Nanas Batu (“pine cone”) adalah merupakan benih daripada tumbuhan yang merupakan sebahagian daripada keluarga Bromeliaceae. Tumbuhan ini hanya didapati di kawasan pergunungan yang tinggi, antara 1600 hingga 2900 meter sahaja. Gelaran “nanas batu” ini digunakan dalam kalangan orang Melayu kerana bentuknya hampir serupa dengan buah nanas.
Ciri fizikal pokok yang menghasilkan buah nanas batu iaitu pokok pine adalah jauh berbeza dengan pokok nanas. Ia merupakan tumbuhan yang boleh mencecah ketinggian antara 3-80 meter dan kebanyakan spesis pokok pine tumbuh dalam lingkungan 15-45 meter tinggi. Pokok pine juga merupakan antara tumbuhan yang telah wujud paling lama di atas muka bumi, kira-kira sejak 4600 tahun yang lalu. Malah usia setiap pokok pine juga adalah panjang. Setiap pokok boleh hidup antara 100-1000 tahun atau lebih.