Pastinya ramai yang mengetahui bahawa manusia makan untuk kekal hidup dan untuk mendapatkan nutrisi yang secukupnya agar badan kekal sihat. Setiap makanan mengandungi khasiat seperti karbohidrat, vitamin, serat, lemak dan juga protein. Dalam artikel ini, terdapat penerangan lanjut berkenaan dengan khasiat protein dan kegunaannya untuk tubuh badan. Untuk pengetahuan am, protein merupakan konkrit kepada tubuh badan dan penting dalam pembentukan sel. Ia terbentuk daripada gabungan asid amino melekat dan bergabung antara satu sama lain yang membentuk struktur protein. Terdapat 20 jenis asid amino dan gabungan setiap komponen akan membentuk protein yang berbeza dari segi fungsi serta tujuan.
Protein: Jenis, Fungsi Dan Senarai Makanan Yang Kaya Dengannya
Apakah Yang Dimaksudkan Dengan Sumber Protein ?
Ketahui Kebaikan Protein Untuk Tubuh Badan
- Medium untuk menyampaikan molekul kepada seluruh badan
- Membaiki sel lama yang rosak
- Melindungi badan daripada serangan virus
- Pemangkin pertumbuhan yang optima kepada kanak-kanak, remaja dan ibu mengandung.
Jika seseorang tidak mendapatkan protein pada kadar yang optima dan sepatutnya, pelbagai masalah kesihatan yang akan timbul terutamanya kepada kanak-kanak yang sedang membesar. Antara masalah kesihatan yang bakal berlaku, kehilangan jisim otot, pertumbuhan terbantut, jantung dan hati tidak berfungsi secara optima dan lemah badan secara am.
Senarai Makanan Yang Mengandungi Protein
- Telur. Secara amnya, telur merupakan antara makanan yang mudah untuk disediakan dan penyediaannya boleh untuk dipelbagaikan seperti direbus, goreng, kukus dan juga disediakan bersama juadah lain. Satu biji telur mengandungi 6 gram protein.
- Keju. keju merupakan makanan yang dinikmati secara global di seluruh pelosok dunia. Kandungan protein pula bergantung kepada jenis keju tersebut. Antara contoh keju adalah seperti Parmesan, Swiss, Pecorino, Edam, dan Gouda. Secara purata, setiap keju mengandungi sejumlah 26 gram sehinggalah 35 gram keju.
- Kacang. Antara kacang yang kaya dengan protein adalah seperti kacang almond. Selain kaya dengan protein ia juga mengandungi khasiat seperti fiber, Vitamin E dan juga magnesium. Namun, ia tidak sesuai diambil oleh seseorang yang mempunyai alahan terhadap kekacang.
- Dada ayam. Pastinya ramai golongan bina badan yang menunjukkan gambar makanan diet mereka iaitu dada ayam di media sosial. Penyediaan dada ayam boleh dipelbagaikan iaitu ada yang merebus, kukus dan juga bakar. Satu dada ayam mengandungi sebanyak 53 gram protein dan ia digalakkan untuk diambil setelah kulitnya diasingkan.
- Brokoli. Ramai yang beranggapan bahawa sayur-sayuran merupakan jenis makanan yang kurang mengandungi protein. Namun sayur brokoli merupakan antara sayuran yang kaya dengan kandungan protein. Selain protein, ia juga kaya dengan vitamin c, vitamin k, fiber dan juga potassium.
- Ikan tuna. Ikan tuna merupakan antara ikan yang paling komersial dan boleh diolah dalam pelbagai jenis seperti dihidangkan bersama roti, dijadikan sebagai sushi, dan juga makanan rugi lain seperti roti. Selain protein, tuna juga kaya dengan minyak ikan omega-3.
Apakah Jenis-Jenis Protein ?
Protein boleh hadir dalam banyak jenis dan juga bentuk bergantung kepada penghasilan dan juga kesediaannya untuk diserap oleh badan.
- Protein tepu (concentrated protein). Protein jenis ini diestrak daripada sumber makanan dengan mengunakan haba dan sebanyak 60-80% protein terkumpul dan selebihnya ialah lemak dan juga karbohidrat.
- Protein isolasi (isolated protein). Kaedah penapisan yang lebih terperinci bagi menapis kandungan yang bukan protein seperti lemak dan juga karbohidrat. Justeru, kandungan protein lebih tinggi bagi protein isolasi iaitu sebanyak 90-95%.
- Protein hydrolysates. Protein jenis ini diekstrak juga dengan mengunakan haba yang mana tulang yang mengabungkan asid amino dipecahkan dan hal ini akan memudahkan proses penyerapan berlaku.
Whey protein merupakan protein yang diambil melalui produk tenusu. Selain protein, protein jenis ini juga kaya dengan lactose dan ia tidak sesuai diambil oleh seseorang yang tidak toleransi kepada kandungan lactose. Selain itu, terdapat casein protein. Casien juga merupakan kandungan yang boleh didapati dalam susu. Namun, ia lebih lambat untuk diserap ke dalam badan seseorang.
Kesimpulan Berkenaan Dengan Sumber Protein
Secara konklusi, protein merupakan sumber yang penting untuk didapatkan bagi pertumbuhan sel manusia. Oleh itu, pengambilan protein amatlah digalakkan untuk setiap lapisan masyarakat daripada yang kecil sehinggalah yang telah mencapai dewasa.
References