kawasan tersebut untuk beberapa kali. Basuh dengan sabun lembut jika anda mahu menggunakannya.
  • Jangan gosokkan lipatan dengan kasar dan elakkan daripada memasukkan sabun ke dalam vagina anda.
  • Bilas kawasan tersebut secara perlahan-lahan dengan air sehingga semua tiada kesan sabun.
  • Lap kawasan yang dicuci dengan menggunakan tuala yang bersih.

Bilakah perlu berjumpa doktor

Beberapa tanda yang mungkin menandakan anda mempunyai masalah yang lebih serius dan memerlukan nasihat doktor adalah termasuk:

  • Cecair faraj mempunyai bau yang tidak menyenangkan
  • Cecair faraj yang berwarna putih atau kuning-hijau
  • Discaj faraj yang berlebihan secara berterusan
  • Sensasi terbakar, kegatalan, dan kemerahan atau bengkak di dalam atau pada sekeliling vagina
  • Sakit atau ketidakselesaan semasa hubungan seksual
  • Sakit atau pedih semasa membuang air kecil

Apakah cara mencegah bau faraj

Faraj secara umumnya mempunyai bau semulajadi. Bau faraj setiap wanita adalah berbeza, dan bau semulajadi boleh berubah dari semasa ke semasa. Begitu juga, aktiviti seperti senaman atau hubungan seksual boleh mengubah bau semulajadi faraj anda untuk sementara waktu.

Namun, anda boleh mengurangkan penghasilan bau yang kuat dengan beberapa teknik yang mudah, seperti yang berikut:

  • Mengamalkan kebersihan faraj yang betul
    Basuh alat kelamin anda dengan kerap. Elakkan menggunakan sabun yang boleh pada kulit sensitif.

  • Memakai pakaian yang diperbuat daripada kapas
    Kelembapan kelebihan di sekitar alat kelamin dan faraj anda boleh meningkatkan bau dan mengakibatkan jangkitan. Pakai pakaian yang diperbuat daripada 100 peratus kapas, kerana ia boleh menyerap peluh dan cecair lain. Satin, kain sutera dan kain poliester tidak membenarkan aliran udara yang mencukupi dan boleh meningkatkan pertumbuhan bakteria.

  • Gunakan produk wangian dengan berhati-hati
    Produk semburan dan serbuk dapat membantu mengatasi bau vagina, tetapi jangan menggunakannya di dalam faraj anda. Mereka hanya selamat digunakan di bahagian luar vagina anda sahaja.

  • Jangan gunakan pembersih sulit yang keras

    Elakkan penggunaan produk meruang yang keras di dalam faraj anda. Mereka boleh mengganggu keseimbangan pH faraj anda dan menyebabkan kerengsaan dan jangkitan.

    Faraj anda adalah sebahagian daripada pembersihan diri. Ia direka untuk membersihkan air mani, darah, dan cecair lain melalui discaj semula jadi. Penggunaan produk pencucian yang khas untuk faraj tidak perlu digunakan untuk membersihkan faraj anda.

    Sekiranya faraj anda mengalami bau atau discaj yang tidak biasa, jangan sesekali menggunakan produk meruang untuk menghilangkannya. Hal ini demikian kerana meruang biasanya boleh menjadi topeng masalah faraj yang sedia ada dan juga menyebabkan komplikasi yang serius.

    Anda juga boleh mendapatkan nasihat daripada para doktor kami di laman web  www.doctoroncall.com.my. Terima kasih.

References