Terokai Kebenaran Tentang Air Alkali Yang Dihebohkan Sebagai Penawar Penyakit

Air Alkali Kangen: Apa Risiko Dan Manfaat Minum Air pH Tinggi-DoctorOnCall
Anonymous
Selamat pagi, Doktor. Saya Cassandra dari Ipoh. Saya terbaca tentang air Kangen yang diuar-uarkan sebagai air yang bagus untuk kesihatan. Bukankah air memang bagus untuk kesihatan? Apakah beza air ini daripada air-air yang biasa diminum? Saya sangat berminat untuk mengetahui tentang produk ini dengan lebih lanjut. Apakah sebenarnya air Kangen ini dan benarkah air ini boleh memberi manfaat kesihatan yang lebih kepada badan saya jika saya minum air ini? Saya berharap doktor dapat menjawab pertanyaan saya. Terima kasih didahulukan.
Anonymous
Selamat pagi, Doktor. Saya Cassandra dari Ipoh. Saya terbaca tentang air Kangen yang diuar-uarkan sebagai air yang bagus... See More
Saringan Kesihatan PERCUMA
Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!
Mula Saringan Kesihatan PERCUMA
Selamat pagi, Cassandra. Terima kasih untuk soalan anda yang menarik ini. Air kangen merupakan salah satu antara banyak produk air yang boleh didapati di pasaran. Air memang penting untuk kesihatan kerana badan kita mengandungi 60-70% air. Biasanya, air yang kita minum mempunyai pH yang neutral iaitu bernilai 7. Air kangen pula terkenal kerana pH airnya yang lebih alkali iaitu pH 8-9. Namun, benarkah air ini mampu mengubati penyakit dan lebih bagus untuk diminum berbanding air yang ber-pH biasa. Marilah kita menerokai kebenaran air alkali melalui artikel di bawah.
Selamat pagi, Cassandra. Terima kasih untuk soalan anda yang menarik ini. Air kangen merupakan salah satu antara banyak ... See More

Apakah Air Alkali?

Air alkali merupakan air yang telah melalui proses pengionan lalu meningkatkan pH air. Tahap pH merupakan kaedah para saintis merujuk kepada betapa asidik atau alkalinya sesuatu atas skala 0-14. Sebagai contoh, jika sesuatu bahan mempunyai pH 1, maksudnya bahan ini sangat berasid dan pH 13 bermaksud bahan tersebut teramat alkali. Air alkali seperi air Kangen mempunyai pH 8-9. Air minuman biasa pula mempunyai anggaran pH 7 iaitu pH neutral. Contoh bahan yang berasid adalah seperti kopi dan air soda, manakala bahan yang alkali pula adalah seperti serbuk penaik yang digunakan untuk membuat kek.

Bagaimana Air Alkali Diperoleh?

Air alkali boleh diperoleh secara semula jadi atau diproses di kilang atau rumah anda sendiri. Air alkali semula jadi berlaku apabila air yang mengalir melalui batu seperti di mata air melarutkan mineral daripada batu-batu yang dilaluinya. Pertambahan mineral dalam air ini akan meningkatkan tahap pH air ini. Kebanyakan air yang dijual pula melalui proses yang dinamakan elektrolisis untuk menjadikannya lebih alkali. Teknik ini menggunakan mesin ‘ionizer’ untuk menambahkan pH air. Pembuat mesin ‘ionizer’ menyatakan bahawa mesin ini memisahkan molekul air yang berasid daripada yang alkali. Air yang berasid ini kemudian akan ditapis. Terdapat juga proses yang dicipta oleh para saintis untuk menapiskan air melalui proses ‘osmosis terbalik’ terlebih dahulu sebelum memperkayakan air ini dengan mineral dengan ‘ionizer’ alkali.

Fakta atau Mitos : Air Alkali Mempunyai Manfaat Kesihatan Untuk Semua

Kebanyakan syarikat pencipta air alkali mendakwa bahawa air alkali lebih baik dalam menghidratkan badan, menyahtoksinkan badan, menurunkan berat badan dan mengelakkan atau membunuh sel kanser. Dakwaan-dakwaan atau testimoni air kangen ini yang menjadikan air alkali banyak kontroversi. Kajian yang dijalankan untuk menyokong dakwaan-dakwaan ini terlampau sedikit dan kebanyakkannya dijalankan oleh syarikat air alkali. Oleh itu, hasil kajian yang diterbitkan oleh syarikat ini mungkin berat sebelah untuk mempromosikan jualan air alkali mereka. 

Untuk mereka yang sihat walafiat, air biasa yang berpH neutral adalah cukup untuk menghidratkan badan anda. Tiada kajian yang menunjukkan manfaat tambahan untuk mereka yang tidak mempunyai sebarang penyakit untuk minum air alkali. Hal ini kerana badan kita mempunyai penapis alkali dan asid untuk menyeimbangkan pH dalam badan kita iaitu ginjal. 

Namun, beberapa kajian telah dijalankan ke atas beberapa kelompok masyarakat dengan masalah seperti refluks asid, darah tinggi, kencing manis dan kolesterol tinggi. Kajian yang dijalankan pada tahun 2012 menunjukkan bahawa air alkali yang berkarbonat secara semula jadi dari perigi Artesian dengan pH 8.8 boleh menyahaktifkan enzim pepsin. Enzim pepsin ini merupakan punca berlakunya penyakit refluks asid. Kajian yang diterbitkan dalam Shanghai Journal of Preventive Medicine menunjukkan penurunan tekanan darah dan kadar gula serta kolesterol dalam darah setelah pengamalan air alkali selama 3-6 bulan. 

Kajian terbaru yang melibatkan 100 bilangan peserta menunjukkan bahawa kepekatan darah akan berkurang sebanyak 6.30% apabila minum air alkali selepas bersenam berbanding 3.36% apabila minum air ditapis yang standard. Darah yang kurang pekat akan membekalkan oksigen dengan lebih cekap ke sel-sel badan kita. 

Kesan Sampingan Dan Risiko Yang Boleh Berlaku Bila Terlampau Banyak Minum Air Alkali

Air alkali dianggap selamat untuk diminum. Namun, terlalu banyak minum air alkali juga boleh membawa beberapa kesan sampingan. Antara daripada keburukan air kangen adalah air alkali yang diminum akan meneutralkan asid dalam perut yang bertujuan membunuh kuman dan patogen-patogen lain yang tidak diingini supaya tidak masuk ke dalam saluran darah. Selain itu, darah yang terlalu alkali juga boleh menyebabkan masalah sistem penghadaman dan kegatalan kulit. Anda juga boleh menghidapi alkalosis metabolik jika darah terlalu alkali. 

Bahaya Atau Selamat DIminum?

Kebanyakan kontroversi yang tercetus sebenarnya bukan kerana air alkali ini selamat diminum ataupun tidak. Doktor dan penyelidik mempunyai isu dengan dakwaan manfaat kesihatan yang dilakukan oleh syarikat-syarikat pembuat mesin tapisan air alkali seperti mesin air kangen. Kajian yang dijalankan terlalu sedikit untuk menyokong dakwaan air alkali sebagai rawatan pelbagai penyakit. Sekiranya anda ingin minum air berpH tinggi, anda digalakkan untuk minum air alkali semula jadi yang kaya dengan mineral dan elakkan yang diproses. Ingatlah untuk minum secara berpada-pada supaya anda tidak kekurangan mineral lain dalam badan kerana darah terlampau alkali.

References